Thursday, May 17, 2012


Tipu Kad Kredit: Wanita Dijel, Denda

    February 2, 2012

6 Comments


PETALING JAYA – Seorang ibu muda  dihukum penjara sehari dan denda RM5,400 oleh  Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana  menggunakan sekeping kad kredit yang bukan  miliknya untuk membeli pelbagai jenis barang  keperluan dan sebuah telefon bimbit, dua tahun  lalu.

Majistret Nor Afidah Idris memutuskan demikian  selepas pembantu kedai percetakan, Wirda  Sundariah Khalid, 26, yang pertama kali  dihadapkan ke mahkamah pada 29 April 2010  menukar pengakuannya kepada bersalah hari ini.

Ibu kepada seorang anak itu didakwa  menggunakan kad kredit Visa Citibank milik  seorang pegawai bank, Farah Elena Ahmad untuk  membeli pelbagai jenis barang keperluan yang  bernilai RM323.75.

Kejadian didakwa berlaku di Farmasi Guardian,  Jalan PJU 5/17, Dataran Sunway Kota  Damansara di sini pada pukul 9.47 malam, 3 April  2010.

Dia juga didakwa menggunakan kad kredit  tersebut untuk membeli sebuah telefon bimbit  jenama Sony Ericsson yang bernilai RM700.40 di  Mega Comm Cellular Accessories, Tingkat Bawah  Lot G35, Kompleks Sungai Buloh, Bandar Baru  Sungai Buloh di sini pada pukul 5.46 petang, 11  April 2010.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut  Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang  memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima  tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dengan pengakuan bersalah itu, Wirda Sundariah  dihukum penjara sehari dan denda RM2,700 bagi  setiap pertuduhan dengan hukuman penjara  diperintah berjalan serentak.

Gagal membayar denda untuk setiap pertuduhan,  dia akan dipenjara lima bulan lagi selain perlu  membayar kos pendakwaan kepada mahkamah  sebanyak RM300.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan  Pendakwa Raya, Fatimah Zahrah Ramli manakala  tertuduh diwakili peguam bela, Aiman Basir. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

P'bantu Makmal Dipenjara Sehari, Denda RM700
Didenda RM3,000 Kerana Beri Rasuah RM50
Bekas Pengarah Di Penjara Dan Denda
Didenda Tipu Pengeluaran Perumahan KWSP
Didenda RM2,000 Kerana Ambil Dadah
Dua Syarikat Kena Denda Curi Air
Timbalan KSU Didenda RM3,000 Kerana Berkhalwat
Pengasuh Taska Didakwa Guna Kad Kredit Majikan
Peniaga Mengaku Bersalah, Didenda RM1,300
Bekas pengarah palsu Penyata Kewangan Didenda
3 Lelaki Didenda RM800 Kerana Merusuh
3 Pesalah Trafik Cuba Rasuah Didenda RM2,000
Suami Cuba Cederakan Isteri Didenda RM5,800
Syarikat Kontraktor Curi Air Kena Denda RM14,000
Tiga Penari Tiang Didenda RM25

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Anonymous

    padah pakai duit org. kalo tuan empunya kad kredit x halalkan duit yg dipakai, makan brg haram la dia (kalo dia beli makanan guna duit tuh)

    • http://www.facebook.com/Miszydian Dian Munira

      tue namanya ~ TAKDA BERKAT..

  • http://www.facebook.com/Miszydian Dian Munira

    dari mana dia dapat kad kredit tue??

    • Anonymous

      ya musykil jgk camne kad kredit tu leh jatuh ke tgn beliau?

      • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

        tercicir masa g kedai tertuduh kot…

        -bapaknya Akid-

  • http://twitter.com/NunuAmirah Ainu Amirah

    bijak2 org zaman skrg..

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com