Thursday, May 17, 2012


Lelaki Maut Dilanggar Tren Komuter KTM

    February 4, 2012

13 Comments


SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah tren komuter dalam kejadian berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Senawang, di sini hari ini.

Dalam kejadian 9 pagi itu, Redzuan Yusof, 37, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata, mangsa dipercayai berjalan di atas landasan itu sebelum dirempuh sebuah tren komuter dari arah belakang.

“Pemandu komuter terbabit cuba membunyikan hon beberapa kali bagi memberikan amaran kepada mangsa, tetapi tidak diendahkan oleh lelaki tersebut.

“Akibatnya lelaki itu dirempuh oleh tren berkenaan menyebabkan mangsa tercampak sejauh beberapa meter,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemandu tren itu membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

Polis masih menyiasat punca kejadian dan bagaimana lelaki itu boleh menceroboh dan berjalan di landasan berkenaan, katanya. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Jumlah Kematian Nahas Pesawat Di Reno Meningkat
Jurukamera Ditembak Ketika Buat Liputan
Pegawai Imigresen Maut Jatuh Dari Tingkat 12
Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan
Penunggang Maut Rempuh Belakang Kereta
Penuntut, Bayi Maut Nahas Dalam Kemalangan
Lelaki Maut Motosikal Rempuh Tembok Batu
3 Lemas Ketika Mandi Di Pantai Kota Tinggi
Kejam! Isteri Maut Dipukul Suami
2 Sahabat Maut Motosikal Rempuh Pokok
Dua Maut Pangsapuri Runtuh Di Russia
Pelajar Maut Motosikal Terbabas
Warga Emas Maut Jatuh Motosikal
Rebah Sebelum Ambil Tong Sampah Percuma
Pemandu JASA Ditemui Mati Dalam Kereta

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Aizat-Safwan-Amir/100000456166480 Aizat Safwan Amir

    hmmm…kesian….tak tahu apa lah sebab dia buat cmtu :(

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1221559707 Iza Hatta

    tak dengar kata la tu…

  • Anonymous

    mangsa dipercayai berjalan di atas landasan itu sebelum dirempuh sebuah tren komuter dari arah belakang.
    ramai lg yg x sedar … masih lg melintasi landasan keteapi..

  • fahri

    mungkin pesakit jiwa… @ mengalami masalah kemurungan…

  • Encik Safwan

    perghhh…sengaja menempah maut…

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    bunuh diri? atau pun org gila? rasanya yg waras tak kan buat benda bodoh cenggini… hmmm

    -bapaknya Akid-

  • http://www.facebook.com/muiz0601 Mu’iz Abd

    dah tak sayang nyawa la tu

  • http://www.facebook.com/people/Izzatunnazmi-Syazwan-Abd-Aziz/675053253 Izzatunnazmi Syazwan Abd Aziz

    cam bunuh diri je ni

  • Rita7377

    Dah nasib dia meninggal cenggitu..al-fatihah

  • Nurul Aida

    Innalillah…klw ajal da smpai, sape2 pon x leh halang..mgkin dah trtulis die akn meninggal dgn care begitu..Al Fatihah…

  • MAJALAH 3 SMALAM

    sbb smalam tgok majalah 3 kot…. haish dia nak try kelajuan ktm tu…..

  • kiambang bertaut

    hmmm

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1659176254 Alif Aiman

    Hurm , dah tau tau takboleh melintas . Nak jugak lintas –”

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com