Thursday, May 17, 2012


PENTING: Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir?

    January 26, 2012

108 Comments


Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) telah dilaporkan berlaku di permukaan matahari pada 23 Januari lalu yang dikesan melalui satelit khas pemantauan matahari, SOHO dan STEREO milik NASA dan ESA.

Letusan ini telah menyebabkan fenomena ribut geomagnetik di bumi pada 24 Januari sekitar jam 15:00 UT (jam 23:00 Waktu tempatan).

Fenomena ini telah dilaporkan oleh stesen TV3 pada hari yang sama.

Untuk rekod, matahari adalah sebuah bintang bersaiz sederhana dan mempunyai aktiviti luaran (permukaan) seperti pembentukan tompok hitam (sunspot), penyemburan tenaga melalui fenomena seperti suar matahari (flare) dan penyemburan jisim korona yang boleh menyebabkan fenomena ribut suria (solar storm).

Aktiviti matahari ini mempunyai kitaran ‘senyap’ dan juga ‘aktif’ selama 11 tahun yang berulang yang dikenali sebagai kitaran suria (solar cycle).

Fenomena di mana matahari mengalami aktiviti ‘aktif’ ini di kenali sebagai solar maksimum (solar max) yang dijangka akan berlaku dalam tahun 2012 hingga 2013.

Kesan fenomena ribut suria dan interaksinya dengan medan magnet dan lapisan ionosfera bumi boleh menyebabkan ribut geomagnetik yang mana boleh menyebabkan gangguan kepada sistem komunikasi radio  dan radar, sistem satelit dan gangguan kepada sistem navigasi seperti kompas yang berpandukan kepada magnetik bumi dan fenomena kenampakan aurora di kutub utara dan selatan bumi.

Ribut geomagnetik yang sangat kuat seperti yang berlaku pada tahun 1989 telah menyebabkan arus aruhan yang menyebabkan kebakaran alat transformers di jaringan elektrik voltan tinggi di Wilayah Quebac, Kanada.

Sebenarnya penulis agak panik juga bila mengetahui berlakunya fenomena sedemikian, bertambah panik lagi apabila ramai pihak mendakwa fenomena ini merupakan petanda kiamat makin hampir.

Sejauh manakah benar dakwaan berkenaan?

Agensi Angkasa Negara mempunyai jawapan saintifik berhubung fenomena tersebut.

Dalam kenyataan di laman webnya, AAN menjelaskan satu Nota Jemaah Menteri (N618/2011) daripada MOSTI telah dibentangkan pada 3 Ogos 2011 yang telah menerangkan fenomena berkaitan, dan juga jangkaan berlakunya solar maksimum pada tahun 2012 – 2013 ini, dan kesannya kepada bumi dan aktiviti berkaitan.

Menurut AAN, satu jawatankuasa bersama antara mereka dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum, juga telah diwujudkan untuk memantau dan menangani fenomena solar maksimum ini.

Berkenaan laporan ribut geomagnetik yang dilaporkan berlaku pada 23 Januari itu, AAN menjelaskan, laporan daripada National Space Weather Prediction Centre (NSWPC) dan National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan ribut yang telah berlaku hanyalah pada skala G1 (bacaan paling rendah) dan bukannya G2 – G3 seperti yang dilaporkan oleh berita TV3.

” Ribut itu tidak memberi gangguan kepada sistem infrastruktur di bumi dan hanya telah mewujudkan fenomena aurora di kutub utara. Untuk makluman, skala G5 ialah bacaan yang paling tinggi.

” Untuk makluman juga, fenomena seperti ribut geomagnetik ini hanya memberi kesan yang ketara kepada negara-negara yang berada di kutub atau di latitud tinggi seperti USA, Rusia, Eropah manakala negara-negara yang berada berhampiran Khatulistiwa adalah lebih selamat.

” Sehubungan dengan itu, Malaysia diramalkan selamat dan tidak akan terkesan dengan fenomena berkaitan,” jelas AAN dalam kenyataan tersebut.

Untuk makluman, bermula bulan Januari 2012 ini, Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum akan menyediakan laporan berhubung dengan fenomena ini secara bulanan  untuk makluman umum.

Dengan penjelasan AAN itu, penulis berharap kita semua jangan cepat panik dengan apa yang berlaku.

Ingatlah, kiamat merupakan kerja Tuhan dan bukannya urusan kita.

Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah Al-An’am: 59)

Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.

“Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Pengetahuannya.” (Surah Luqman: 34)

Ertinya dalam hadis ini Nabi SAW menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.

Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat.

Bukan sahaja Nabi SAW dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.

Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki.

Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.

Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.

Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah.

Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat.” (Surah Luqman: 34).”

Wallahualam. – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Lolalova

    Allah Maha Besar

  • http://www.facebook.com/ainiznadzfa Ainin Nadzrah Zainal

    oleh itu jangan cepat membuat andaian…andai kata ALLAH S.W.T menetapkan esok terjadinya kiamat,maka terjadinya kiamat…tak perlu kita meneka bila…berusahalah untuk mencukupkan amal bekal kita di SANA kelak…ya ALLAH…ampuni hamba-hambaMU ini

    • Kucing Kurap

      apa leh buat skrg ni ramai yg nak jd alim xde ilmu. pastu lak org kita pun cepat sgt pecaya. jaga², silap pecaya leh syirik.

      • Adel92nanoscience

        ape mksud kau??cpat sngt prcaye ape????

        • peneliti bebas alam

          pendapat saya pula adalah fenomena ini pernah berlaku. ia tiada kaitan dengan kiamat.

    • imandania

      saya setuju ng pendapat anda..hanya allah sahaja yg tahu..sbb itu keje tuhan..mereka yg suka buat andaian mcm ni sahaja nak menakut2kan..mcm orang da takde iman..

    • imandania

      saya setuju ng pendapat anda..hanya allah sahaja yg tahu..sbb itu keje tuhan..mereka yg suka buat andaian mcm ni sahaja nak menakut2kan..mcm orang da takde iman..

      • Faizal_Debak

        lol..nape u all nie??

  • Yusriarif

    lapisan ionosfera bumi ko lapisan Atmosfer bumi

  • lolo

    bahaya berwaspada

  • http://www.facebook.com/people/Aliff-Ridzwan/1742237952 Aliff Ridzwan

    nice info

  • imandania

    betul..kiamat akn berlaku pada bile2 mase..hanya allah tahu..so stop la korang wat andaian yg x masuk akal..sbb korang bkn tuhan..allah yg lagi maha megetahui..ape pon yg berlaku kite redha sahaja..ni namenye kuasa allah taala..kite sebagai manusia sebut subhanallah..itu ckup memadai..

  • Rroiezz

    syukur… xtak de ape buruk belaku..

  • Aku Mushuk

    stahu sye ade cahaye kt langit yg brwarna hijau muda kebiru-biruan..tpi tk tau kt mne..

    • Ken Ching

      aurora borealis

  • Zack

    patut astro..tibe2 x leyh..tibe2 blh..gangguan kot..

  • njwasm

    jgn mudah percaya kepada org yg mngatakan kiamat pada 2012…yes mmg byk petanda yg Allah beri kpada kite…mybe utk bgi ksedaran supaya org2 jahil kmbali kejalan-Nya..cuma Allah srang jer yg thu bile kiamat..tugas kite cume mgcukupkan lagi amalan kter…

    • Medabot_metabee

      ye saya sokong jgn percaya kiamat 2012.sial lah org yg cakap kiamat 2012 tu.sial la tuiii!!!!!

    • mlas

      betui 2!!!!

      walaupun penanda akhir zaman da ade..

  • kobi

    allahuakbar

  • Iza Hatta

    semoga menjadi peringatan utk kita…. 

  • http://www.facebook.com/people/Wan-Zulhilman-Wan-Mustafa/100000408557421 Wan Zulhilman Wan Mustafa

    mntak2 jauh laa kn.. 

  • Mm_85

    Allahuakbar..
     

  • ???? ???? ??????

    SubhanAllah

  • Itanfarhanis

    Subhanallah . Banyakkan berzikir ,

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100003038286488 Shaffiq Zaikal

    ya allah selamt kn aku dri segala bende2 2

  • Hamba Allah

    subhanallah….

  • http://www.facebook.com/people/Lagenda-Novel/100001036993673 Lagenda Novel

    Subhanallah…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1404431242 Ahmad Ash

    kiamat memang semakin hari semakin dekat..xsemestinya dengan kejadian solar flare nie je

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001197679919 Syed Lutfi Syed Shukri

    hanya allah yg mgtahui kiamat 2 bla…

  • http://profile.yahoo.com/CH4P5P3ZPLTDGJQI5FW5VAYFGQ n i e d a

    Subhanallah…

  • http://www.facebook.com/people/Niesa-Mila/100001033017025 Niesa Mila

    subhanallah….

