Thursday, May 17, 2012


Ani Mayuni Dakwa Teruk Dibelasah Suami!

    February 3, 2012

72 Comments


Program Sehati Berdansa merupakan program hiburan realiti yang menampilkan personaliti popular di negara ini, mereka menari secara berpasangan di hadapan penonton dan juri.

Dalam program tersebut, mereka mempersembahkan tema tarian yang ditetapkan pada setiap minggu.

Turut disentuh dalam program tersebut adalah cerita di sebalik tabir persiapan mereka di rumah.

Penonton juga didedahkan kepada persekitaran kehidupan seharian personaliti dan pasangannya.

Namun, entah di mana silapnya, sudah enam pasangan artis yang pernah terlibat dalam program tersebut, berhadapan dengan masalah dalam kehidupan rumah tangga masing-masing.

Mereka ialah Sabrina Ali Dad Khan dan pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim,Asheed Def Gab C dan pasangannya, Sharifah Noor Shima; Atilia – Ariff Johan Abdul Aziz; Dira – Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid; Radhi OAG – Shazlin Sharif dan Anne Ngasri – Abdul Wafi Hassan.

Kesemuanya melalui proses penceraian.

Terbaru pasangan dalam program Sehati Berdansa yang mengalami masalah rumahtangga adalah penyanyi dangdut terkenal Ani Mayuni. Lebih teruk lagi dia mendakwa dipukul dengan teruk oleh suaminya!


Menurut Harian Metro, Ani membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur semalam.

Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.

Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.

Nampaknya ‘badi’ program ini berterusan…mungkin suratan atau kebetulan (macam tajuk lagulah pula).

Apapun, tak kisahlah Ani ke, siapa ke…yang pasti penulis akan sentiasa berdoa agar pasangan itu akan kembali damai namun sekiranya ia memang gagal diselamatkan, penceraian mungkin kaedah terbaik.

Apatah lagi bila melibatkan kekerasan fizikal seperti yang Ani lalui, payah rasanya kalau terus tinggal serumah.

Apapun sebelum membuat apa-apa keputusan, dapatkanlah dulu nasihat daripada mereka yang arif, fikirkan juga nasib anak-anak…jangan terus biarkan emosi menguasai fikiran.

Banyakkan berdoa dan bertawakal.

Penulis rasa, Ani dan suaminya tentu tahu tentang itu. Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • meyampah

    sabar kak ani… apa kena dgn dia tu,, igt pompoan ni apa suka suki nak pukul2… dayus tau pukul pompoan ni…

  • http://kongsibersamanora.blogspot.com/ nurmisnan

    hmmmm…berlaku pd waktu pagi + kerana call suruh beli sarapan,
    balik terus membelasah isteri.. something fishy kat sini..

    • Fatin~Hafiz

      what do u mean that smething fishy??

  • nurul saadah

    ishhhh,lelaki jenis ape la nie..x de perasaan agk  nye….

  • Linaaln

    tak tau nak cakap apa…sedih bila diperlakukan begitu..tapi kita tidak melihat kejadian yang sebenarnya..jadi kita tak boleh judge ape2 pasal rumah tangga die orang..semoga menemui jalan yang baik bagi perhubungan mereka berdua

  • Zazaeddy_lorve4ever

    X baik mengasari seseorg isteri tnpe sbb dan alasan yg kukuh

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1519585491 Bib Abdul Hamid

    pantang tok nenek kalau suami pukul isteri,, tp cerita sbnrnya hanya mereka berdua yg tau,.. cuma jgn la mengasari isteri sampai begitu sekali…

  • http://www.facebook.com/shah1691 Ir Sixnine

    hurmm… dah 8 thn kawen.. apa la masalah sebenar nya kan

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002359476899 Fiera Hafiz Yazid

    TACING WEH

  • Sulaiman Sarifah

    susah kita nak judge…but apa pun masalah rumahtangga jgnlah smpai mengasari kaum hawa…

  • http://www.facebook.com/taufikjarmin Topex Rodriguez

    aiyoohh…lawa lg muke aku !

  • http://www.facebook.com/taufikjarmin Topex Rodriguez

    aiyoohh…lawa lg muke aku !

  • aku wanita

    tu bukan suami tu…jantan xde toloo tue…pukul perempuan….SENGAL

  • Farrahzafran

    mungkin dah tersurat kot….

  • http://www.facebook.com/muiz0601 Mu’iz Abd

    pe barang main pukul perempuan ni..agak2 la

  • Secret

    Moralnya kat sini…jgn masuk rancangan sehati berdansa tu…program yg porak perandakan umah tangga org….

  • Manabdulrahman88

    atau reka crta aje…. tak lelaki nk pukul kaum yg lemah ni… bukan lawannyee….
    perempuan ni madu bleh racun pun ia jjk…. sbb kita tak nmpk dgn jelas,klau nk bukti benda tu sahe… perempuan bila nk kena kn kita… kata kena rogol kt org pun org percaya… lepas lelaki kena bedal…. hati-hati pda lelaki ni….

