Thursday, May 17, 2012


Hasan Ali Tak Ingin Rayu Selagi Ada Parasit

    February 4, 2012

11 Comments


KUALA LUMPUR – Adun Gombak Setia, Datuk Hasan Ali hari ini membuat keputusan untuk tidak merayu kepada Majlis Syura Ulama PAS berkenaan pemecatannya yang dibuat parti Islam tersebut pada 8 Januari lalu.

“Selepas mengambil kira pandangan-pandangan alim ulama serta ahli profesional di dalam dan di luar parti, saya mengambil keputusan untuk tidak akan membuat rayuan di atas pemecatan saya yang mana tempoh tamat rayuan tersebut adalah pada 7 Februari ini,” katanya dalam sidang media di kediamannya di sini.

Bekas Pesuruhjaya PAS itu membuat keputusan selepas menimbangkan beberapa faktor yang tidak dipersetujuinya seperti penguasaan golongan “parasit” di dalam parti yang memaksa pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi PAS.

Hasan turut menjelaskan, selagi wujud golongan parasit dalam PAS, beliau tidak akan mungkin mempertimbangkan untuk menyertai parti tersebut semula.

“Selagi wujudnya parasit di dalam PAS, saya tidak akan kembali kepada parti,” demikian penegasan Datuk Dr Hasan Ali ketika diminta mengulas sama ada beliau akan kembali menyertai PAS atau tidak.

“Saya berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am yang menyatakan bahawa segala perkara yang melibatkan saya telah selesai selepas pertemuan di Kota Bharu pada 27 Disember lalu.

“Saya mendapati hala tuju PAS telah terpesong dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan parti, sedangkan elemen inilah yang mendorong saya menyertai PAS 15 tahun dahulu,” katanya.

Menurut bekas exco hal ehwal Islam Selangor ini juga, beliau sendiri menghadapi kesukaran untuk mendaulautkan Islam, Melayu, dan Raja di Selangor berikutan PAS lebih gemar mendengar pendapat parti komponen lain Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP berbanding ahlinya sendiri.

Selain itu, pimpinan parasit PAS juga lebih gemar mengkritik beliau menggunakan media dan kerap menyuarakan pandangan negatif terhadap perjuangannya memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Raja di Selangor.

“Saya menetapkan hati untuk tidak merayu terhadap pemecatan saya, malah, saya membantah pemecatan yang dibuat secara arbitari dan autokratik oleh PAS terhadap saya,” tegasnya.

Tambahnya, pihak pimpinan parti juga tidak pernah memberikan sebarang surat atau pemberitahuan sama ada bertulis mahupun perjumpaan berhubung pemecatannya itu.

“Banyak kes disiplin sebelum ini yang melibatkan pemimpin dan parti, dan mereka diberi peluang membela diri berdasarkan prinsip “right-to-be heard”, tetapi situasi itu tidak berlaku kepada saya,” tambahnya.

Tambahnya, walaupun PAS kembali kepada perjuangan asalnya memartabatkan Islam, itu tidak cukup meyakinkan beliau untuk kembali ke pangkuan parti yang disertainya sejak 15 tahun itu kecuali golongan parasit tersebut dihapuskan.

“Selagi wujudnya parasit dalam PAS, saya tidak bersedia bekerja bersama-sama PAS,” katanya dalam sidang media tersebut.

“Parasit tersebut merupakan pihak yang bertanggungjawab mengubah hala tuju PAS membentuk negara Islam kepada hanya fokus menawan Putrajaya,” tambahnya.

Menurutnya lagi, selagi setiap kebaikan yang dilaksanakan Umno-Barisan Nasional (BN) itu dikatakan “agenda Umno,” selagi itulah juga parasit berkenaan masih lagi menguasai PAS.

Hasan Ali turut menafikan kenyataan Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad yang menyatakan dirinya merupakan parasit sebenar dalam parti tersebut dengan mengatakan “saya tidak bernah bersekongkol dengan DAP dan PKR, tidak memesongkan hala tuju PAS, dan tidak pernah menyokong membabi buta hasrat mereka untuk menawan Putrajaya.”

Menurut Hasan, beliau sendiri khuatir kerana matlamat dan halatuju parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR pada pandangannya kabur dan beliau sendiri tidak yakin pakatan tersebut akan berjaya membentuk perikatan yang kukuh untuk menawan Putrajaya.

Tambahnya, hasrat beliau menyertai PAS adalah bukan untuk memesongkan matlamat dan perjuangan parti seperti yang dilakukan parasit di dalam PAS, sebaliknya mahukan penambahan golongan ulama terhadap parti yang memperjuangkan Islam itu.

“Saya menyertai PAS bukan untuk memesongkan PAS, tetapi ingin menambah penglibatan golongan ulama ke dalam parti tersebut,” tegasnya lagi.

Dalam sidang media tersebut, Hasan turut mencadangkan agar Majlis Syura PAS harus diperkasa bagi menentukan badan ini benar-benar berfungsi supaya dasar parti tidak diperkotak-katikkan oleh parasit dalaman PAS. -Minsider

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PAS Predicts 13th GE This September
PAS Must Clarify Welfare State Concept
Pemuda PAS Bantah Konsert Elton John
Hasan Ali Hanya Setia Kepada Allah
Pembebasan Anwar Motivasi Buat Pembangkang
Saya Bukan Ahli Pas - Ustaz Azhar Idrus
PAS Tolak Guna Dakwat Kekal Berbeza Warna
Shabery Nafi KBS Biayai Ceramah Hasan Ali
PAS Akan Terus Bantah Lynas
Hasan Ali Persoal Dana RM300 Juta 'Selangorku'
PAS Anjur Majlis Hi-Tea Kumpul Dana PRU
PAS Resah KTMB Mahu Pasang Bandera BN
Melayu Tidak Berpecah - PAS
PAS Mahu Perjelas Tohmahan Esok
Hantar Peluru Hidup Tindakan Pengecut - PAS

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Anonymous

    asik muke ko je kluar. 

  • Cipan

    Parasit tu bukan ke ko…???

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    udah2 la… tak nak rayu ke join balik ke still masih boleh memperjuangkn ISLAM kan? 

    -bapaknya Akid-

  • Amiemnoor

     memang kau nak rosakkan pas……………org2 dalam pas pun dah lama perasan apa yang kau nak buat. sokong kau di pecat, Asan Ali Ibarat Kudis. syabas pas ambil tindakan awal.

  • Amiemnoor

    cuba tengok muka asan ali betul…..belakon,cari makan,tak ikhlas

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000325713626 Kai Mikazey

    dah2 la ko hasan………………..

  • Petola_rebus67

    hasan ali poyo…

  • Pijatnipah

    Elok benar la dh x de parasit dlm pas..ahlak ko skrg ni islam sangat ke menjaja fitnah sana sini…lagi pn x de sape nk dgr ko ye rayuan..

  • http://www.facebook.com/people/Harimau-Malaya/100000120592021 Harimau Malaya

    xyah merayu lah DR HASSAN …. perjuangkan ISLAM x semesti masuk PAS …. byk lagi cara nk perjuangkan ISLAM DAN MELAYU …. 

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1659176254 Alif Aiman

    Btol , x semestinya perjuangkan islam melalui PAS . Berjihad ada banyak cara :]

  • Shoonis_80

    adik-adik di bawah. sekarang kita cerita pasal perjuangan parti. so memang betul perjuangan islam tak semestinya masuk pas. Tetapi tujuan dan cara parti untuk memperjuang islam. kita kena faham wahai adik-adik yg cerdik-cerdik.

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com