  • http://www.facebook.com/people/Zarakhi-Hafiz/100000181316446 Zarakhi Hafiz

    kembali lah kepangkal jalan sebelum terlambat..

  • khairuL NuaR

    biar lah aq pergi sebelom smpai nye kiamat..amin..

  • http://www.facebook.com/red.one.echizen Red-one Echizen

    bertaubatlah sebelum terlambat kerna taubat x diterima lg jika kiamat berlaku!!! ~tobat~

  • Jasmine

    bertaubat lah anda sebelum terlambat.. pintu syurga sentiasa terbuka.. Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya.. aku cakap pandai, aku pun buat dosa. -.- Astaghfirullahhalazim.. semoga kita dijauhi drpd azab api neraka,,, Amiin.

  • http://www.facebook.com/akhimus Nur Mustafa

    ketetapan akidah menjadi kunci utama utk trus mnyemai dakwah d bumi ALLAH… kalau pun ESOK KIAMAT, apa yg kta 
    bleh buat..??? masa kiamat bukan lah 1 perkara yg bsar.. tp yg UTAMA adalah bgaiman kta mnjalani khidupan seharian sbg org islam

  • syahirah husna

    subhanallah…

  • http://www.facebook.com/people/Are-Ngah-Exora/100001075230582 Are-Ngah Exora

    ALLAH maha Mengetahui…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001886710259 Omar Hks

    SubhanAllah

  • Anonymous

    yang takut kiamat cuma org yg bnyk melakukan dosa.. termasuk sy yg xlepas dari dosa.. xperlu lah nk berdebat pasal kiamat sbb mmg x mustahil kiamat akan berlaku bila2 masa. dari berdebat pasal kiamat, baik berlumba2 wat amal. nuffsaid

  • Lunaqarissa

    kiamat keje tuhan,xyah sibok sgt wat org lain panik

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1326784980 Fazrina Arin

    jom jadikan fenomena2 ni semua sebagai peringatan utk kita.. supaya kita makin takut utk melakukan dosa, supaya kita xbertangguh-tangguh utk memohon keampunannya..

  • unsee

    semoga mnjadi peringatan

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001053103028 Eina E’in

    subhanallah….

  • Farah Nadirah

    SubhanAllah .

  • Iyma_75

    Allahu Akbar…….sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih…..Segala Petanda yang diberi adalah amaran untuk kita semua suapaya segera mmembuat persediaan dan segera bertaubat……. Info ini banyak beri kesedaran….TQ

  • http://www.facebook.com/people/Izzatunnazmi-Syazwan-Abd-Aziz/675053253 Izzatunnazmi Syazwan Abd Aziz

    kebetulan pulak kitaran aktif matahari ni jatuh tahun ni or tahun depan. itu yg menyebabkan org cuak. ada seorang ahli astronomi tempatan pernah cakap, cycle kali ni dah terlewat..so, ada kmungkinan impak dia agak kuat. wallahualam..

  • k-roll khairzaman

    mohonla keampunan dari Maha Pencipta…Allahuakhbar!!!

  • Helmi_

    hanye mu yang tahu kiamat bile

  • Marifhakimin

    ya allah…..pnjngkan lalgi umur bumi yng trcnta ini..ya allah…

  • http://www.facebook.com/Miszydian Dian Munira

    wallahualam.. kita tak tahu bila kiamat tapi bila sudah berlaku kejadian macam nie, sama2 laa kita bermusahabah diri dan ingatkan diri bahawa dunia memang sudah berada di akhir zaman.. 

  • Rozelinevitalis

    Hanya Allah yang maha mengetahui bilakah kiamat akan terjadi…

  • Nurul Ardilla

    wallahualam.

  • Ahmadburhan8

    “ Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (HR: Al-Bukhari)

    • fatanat

      blh huraikan?

  • Za’faran

    Mmg kita dah hampir dgn hari kiamat bkn makin jauh, hari kiamat akan dtg dgn tanda2 apa yg tlh nabi Muhammad sampaikan & apa yg termaktub dlm Al Quran…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000628778334 Mohd Farezdin Atm

    Fenomena ini pernah berlaku pada tahun  oktober 2003….

