Thursday, May 17, 2012


TERKINI: Kerajaan Sahkan ‘Bunyi Aneh Dari Langit’ Hasil Aktiviti Kilang Sawit!

    January 31, 2012

38 Comments


PUTRAJAYA – Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit yang ditubuhkan kerajaan (Sky Roar) mempercayai kejadian ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu berpunca daripada aktiviti kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap, Kota Samarahan, Sarawak.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa siasatan yang diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) itu telah melakukan siasatan dan mendapati beberapa andaian penduduk tentang insiden itu sebelum ini tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan peristiwa itu.

“Antara andaian oleh penduduk setempat ialah mengaitkan bunyi ngauman tersebut dengan kejadian gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Namun begitu, siasatan jawatankuasa itu mendapati kedua-dua andaian tersebut tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan bunyi ngauman tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Fadillah berkata,  jawatankuasa siasatan menggunakan beberapa metodologi dalam siasatan itu seperti menemu bual saksi-saksi kejadian, mengenal pasti sumber potensi punca bunyi, membuat siasatan berkaitan, mendapatkan khidmat pakar tempatan menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas yang diterima dari orang ramai.

Menurutnya, penemuan awal siasatan mempercayai bunyi ‘Ngauman Langit’ itu berkemungkinan besar berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh  kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap pada tarikh 11 dan 12 Januari lalu.

Jelasnya, perkara ini disahkan Penolong Pengurus kilang sawit tersebut, Yusmizan Des bahawa pihak kilang menjalankan penentukuran (setting) dan pengujian tekanan dandang secara auto yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan dandang secara berkala yang mana proses tersebut telah menghasilkan bunyi yang didakwa sebagai ‘ngauman langit’ oleh penduduk setempat.

Tambahnya, pelepasan tekanan dandang adalah bagi tujuan mengekalkan tekanan dandang pada nilai yang telah ditetapkan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit.

Malah, kata beliau, corong lepasan wap juga didapati berada pada arah kampung di mana saksi telah mendengar bunyi berkenaan.

Demonstrasi semula penghasilan bunyi pelepasan wap dandang tersebut oleh pihak kilang telah disaksikan sendiri oleh jawatankuasa dan saksi berkaitan dan kesemua mereka berpuas hati dengan persamaan bunyi proses itu dengan rakaman ngauman seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, katanya lagi.

“Bagaimanapun analisis saintifik dan pencirian frekuensi yang sedang dilakukan oleh pakar tempatan diteruskan bagi tujuan pengesahan secara saintifik,” katanya lagi. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Selalulah Ketawa, Ia Baik Untuk Kesihatan
Oliver Bayi Ajaib...Dilahirkan Tanpa Darah!
Video Klip: Bila Silat Bertemu Wing Chun - Siapa Menang?
Koma Tapi Boleh Bermain Bola Keranjang
Lelaki Pusing Kepala 180 Darjah, Jangan Tiru!
Cayalah Haris...Kau Muncul Kat Ellen DeGeneres Show
Budak Perempuan Ketagih Minum Petrol
4 Jam 'Terpaku' Di Lantai Rumah
Wanita Berubah Usia Dari 46 Kepada 20-an
Kumpul Sejuta Coli Terpakai Untuk Kebajikan
Cincin Tersekat Di Kemaluan Lelaki
Wanita-wanita Cantik Yang Lahir Sebagai Lelaki
Lelaki Cuba Jual Kemaluan Ditangkap
Polis Trafik Bangkok Dilatih Menjadi Bidan
Sedar Dari Koma, Berubah Jadi Lesbian

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • cold heart

    ooooo,,,gitu ceta sebenarnya,,

  • http://www.facebook.com/shah1691 Ir Sixnine

    hehehe… mcm ni rupa nya yer…

  • http://www.facebook.com/shah1691 Ir Sixnine

    harap2 betul la.. jgn ada yg tersembunyi pulak yer

  • Abahmu

    nampak beno nipunye

  • http://www.facebook.com/namasayaboy Mohamad Firdaus

    nampak beno nipunye

  • Aku_Bersimpati

    Hahahaha… Yang nie mmg mnipu rakyat…Bunyi yg wujud kat German sblm2 nie mcmana pjelasan?? Dari kilang juga ke?? Ntah ape2…

    • Anonymous

      saje nk tutup kes. xnk rakyat panik

  • http://www.facebook.com/adi.qaiser Adi Qaiser

    pandai je nk kata krjaan menipu. cuba bg bukti saintifik? krajaan dh bagi!2 ada brani!

    • Anonymous

      xkan sume tmpt yg ade bunyi ni ade kilang sawit ? bukan kat kuching je bunyi camni ade. taun lepas da bnyk kali dilaporkan di luar negara. 

