Thursday, May 17, 2012


Hujah Dr. Hassan ‘Memalukan’ – Khalid

    January 31, 2012

19 Comments


KUALA LUMPUR – Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Samad menyifatkan kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kononnya beliaulah ‘parasit’ dalam parti berkenaan sebagai hujah ‘memalukan’ daripada seorang yang mempunyai gelaran ijazah doktor falsafah (PhD).

Menurut Khalid, ini menampakkan yang Hassan sendiri tidak tahu maksud sebenar perkataan parasit yang dilaung-laungkannya itu.

Katanya, parasit sebenarnya hidup di atas kekuatan pihak lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya.

” Dalam hal ini dialah (Hassan) parasit sebab tumpang nama Pas, saya dah tentu orang Pas sejak dulu lagi. Bagi saya ia hujah yang memalukan bagi seorang yang mempunyai Phd,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Semalam buat kali pertamanya Hassan mendedahkan pemimpin Pas yang selama ini  dianggap `parasit’ dengan menamakan Khalid sebagai  individu yang terbabit.

Beliau yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal  Islam negeri pada 13 Januari lalu mendakwa, Ahli  Parlimen Shah Alam itu sering kali dilihat  menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi  Islam selain merupakan individu paling lantang  usahanya untuk melarang penjualan minum keras  di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan  majoriti orang Melayu.

Hasan berkata, Khalid juga beria-ia mengkritik  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika  agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang  dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara  Utama  (DUMC) meskipun pihak berkuasa  menerima maklumat mengenai penganjuran satu  majlis yang bermatlamat bagi menyelewengkan  akidah umat Islam di negeri ini.

“Saya tidak hairan sekiranya usaha-usaha itu  ditentang oleh pemimpin DAP mahu pun pemimpin  bukan Islam dalam PKR, tetapi saya sangat hairan  apabila ia ditentang hebat oleh Khalid Samad yang  bertanding atas tiket Pas,” katanya ketika berucap pada  program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 Shah Alam malam  tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid berkata, permintaan Hassan agar pengundi Shah Alam tidak mengundinya menunjukkan bekas Exco Selangor itu secara tidak langsung adalah orang suruhan UMNO.

” Dia minta orang Shah Alam tak undi kita maknanya dia nak orang di sana undi UMNOlah tu,” kata Khalid.

Dalam ceramah semalam Hassan turut mengingatkan pengundi di Shah  Alam agar jangan beri satu undi pun kepada Khalid pada pilihan raya umum akan datang kerana menurutnya Ahli Parlimen itu adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam. - Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Nik Aziz 'Listens' To Anwar, Hadi 'Follows'
Hasan Ali's Termination Related To Anwar, DAP
Pahang MB Reminder Over Pas Promise
Hadi Awang Has No Business...
Azizan Tak Mahu Undur, Hadi Nafi Arah
Mat Sabu Tak Dengar Lagi Perbualan Lucah
PAS Berhati-Hati Pilih Calon - Nik Aziz
Hasan Ali Kritik Pas, Cabar Mustapa
PAS Nafi Harun Din, Ismail Kamus Hadir
Huru-Hara Jika Dengar Cakap Anwar - Hasan Ali
Pemikiran Lama PAS Hanya Layak Exco Agama
PAS Akan Terus Bantah Lynas
Kemelut Di Kedah Bukti Tak Tamak Jawatan - PAS
PAS Anjur Majlis Hi-Tea Kumpul Dana PRU
PAS Sokong Himpunan Hijau

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Aliff-Ridzwan/1742237952 Aliff Ridzwan

    lolz

  • Arety_yat87

    pape jea lah dyorang ni…mcm2

  • Ken Ching

    cmni la org pas..bile org kutuk dia..dia terus label org tu org umno..bongok gile la weh! kalo professional..rebut (bangkang) la satu2 fakta yg hassan ali ckp psl dia..i.e. psl gereja, arak n etc..xyah la nk spin! nyampah lak aku..n bukan ke hassan ni xde mood pon nk join umno kan..so xyah la nk libatkan umno..khalid=bari=bengap!   