  • Arul_b13

    kiamat mmg da dkt ..
    sdie ato pn x…kne sdie gax

  • iela

    dah termaktub dri dlu lgi suatu hri nnti segala alat komunikasi kte x kn b’fungsi…radio,tv,phone(rumah @ tlefon bmbit) n smue la dan mgkin kmbali pda zman gune asap kepul2 or surat2 je

  • Ryuzaki Hinchiro

    Sediakankan bekal secukupnya selagi berdaya…insyaallah

  • Kacaumari

    Wallahu alamu.

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002583507730 Excel Nasri

    HANYA INGIN TAHU…PARA ILMUAN NASA TLAH MENEMUI PLNET KEPLER ??? ADAKAH ITU BENAR??? JIKA BENAR ADAKAH ITU PLNET NBRU???

  • R_amni71

    ape kaitan suara dari langit yg mggerunkan dgn rbut suria ni juge sabda nabi akn kdengaran suara langit yg mggerunkan akan blaku pd Jumaat 15 Ramadan mmusnahkan 2/3 MANUSIA MARI RNUNGKAN

  • http://www.facebook.com/shah1691 Ir Sixnine

    taakutnya.. semoga kita dilindungi oleh Nya

  • http://www.facebook.com/akuanakpahang Akuanakpahang Aap

    Semoga kita dilindungi jua bawah rahmatNYA.

  • http://www.facebook.com/akuanakpahang Akuanakpahang Aap

    Semoga kita dilindungi jua bawah rahmatNYA.

  • malaysia redarmy

    Sama-sama kita muhasabah diri

  • Saha

    percaya kepada hari kiamat wajib, percaya kepada ramalan hari kiamat jatuh pada hari …. tahun…. adalah haram. Sebagai manusia kita tak mampu meramal apa yang terjadi pada esok hari.

    kalau ikutkan sekarang pun ada lubang hitam( black hole) di angkasa yang sedang menelan planet-planet satu persatu.

  • Mohdar

    Subhanallah  Allahuakbar

    Bersabda nabi SAW jarak masa akan berlaku kiamat (sangat dekat) terletak di antara dua jari iaitu jari telunjuk dan jari hantu. Nabi bersabda 1400 tahun yang lalu, bermakna zaman sekarang bertambah lagilah dekatnya.

    Wallahuaklam. Semuanya Dalam PengetahuanNya

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1447733398 Abdul Majid

    subhanallah! 

  • http://www.facebook.com/fakhriwmf Wan Muhammad Fakhri

    Hanya Allah yang mengetahui.

  • http://www.facebook.com/fakhriwmf Wan Muhammad Fakhri

    Hanya Allah yang mengetahui.

  • http://www.facebook.com/fakhriwmf Wan Muhammad Fakhri

    Hanya Allah yang mengetahui.

  • http://www.facebook.com/fakhriwmf Wan Muhammad Fakhri

    Hanya Allah yang mengetahui.

  • http://www.facebook.com/fakhriwmf Wan Muhammad Fakhri

    Hanya Allah yang mengetahui.

  • http://www.facebook.com/fakhriwmf Wan Muhammad Fakhri

    Hanya Allah yang mengetahui.

  • doubleR

    Allah maha besar…

  • Amarsyazwan193

    Subhanallah!

  • Adenyansir

    kiamat memang ada tapi yg tau cuma pencipta kita……..
    kita hnya leh brserah sama dia…allahuakbar……….

  • Acai

    sememangnya kiamat sudah dekat. bukan semakin jauh. 

  • M Asri6579

    subhanallah..tiada daya, tiada kuasa melainkan kuasa allah jua.

  • Syedazmai

    Betulkan kembali amalan umat islam

  • Khairusda

    Segalanya berserah kepada Allah s.w.t… kita hanya umatnya yang lemah… kumpul la pahala banyak2…….

    lawati blog saya: macam-macamisusemasa.blogspot

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000806376139 ? ?

    kuasa Allah

  • Hhghg

    Hanya Tuhan Yesus yg mengetahuinya…. 

    • http://ia2bridalsantcuary.blogspot.com/ kundur

       bullshit! get the hell out from this web..! stupid indon!!

    • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000098170117 Christopher Henry

      hanya dewa monyet yg tahu…toinkk3….hahaaha….

  • Pakauface88

    ingat 5 perkara,sebelum 5 perkara..

  • Anonymous

    ……..Tak habis2x…..

  • http://www.facebook.com/people/Yuss-Ns/100001106708310 Yuss Ns

    teruskan berdoa dan berusaha kearah kebaikan..