  • Raidzain

    hebat ke dpt pukul pempuan,yg di pukul tu plak pempuan yg lahirkan anak utk die..bangsat punye jantan..

  • x nak ckp nama…

    mcm pondan….dgn pompuan brani ler….

  • http://twitter.com/efDentyne ef

    hishh knp la jadi mcm ni

  • Tukjanggut

    kalo cmtu bek xpyah buat progrm sehati brdansa…

  • af

    hal rumah tangga nk dihebohkan dalam media…apa jenis isteri la gini. bkn je memburukkan suami, malah keluarga dan saudara mara sendiri..

    • TikTok

      ini bukannya nk isu nk burukkan suami..tp nk pertahankan hak & maruah wanita..Islam sendiri yg memberi hak kpd wanita yg dianiaya….  Adakah wanita hanya perlu berdiam diri setelah disepak terajang?? Adakah wanita hanya boneka, yg boleh dilakukan sesuka hati??? Wanita punya perasaan! 

      Hebohkan dlm media:   bukannya dia mintak, tp media cpt hidu ditambah pula dia seorg public fugure yg mempunyai value. Jika anda yg kena pukul, sudah tentu media tidak siarkan!

      • jam loceng

         aku sokong tik tok! TERBAEKK! dh namenye public figure, smue bnde yg dibuat org dpt tahu.. -___-’

    • http://www.facebook.com/profile.php?id=1326784980 Fazrina Arin

      kalo dah report polis kena blasah kat laki, mana taknyer media tau..

  • Straightbrain

    Pop pet pop pet kadang2 boleh buat laki geram..so kena bagi masa laki cool kalau tak  faham ajalah

  • http://www.facebook.com/noraishah.ariffin Noraishah Ariffin

    kesian ani…bnyak kan bersabar ye…cari jln penyelesaian terbaik. org sabar ALLAH sayang lebih..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1841402870 Fardiyana Fazira

    oh lelaki !  :D

  • Matsentul

    takkan suruh beli sarap pn smpi kena belasah…tu belum suruh beli rantai lg…

    • http://pulse.yahoo.com/_WCKY7JSOWYXT7C7B6NQM4U4X4I Siti Rohaya

      HAHAHA…..manyak butuii oooo

  • http://www.facebook.com/wanrofiza.afie Wan Rofiza Afie

    sabor je la…. hilang kewarasan gamaknya 

  • Noor Azlan

    apa la masalah orang skang ni.sket2 guna kekerasan.angin tak bertempat.aiyaaa…

  • http://www.facebook.com/HELL.LADY Aii D. Zarra

    teruknye lah…….

  • Zorrokedah

    erm..kalau pikir pikir balik sapa yg patut buat sarapan….bini ke laki….tapi dah ade bini artis selalunyer order jer lah…tp mungkin dah selalu sgt kot…laki tu sesekali nk jgk rase bini buatkan….apa pun ni masalah dorang…doakan yg baik baik je la…

  • Nani_leya

    bodo nye jantan..patotnye kau lindungi istri kau..bkn nya kau belasah dia..jwb kau kt akhrt nanti..

  • Zorrokedah

    teringat kes tiz zaqyah kena gigit nyamuk ..tunjuk satu alam maya…tp public figure mmg org suker

  • Zorrokedah

    sama sama kena jawab cik nani leya…husband n wife

  • Anilsah

    ilmu tarian yg diajar telah disalah guna sebagai ilmu pembelasahan!

  • Johnnyrufina

    serangan menjadi2 akhir zaman, berjaga-jagalah dan berdoa, dekatkan diri dengan sang pencipta.

  • Cik Lin

    Dayus…

  • Zue

    tanyalah pada LELAKI…

  • 235884

    tanya diri sendiri dulu sebelum nak kecoh hal rumah tangga…

  • ~InDIEpendent~

    dahler jaga aurat isteri pon fail, di belasahnye pulok pasal kena suruh beli nasi lemok.hahahah
    kojer ape mamat ni?

  • Lin_dalam75

    tentang penceraian dlm perkahwinan bergantung pd dua pihak..terutamanya nakhoda dlm rumahtangga..mcmana dia mentadbir kuarga dan segala masalah yg di hadapi… mereka tetap manusia biasa..adatlah bergaduh sikit2..tapi klu keegoan melampau itulah punca pecah belah umahtangga seseorg tu..

  • wafa

    tak da fikiran ka lelaki yang macam ni..klu adik perempuan ko kena buat mcm tue..apa yg ko rasa

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1346353863 Mohd Akil

    kesian dia

  • Norjuliana87

    kesiannyer…pe jenis lelakilah suka sepak teranjang..mentang2lah kita perempuan lembut mcm tu dia bt pd kita

  • Zaidah Aida

    apa nak buat..semuga ada penyelesaian,,

  • Seorang Isteri

    Lelaki diberi 9 akal manakala wanita diberi hanya 1 akal, tulah pasal sebelum kita berbuat sesuatu kita harus berfikir. Bukannya bertindak mengikut nafsu. Dalam hal rumah tangga perbincangan dan komunikasi yg baik sangat penting. Perkara2 yg kecil jgnlah di perbesarkan. Klu boleh settle secara baik lagi bagus.

