Thursday, May 17, 2012


MB Kedah Jawab Balik Isu Kuin

    February 1, 2012

5 Comments


ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihak yang mempertikaikan keputusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggantung lima pelajarnya, tidak memahami undang-undang yang digunakan universiti milik kerajaan negeri itu.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin menjelaskan tindakan yang dikenakan bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS).

“Mereka yang tak faham…tembak tak betul menyebabkan semua orang keliru dan pening kepala. Saya dah beri jawapan (undang-undang) IPTS lain daripada IPTA,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini pada Rabu.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata beliau telah menerangkan perkara itu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan hari ini beliau mengarahkan setiausaha politiknya supaya ke Kuala Lumpur bersama dokumen berkenaan untuk menerangkannya lagi.

“(Pengurusan Kuin) sebagai satu badan bebas, apa keputusan dibuat selagi tak bercanggah dengan prinsip nyata biar mereka putuskan. Saya tak boleh campur tangan. Saya pun tak boleh cakap banyak kerana perkara ini telahpun dibawa ke mahkamah…bukan kami tetapi pelajar tu yang bawa ke mahkamah,” katanya.

Katanya difahamkan Kuin telah melantik peguam Karpal Singh untuk mewakili mereka dalam kes itu.

Lima pelajar universiti itu digantung pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asrama mereka di kediaman Ar-Razi, di sini.

Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini, manakala seorang lagi masih dalam penggantungan.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari meminta supaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan kerana mendakwa Menteri Besar itu menyokong kewujudan Auku, sedangkan manifesto Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga menjanjikan mereka akan menghapuskan akta berkenaan.

Azizan berkata beliau bersetuju dengan Buku Jingga tetapi pelaksanaan Buku Jingga itu adalah selepas pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat.

“Ada yang boleh digunakan sekarang, ada yang tidak boleh. Setiap negeri ada masalah masing-masing. Ada yang sesuai yang dilaksanakan di Semenanjung tetapi tidak di Sabah dan Sarawak. Ada yang boleh di Kelantan tetapi tidak di Kedah.

“Bukan saya menentang. Buku Jingga tu bagus tetapi ada perkara kena tunggu suasana yang mengizinkan,” katanya.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Azizan berkata sebagai ketua parti, Abdul Hadi perlu bertanding.

“Saya tak tau apa sebab (Abdul Hadi buat kenyataan itu) sedangkan dia masih mampu. Dia asas kepada parti dan tidak ada buat kesalahan apa pun. Malah kalau ikut kesihatan, dia lagi sihat daripada saya,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU-13, Azizan berkata semuanya bergantung kepada pucuk pimpinan parti. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Kedah MB Expected To Leave IJN Next Week
Kedah MB On Medical Leave, Advised To Rest
Tiada Pertemuan Dengan Hadi - MB Kedah
Banyak Tanah Pertanian Disalah Guna - MB Kedah
Tekad Selamatkan Madrasah Salihiah Kancut
Pakatan Pembangkang Tidak Hormat Azizan
MB Kedah Letak Jawatan Beberapa Jam Lagi?
Saya Tidak Letak Jawatan MB Kedah: Azizan
Dato’ Seri Azizan Tidak Kisah Dipecat
Azizan Mangsa ‘Amukan’ Anwar Kerana Isu Israel
Ramai Orang Lain Nak Jadi Exco - MB Kedah
PAS Nafi Cubaan Gulingkan MB Kedah
Azizan Kata Dapat Simpati Anggota Pas
Azizan Perlu Diganti Segera Elak Kedah Tumbang
2 Laporan Polis Terhadap MB Kedah

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Anonymous

    bila pelajar meluahkan pendapat.. haram tak dengar. org2 besar ni terasa diri itu bagus. lebih pandai dri pelajar yg masih belajar. 
    bila pelajar buat demokrasi mahukan keadilan, mula la panik. buat sume cara yg ada (even cara yg x betol) utk menghalang pelajar tu berdemo

    salah siapa ?

  • Mat Dungun

    bari dan jadi macam ba’ring (binatang kecil terbang yang suka hurung makanan). sepupu gan lalat hijau…. ada ilmu tapi dok pa’kar yang bukan bukan pakar. (Nota: dok pa’kar – tidak berguna)

  • idk

    for those yg x tau the truth, jgn main ckp hentam jea. anda betul2 ikut ke perkembangan isu ni? anda betul2 ke faham apa yg berlaku? anda yakin ke apa yg jadi ni xde kaitan dgn usaha pihak tertentu utk sengaja mencari isu?

    *jgn hentam keromo je. :)

  • pedustanwar

    sape yg sokong pelajar ber demo mmg tak betul dah

  • http://www.facebook.com/muiz0601 Mu’iz Abd

    hentam2

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com