Thursday, May 17, 2012


1.35 Juta Kondom Ditarik Balik Akibat Bocor

    February 1, 2012

14 Comments


Johannesburg – Afrika Selatan menarik balik 1.35 juta kondom yang diedarkan kepada penduduk negara berkenaan sempena sambutan 100 tahun parti pemerintah, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), awal bulan ini.

Menurut aktivis AIDS, Sello Mokhalipi, beliau menerima laporan daripada orang ramai bahawa kondom itu telah bocor ketika mereka melakukan hubungan seks.

“Keadaan ini mencetuskan panik kepada pesakit AIDS kerana bimbang pasangan mereka akan dijangkiti penyakit sama,” katanya.

Menurut Mokhalipi, pihaknya menerima aduan itu bermula 11 Januari lalu dan berikutan itu, satu ujian bagi mengesan kebocoran telah dilakukan.

“Kami menuang air ke dalam kondom berkenaan dan mendapati ia bocor, bukan di satu tempat, malah di beberapa tempat lain,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap jabatan kesihatan, Jabu Mbalula berkata, orang ramai tidak perlu panik kerana kondom yang diedarkan pada 6 hingga 8 Januari lalu, telah ditarik balik dan semua 1.35 juta kondom itu telah diperolehi semula pada 18 Januari lalu.

Kondom berkenaan diedarkan ke hotel dan bar di seluruh Bloemfontein, di mana berpuluh-puluh ribu pelancong dari seluruh negara berkunjung ke situ sempena sambutan 100 tahun ANC yang diadakan di Stadium Bloemfontein.

Kejadian ini bukan pertama kali berlaku malah pada 2007, kerajaan Afrika Selatan terpaksa menarik balik lebih 20 juta kondom tercemar yang dikeluarkan oleh pengilang tempatan.

Ia berlaku akibat sikap tamak pegawai penguji dari Biro Piawaian Afrika Selatan yang menerima rasuah bagi meluluskan kondom berkenaan biarpun ia tidak lagi boleh digunakan.

Pada 2008, lebih 5 juta kondom ditarik balik kerana bocor.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Kondom Dalam Beg Sekolah Anak
Malaysia Bakal Pengeluar Kondom Utama Dunia
3 `Keldai Dadah' Telan Kondom Ditahan
Kondom Mewah 'Louis Vuitton' (LV) Harga RM200 Sekeping, Ada Berani?
Taktik Telan Kondom Berisi Syabu Didedah

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/Miszydian Dian Munira

    ramainya pengguna kondom.. ouhhh baru taw.. hihi

    • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

      kondom sekali pakai je cik adik… 20juta kondom tak semestinya digunakan oleh 20juta org berlainan… kalau 20juta kali ye la kehkeh… 

      -bapaknya Akid-

  • T.J

    LOL mane x bocor nye ? tgk la size sape yg pakai !

  • http://www.facebook.com/muiz0601 Mu’iz Abd

    kawen la lg selamat..xpyh nk kondom2

    • Anonymous

      baca news tu…dia kata utk mengelakkan jangkitan AIDS.

      • http://www.facebook.com/muiz0601 Mu’iz Abd

        dorang byk seks bebas..sbb tu la aids ni sng kne..

        • Anonymous

          point aku, kalau kawin pun dah ada AIDS, kena pakai kondom gak takut pasangan plak tejangkit. 

          • http://www.facebook.com/muiz0601 Mu’iz Abd

            sblm kawen p cek dlu..

  • Feeq

    perghh.ramai gile

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    sudah… mesti ada yg terpanik takut termengandung lepas nih? kehkeh

    -bapaknya Akid-

  • http://www.facebook.com/people/Jovinia-Yong/100000155372584 Jovinia Yong

    jgn pulak kes aids yg bnyk merebak dah. 

  • http://www.facebook.com/bboyzze Nizam Muar

    alamak bocor ! :P sape yang pkai tu jage2 yew :D

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1402560171 Ef Garfield

    buang jer la.. tak payah jual da…. 

  • http://www.facebook.com/shah1691 Ir Sixnine

    uishh.. bahaya2.. hehehee

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com