  • Nik_aty84

    kesian pulak…lelaki selalu panas baran

  • @zura_2012

    haishhhh,…….tak betoi la laki dia tu…..belasah bini…bukan jantan ahhh…..

  • hasif baha

    ni lah orang kita cinta dera

  • insan lemah

    xpayah la nak cakap kalau xtahu perkara sebenar…. jgn dgr dari sebelah pihak.. kena dgr dari kedua2 pihak jugak…. ni tidak.. setakat baru dgr cerita dari sebelah pihak dah terus nak salah kan lg sebelah pihak…. patut ke..???? lg 1… ni soal rumahtangga… patut ke nak masuk kan ke dalam forum…….??? patut ke nak masuk kan ke dalam surat khabar..???? patut ke nak panggil wartawan…??? siasat dulu apa punca sebenar sebelom nak salah kan seseorang….memalu kan betol laa…..tu la dia…. nama pon artis kan……. semua nak kecoh…. lg satu nak bg tahu…. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui….. mana tahu semua ni cuma cerita rekaan semata2 untuk menjatuhkan maruah sang suami……atau pon… memang mereka bergaduh dan si suami naik tangan… tapi ada kite tahu sape yg sebenarnya salah hingga menyebabkan si suami nak tangan terhadap si isteri….kite sebenar nye tak boleh masuk campur hal rumahtangga mereka…. sesiapa pon.. xkisah la adik beradik mereka pon…. .. sekian
    renung2 kan laa… assalalmualaikum

    • Raraxara

      dye bukan nk kecoh psl rmh tangge dye..
      tp wartawan yg hebohkan
      ape la ko nie b0d0 sgt..

    • @zura_2012

      Tetap dayus laki dia pukoi sepak terajang dia maaaaa…..talak baik oooooo…..hargai wanita…..peach yooo…

  • Muhammad Fakhrul Alif

    lumrah dlm kehidupan berumahtangga….kadangkala dilanda ombak……pandai2lah memikirkan cara terbaik utk menyelamatkannya….

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1326784980 Fazrina Arin

    apa pun isunyer antara mereka, jantan yg pukul bini / pompuan memang dayus..

    • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

      setuju… tapi pukul mendidik takpe… kalau dah sampai lebam2 tu kira dah taraf WWF.. a big NO-NO kehkeh 

      -bapaknya Akid-

  • Anonymous

    aku nk tunggu penjelasan suami dia dulu baru leh buat kesimpulan. ckp sbelah pihak slalunya bnyk tokok tambah

  • Anonymous

    dah berdansa then cepuk?

    salah sekalipun lepaskanlah dengan cara baik kalau dah xnak…
    xperlu la pukul smpai camtu…
    Allahurabbi…

  • farina

    ishhh2 mcm2 yg jadi skrg ni

  • bintuluprincess76

    mrh sbb x dpt nk dating lama, bini sudah call minta dibelikan sarapan..terpaksa balik..hehehe

  • peah

    apa pun, sapa salah, sapa betul…pukul tu mmg tindakan yg xbagus….

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    ish.. kesian tengok muka dlm pix tu… mata berair + merah ala2 ikan tak segar je… :(

    -bapaknya Akid-

  • Geminicuppy

    cm xcaye je…nmpk cm hppy fmly,ley gk jd pkre cmni

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1659141099 Asliza Hamzah

    Tak kira apapun alasannya buat salah ke tak salah ke siapa lelaki tu nak pukul seorang insan bernama perempuan walaupun isteri dia???? Kalau dah x suka lepas secara elok mcm man dia ambil perempuan tu daripada akeluarga dia dulu!

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001372426273 Watie Yayang

    teruskan dan banyak kan bersabar….

  • http://www.facebook.com/people/Aizat-Safwan-Amir/100000456166480 Aizat Safwan Amir

    hmmmm…kesiannye….banyakkan bersabar ya….

  • Hasymizan

    berdoa dan bertawakkal sambil menari? makbul la sangat yer.

  • sweetgirl

    ermmmm pernah jump kak ani ngn suami dia at uma….bhagia jer.. romntik sngt.. xsangka bila bce ni… huhuhuu

  • Lavender_pama

    bersabar lah ani,fikir sblm wat pe kputusan..pilih jln yg terbaik.

  • Wan Nurul Nadiah

    kepada artis2 tak yah lar nak masuk program sehati berdansa.. huhu.. Allah tak suke dok menari2 nunjuk2 kat orang konon2 bahagia.. riak namenye tu..

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com