  • http://www.facebook.com/people/Osthman-Manaf/100000397536178 Osthman Manaf

    awak tu yg menumpang negeri orang, awak tu orang air baloi pontian johor, parasite la tu, yg menumpang negeri orang tu yg dimaksudkan dr hasan hehehe…awak kena.

  • islam agamaku

    janji dlu unk bersihkn selangor ni pun xbuat2 ag..bpe thun da..xbrubah pun..

    • Yosh

      sekarangkan dh ada exco agama yg baru, kita tengok camne lak

      • Kucing Kurap

        pasni tukar lg exco, pastu kita tgk plak. org lain dah sampai bulan, kita plak masih tgk dulu.

  • auku

    die tls jgn undi khalid….bukan parti lolz….

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    “…menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi  Islam selain merupakan individu paling lantang  usahanya untuk melarang penjualan minum keras  di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan  majoriti orang Melayu.”

    err… tanya sket Admin… bukan ke elok melarang penjualan minuman keras kat kaw. majoriti melayu? or adakah maksud sebenar yg nak disampaIkan ialah paling lantang MENENTANG usahanya untuk melarang penjualan minuman keras??? 

    -bapaknya Akid-

    • http://www.facebook.com/people/Farid-Azfar/1657638446 Farid Azfar

      maksud admin ni rase nye khalid samad ni la individu yg paling lantang menentang usaha hasan ali melarang penjualan minuman keras..^^

  • Bromine90

    mcm2

  • Anonymous

    duk ckp pasal parasit. depa ni tau ke ape maksud parasit tuh ? ke main sebut je ? LOL

  • http://www.facebook.com/people/Mohd-Azmi-Mohd-Noor/100000195533324 Mohd Azmi Mohd Noor

    masa tengah ngam dulu spender pun boleh tukar2 pakai… bila dah tak ngam macam2 timbul. kakaakakakakaka.
    asan ali ni pulak macam budak2 kecik” kalau berkelahi berebut gula2 jangan bagi masuk rumah”…….maksudnya tak yah lah minta org jangan sokong org itu/ini….

  • Ayu_slumber83

    kenapa khalid x jawab tuduhan dr.hassan ali? saman ke?….buktikan kepada rakyat….rakyat nak tahu….kami ada hak…undi kami penentu khalid atau dr. hassan ali….

  • firz

    ” Dia minta orang Shah Alam tak undi kita maknanya dia nak orang di sana undi UMNOlah tu,” kata Khalid.ape dlm malaysia ni ade parti umno n pas je ke?ni lah dye pembangkang,bile ade yg kuar dr parti dorang mulelah ckp org tu dbeli umno.padahal hakikatnye parti tu sdiri yg bmasalah…fikir positive lah jgn fikir politik 

  • pedustanwar

    ni sume puak2 anwar ni sume lidah bercabang

  • pedustanwar

    malu dah ke pak cik…..

  • http://www.facebook.com/people/Badiuzaman-Hashim/100001015977397 Badiuzaman Hashim

    Cepat2le isi borang ahli UMNO/BN, lpastu ronda Msia tolong kempen pru13 untuk umno BN mudah2an ada imbuhan

  • Pemerhati Politik

    Aku ingat Hassan Ali ini mau sentiasa jadi pemimpin. Kalau dah orang tak mahu nak buat apa. Mat Sabu tak dipilih sebagai calon pilihan raya pun dia tak kisah terus berjuang dengan PAS. Dia tak keluar PAS. Keiklasannya dalam perjuangan terserlah. Lihat apa yang terjadi ahli PAS pilih dia sebagai Timbalan Presiden. Ini tidak bila kalah buat macam. Janganlah jadikan PhD anda sebagai Permanent head Damage. 

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com