Thursday, May 17, 2012


Bayi Dalam Rahim Sujud Diperdengar Kalamullah

    February 3, 2012

33 Comments


“Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka,

“Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Betul, kami menjadi saksi” agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini,” (Surah Al-A’raf: 172).

Maha Suci Allah, segala puji-pujian bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa serta Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya dengan nikmat yang diberikan untuk lahir ke dunia sebagai seorang Muslim.

Saksikanlah bagaimana seorang bayi di dalam rahim ibunya yang kebiasaannya tidak duduk diam secara tiba-tiba tenang dan bersujud sejurus didengarkan ayat suci Al-Quran Al-Karim sudah cukup untuk menyedarkan ramai umat Islam betapa hebatnya mukjizat yang diturunkan kepada Muhammad SAW.

Rakaman video yang dimuat turun di laman Youtube itu jelas sekali mempamerkan keajaiban Kitabullah itu dan sememangnya fitrah manusia untuk tunduk kepada Allah serta firmanNya.

Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari juga menjelaskan bahawa setiap manusia itu dilahirkan di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa dan seterusnya terpulang kedua ibubapanya untuk ‘mewarnainya’.

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi,” (Riwayat Al-Bukhari).

Jelas sekali kebenaran riwayat para ulama yang berpendapat bahawa setiap insan sebelum lahir ke muka bumi ini sememangnya  sudah mengaku Allah SWT itu sebagai Tuhan sejak di alam roh (roohul mumayyiz) lagi.

Malah, diriwayatkan juga bahawa semua roh manusia telah berjanji kepada Allah Azza Wa Jalla untuk menyembahNya dan menjadi seorang hamba yang taat pada Tuhan mereka.

Dan penulis mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri sendiri dan seluruh umat Islam untuk terus tidak lupa untuk sujud kepada Maha Pencipta agar kita semua bertemu kembali denganNya juga di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa, Insyaallah.

Alhamdulillah, Allahu Akbar dan sama-samalah kita memperingati pengertian syahadah yang kita lafazkan setiap kali bersolat kepada Allah SWT, wallahu’alam.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

134 Foreigners Converted To Islam In Algeria
Umat Islam Diseru Sertai Himpunan Sejuta Umat
Risalah Kristian Cemar Perhimpunan Sejuta Umat
Ustaz Don Cetus Fenomena!
Formula Mengubati ‘Penyakit’ Mulut Celupar Daripada Rasulullah SAW
Hormat, Malu Dan Agama Yang Kian Hilang...
Madu: Khasiat Dan Cara Hidup Islam
Akta Gadaian Islam Tidak Rampas Barang Penggadai
Jawatan Sebagai Makmum Solat Dengan Pahala 27 Kali Ganda...Berminat?
Saya Jaga Akidah, Peranan Pemimpin Islam: PM
Wacana Ubat Dari Perspektif Islam
‘Bohong Sunat’ Diharuskan Menurut Islam?
Kenapa Rasulullah Larang Minum Berdiri?
Pertahan Islam Dan Perlembagaan
Bagaimana Selamat Dari Seksaan Kubur?

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/muiz0601 Mu’iz Abd

    Allah maha besar

  • Arety_yat87

    Allahu Akbar

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001123574077 Muhamad Farid Osborn

    ya allah

  • http://www.facebook.com/linarohayulinaAyu Linarohayu LinaAyu

    Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,

  • http://www.facebook.com/people/Azran-Kamaruddin/100000623750443 Azran Kamaruddin

    SubhanAllah..

  • s.A.S

    (;

  • Noor Azlan

    subhanallah. begitu besar kekuasaan ALLAH tapi ramai manusia yang masih leka kan.hmmm

  • Eyba_90

    subhanallah..allah maha besar..

  • http://twitter.com/NunuAmirah Ainu Amirah

    kekuasaan Allah 

  • http://www.facebook.com/people/Noridah-Mj/100001277749823 Noridah Mj

    Allahuakbar,.Allah Maha Besar

  • http://www.facebook.com/people/Aliff-Ridzwan/1742237952 Aliff Ridzwan

    subhanAllah

  • syuhada nursyuhada

    ya allah kesiannya

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001373698947 Nazatul Ummairah Malek

    subhanaallah…allah huakbar….
    kuasa allah….

  • wafa

    subhanaAllah..

  • http://www.facebook.com/abdulmuiez Abdul Muiez Ruslee

    Subhanallah..Maha suci Allah..

  • http://twitter.com/aizan_aziz izy (???)?

    subhanAllah :)

  • Radiogirlz_91

    astagfirullahalazim…bayi yg dlm perut pon bersujud bila diperdengarkan bacaan al-quran..manusia yg dh besar panjang xreti2x nk sujud menghadap Allah yg satu..

  • Zaireen_91

    subahanallah…

  • Anonymous

    subhanallah..

  • Shikin30

    subhanallah..allah maha besar.

  • http://www.ceritaindahkami.com/ cikpuanhady

    subhanallah..

  • Syedumar_alagil

    subhanallah

  • Din83_gelombangombak

    ALLAHHUAKBAR..Allah Maha Besar!!!!!!!!!

  • Dendo_94

    ya Allah! …. Astaghfirullahal’azim!

  • http://ennysufiana.wordpress.com/ enny

    Subhanallah..Maha suci Allah.

  • http://www.facebook.com/fakhriwmf Wan Muhammad Fakhri

    subhanallah

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1346353863 Mohd Akil

    Allahuakbar

  • epul rte seremban

    lihat bertapa besarnya kehebatanya yang maha esa…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000588254457 Razuan Razak

    Subhanallah..Maha suci Allah.

  • http://www.facebook.com/people/Asyraf-Muhammad-Nurasyraf/100000577147005 Asyraf Muhammad Nurasyraf

    ^_^

  • Syarih

    subhanallah…allah maha berkuasa keatas setiap makhluknya…

  • unsee

    subhanallah

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    subhanallah…

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com