MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 16, 2014


Bekas Tunang Leuniey Bersihkan Nama Apex

Bekas Tunang Leuniey Bersihkan Nama Apex

    February 4, 2012




KUALA LUMPUR – Belum sampai 36 jam, nama penjaga gawang gol Skuad Harimau Malaya, Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat, sudah dibersihkan dari fitnah yang mengatakan kononnya beliau adalah penyebab putus tunang seorang gadis bernama Leuniey.

Bekas tunang Leuniey mengesahkan bahawa Apex bukanlah penyebab tali pertunangan mereka putus sekaligus menafikan dakwaan pemilik laman Twitter yang dikenali dengan nama akaun @MahSiH2 yang disiarkan semalam.

Dengan pengakuan tersebut, bekas tunangan Leuniey yang enggan disiarkan namanya itu merayu agar isu tersebut dihentikan dan tidak diperbesar-besarkan lagi.

“Saya hanya mengetahui kisah saya di Internet selepas diberitahu rakan dan harap ia tidak diperbesarkan,” katanya yang dipetik dari Harian Metro, hari ini.

Selain itu, bekas tunang Leuniey itu juga menafikan dirinya mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik akaun Twitter, @MahSiH2, yang dikatakan bertanggungjawab sepenuhnya menyebarkan berita fitnah tersebut.

“Mengapa saya mahu mengaibkan nama keluarga sendiri dengan menyamar sebagai orang lain di Twitter dan menyebarkan perkara itu. Saya juga terkejut apabila ada beberapa gambar dalam akaun itu sedangkan saya tidak menyimpannya sebaik putus tunang,” katanya lagi.

Pemilik akaun Twitter @MahSiH2 semalam menghuru-harakan dunia internet negara apabila mendakwa Apex menjadi punca putus tunang Leuniey dan ikon bola sepak negara yang diminati ramai itu telah putus hubungan ‘istimewa’nya dengan Dahlia Teck.

Selain itu, @MahSiH2 juga mendakwa Apex kini berpacaran dengan Leuniey, seorang gadis yang dikatakan lebih jelita dan sopan berbanding Dahlia.

Sehingga kini, Mynewshub.my yang cuba menghubungi penjaga gol skuad kebangsaan itu sejak semalam masih belum dapat menembusi talian telefon bimbit Apex, dipercayai ditutup dan enggan diganggu dengan kontroversi tentang hal peribadinya itu.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Bekas Tunang Leuniey Bersihkan Nama Apexhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Bekas-Tunang-Leuniey-Bersihkan-Nama-Apex.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Bekas-Tunang-Leuniey-Bersihkan-Nama-Apex-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR – Belum sampai 36 jam, nama penjaga gawang gol Skuad Harimau Malaya, Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat, sudah dibersihkan dari fitnah yang mengatakan kononnya beliau adalah penyebab putus tunang seorang gadis bernama Leuniey. Bekas tunang Leuniey mengesahkan bahawa Apex bukanlah penyebab tali pertunangan mereka putus...
<p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR – Belum sampai 36 jam, nama penjaga gawang gol Skuad Harimau Malaya, Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat, sudah dibersihkan dari fitnah yang mengatakan kononnya beliau adalah penyebab putus tunang seorang gadis bernama Leuniey. Bekas tunang Leuniey mengesahkan bahawa Apex bukanlah penyebab tali pertunangan mereka putus sekaligus menafikan dakwaan pemilik laman Twitter yang dikenali dengan nama akaun @MahSiH2 yang disiarkan semalam. Dengan pengakuan tersebut, bekas tunangan Leuniey yang enggan disiarkan namanya itu merayu agar isu tersebut dihentikan dan tidak diperbesar-besarkan lagi. “Saya hanya mengetahui kisah saya di Internet selepas diberitahu rakan dan harap ia tidak diperbesarkan,” katanya yang dipetik dari Harian Metro, hari ini. Selain itu, bekas tunang Leuniey itu juga menafikan dirinya mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik akaun Twitter, @MahSiH2, yang dikatakan bertanggungjawab sepenuhnya menyebarkan berita fitnah tersebut. “Mengapa saya mahu mengaibkan nama keluarga sendiri dengan menyamar sebagai orang lain di Twitter dan menyebarkan perkara itu. Saya juga terkejut apabila ada beberapa gambar dalam akaun itu sedangkan saya tidak menyimpannya sebaik putus tunang,” katanya lagi. Pemilik akaun Twitter @MahSiH2 semalam menghuru-harakan dunia internet negara apabila mendakwa Apex menjadi punca putus tunang Leuniey dan ikon bola sepak negara yang diminati ramai itu telah putus hubungan ‘istimewa’nya dengan Dahlia Teck. Selain itu, @MahSiH2 juga mendakwa Apex kini berpacaran dengan Leuniey, seorang gadis yang dikatakan lebih jelita dan sopan berbanding Dahlia. Sehingga kini, Mynewshub.my yang cuba menghubungi penjaga gol skuad kebangsaan itu sejak semalam masih belum dapat menembusi talian telefon bimbit Apex, dipercayai ditutup dan enggan diganggu dengan kontroversi tentang hal peribadinya itu. Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN</p>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014