      • randy

        betul2………..dia org semua nk tipu…………org mcm2 boleh buat andaian…….

  • Anonymous

    dah terang lg bersuluh ade pihak cuba sembunyikan kebenaran. :)

  • Amer1692

    kalo berita dari kerajaan sume aku xcaye… bnyk sgt tipu rakyat…

    • Anonymous

      jgn camtu… ade gak berita yg betol.. walaupun bnyk brita yg tipu rakyat.. amik yg jernih. buang yg keruh :)

  • Anonymous

    mmg HAARP punye keje..

  • Faris

    sakei betoi korg…nk sgt bunyi haarp…

  • http://www.facebook.com/momok.tomok Momok Tomok

    “Demonstrasi semula penghasilan bunyi pelepasan wap dandang tersebut oleh
    pihak kilang telah disaksikan sendiri oleh jawatankuasa dan saksi
    berkaitan dan kesemua mereka berpuas hati dengan persamaan bunyi proses
    itu dengan rakaman ngauman seperti yang telah dilaporkan sebelum ini,
    katanya lagi.”

    Alahai…. saksi puas hati, korun x puas hati?

  • http://www.facebook.com/rabiatulbaharin Rabiatul Baharin

    tak dapat nak terima akal betul alasannye. satu dunia dah ada bunyi yg sama, takkan nk pakai kot alasan ni? tolonglah jangan nak mnipu. haihh. 

  • http://www.facebook.com/abdulmuiez Abdul Muiez Ruslee

    Apa nak risau. Kiamat tu pasti.mati itu pasti. Tak payah nak tunggu bunyi baru nak taubat..taubat, taubat ajelah..lagi nak pertikai..kalau bunyi tu bunyi kilang kita xjadi taubat ke..biarlah bunyi apa pon..taubat xkira masa..kiamat juga yang kompom semakin hampir..

    kalau kerajaan kata bunyi kilang pon, kalau nak percaya, percayalah..xnak percaya jangan kutuk macam2..

  • http://www.facebook.com/people/Izzatunnazmi-Syazwan-Abd-Aziz/675053253 Izzatunnazmi Syazwan Abd Aziz

    hmmm…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1404431242 Ahmad Ash

    kah x3

  • Mie5947

    obses btol pengomen2 kt sini. bunyi dr langit kt sini dgn kt luar negara tu wajib dr sumber yg sama ke..??

  • Adam

    cam tak betol ja..

  • http://www.facebook.com/people/Aliff-Ridzwan/1742237952 Aliff Ridzwan

    propa je kuat

  • Aku Freeman

    Alasan nak sedapkan hati..
    Kat Rusia suma tu bunyi kilang klapa sawit gak ke?
    Apa pn bersiap sedia la kita utk persediaan akhirat.
    Mati itu pasti , kiamat itu pasti..
    Bersedia je la..

  • http://twitter.com/shahrulfikhri Shahrul fikhri

    owh mcm tu rupenya

  • http://www.facebook.com/apizkimi Apiz Bin Latib

    mmm..macam-macam.

  • http://www.facebook.com/muiz0601 Mu’iz Abd

    haha..yeke ni??

  • Eza

    lor..aktiviti kilang sawit..

  • http://twitter.com/yanizainal zuraini zainal

    hahahahah :))

  • Ros

    yeke?hmmm

  • ZzZ

    NAIK SEMAK AKU DENGAN RATA-RATA ORANG MELAYU BANGSAT KAT SINI. AKU TENGOK BANGSA LAIN TAK MEK POT PON, MELAYU JA DOK MAI TAKSUB CAM HARAMI…

    • Anonymous

      melayu je ckp bangsat kat kaum sendiri. kan @fca420393565df0f49a36cb6fb6cd99c:disqus ?

    • Mr_revivalz

      majoriti melayu beragama islam.. dan percaya pada hari kiamat. so xsalah kalau melayu fikir pasal benda mcm ni.

  • http://www.facebook.com/people/Amir-Onzz/100000186564726 Amir Onzz

    kilang sawet punya keja

  • Oowme1spr7

    bunyi kilang ke bunyi dragon ker… so what? dunia nk kiamat korg lg mau huru hara ka? haiya.. manyak budu ini olang..

  • Lyn

    what? rupe2nye kilang sawit yg punye keje.

  • layannn..

    Biasa la.. taktik tak mau rakyat panik.. dari dulu lagi mmg aku agak dah klo GOV ambik pot hasilnya mesti seolah dorang nak “tutup kes”.. terrer kan gov malaysia setel kan kes ni.. hahahaha!!

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    kahkahkah… told ya.. it’s man made… but to me it’s not that similar to noise from steam blow coming out from silencer during safety valve setting… but yeah, it’s very loud depend on the boiler drum pressure & the silencer design… ROFL

    -bapaknya Akid-

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com