  • Mieyul Nerd

    ribut geometrik lah … subahanallah 

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000098170117 Christopher Henry

    kalau itu petanda kiamat….yg trjadi pda tahun 80an dulu ada juga..napa x jga kiamat2?…ini ntah brpa kali dah ribut solar kalo ikut kitaran..bkali2 suda trjadi…cuma yg kali nie lbih kuat dr yg sbelum nya…;-)…hik3..

    • nea

      anda..kalau xpercaya pada kiamat tu akan jadi,jgn komen pelik2 la..mcm nak pesongkan akidah orang islam plak..i dont know you,either muslim nor not..please..speak carefully..ALLAH itu Maha Berkuasa..kalau Dia nak kiamat tu jadi sekarang pun bole..dan..kalau Dia nak anda tu xde atas dunia nie pun,dalam masa sesaat pun boleh..tolong hormat cket..nak komen pun biar la berlapik..

      • Apple user

        btol3…. sesungguhnya kiamat itu ialah rahsia tbesar Allah SWT, xde seseorg manusia pon yg akan thu bile kiamat blaku sedangkan israfil sndiri pon x thu bile kiamat itu akn blaku….. hrm bg kite utk mempercayai prkara ini sbg kiamat semakin dekat……….. wallahu’alam

      • satiogirls

        thanks for your concern…..

  • owner biskut petak

    kuasa allah

  • http://www.facebook.com/people/Amir-Onzz/100000186564726 Amir Onzz

    allahuakbar

    • Aqsygkamooaina

      astaghfirullaalazimmm,,,blom taubat agy,,,huhu

  • Raufthassler_44

    marila kta beristigfar…

  • fami

    kuasa ALLAH

  • Fiedzza_pija

    takut sy..

  • http://www.facebook.com/inchekhafiz Inchek Hafiz

    biarlah kiamat itu bila. walau esok sekali pun, selagi ada masa, beribadahlah kita.

  • Noorhamizahani

    ribut ni dah berlaku daa pada 24 haribln lepas……

  • Guymetal

    ribut ini pernah berlaku pada tahun 2005 ini hanya fenomena biasa

  • Mdradziismail

    KEGONCANGAN (Al Zalzalah)

    Al Zalzalah 99:1. Apabila bumi digoncangkan dengan
    goncangan (yang dahsyat). 99:2. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat
    (yang dikandung)nya.  99:3.  Dan manusia bertanya: “Mengapa bumi
    (menjadi begini)?”.  99:4.  Pada hari itu bumi   menceritakan beritanya.  99:5. 
    Karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu)
    kepadanya….

    Emas
    Hitam Mengerang

    Pabila Bumi bergoncang, bergoyang,
    membahang,                                                                                                         Kandungan
    menegang menelanjang menerjang, menyusuri lubang-lubang,                      Merekah menjurang
    memanjang, emas hitam radang mengerang,                                       Bergejolak gelegak
    menunggu masa melonjak, todak parang sembilang                                                                                                    
    Memerang pedukang isi laut lintang pukang menghilang bila diberitahu                                                         Laut
    bergelombang, cuma manusia tidak entang asyik bersembang                                                 Meneguk
    air syaitan garang telanjang mengangkang diranjang                                              Menukang tangan menegang menghidu
    hidung berlubang                                               
    Memanggang ‘ice’ petualang kepul asap menerawang                                                
                                                              Sirenpun lantang pusaran
    tsunami mengganyang.                                                                         Pada
    tika itu tiada tangan boleh menghalang.                                                                            
          Dan manusia bertanya:  Mengapa
    bumi (menjadi begini)?                                                                                                                                                                                          Bengang.  Bangang!                                                                                                                          
    Emas hitam mengerang.

       QADZI

  • shahnizame

    kepada allah lah kita serah kan urusan tentang ini,tapi mngapa di zaman sekarang bnyk yg menyebar kan tentang hari kiamat,siap tau plak tnggal hari bulan dia ? Nauzubillahiminzalliq .. malaikat & para rasul jugak tidak mngetahui,ini kan pulak kita manusia yg lemah mngetahui .. kepada yg mnyebarkan perkara yg tidak benar ini,berhenti lah ok kerana ia akn mndatang kan doasa saja .. Asallamulaikum

  • lntan Baharuddin

    Kalendar purba Maya mmg ramalkan kejadian aneh dr matahari sb kaum mereka penyembah matahari & mrk jangkakan kiamat pd 2012 semasa efek ini berlaku. oh ya.. itu 21/12 ialah harijadi sya tau…haha .Matahari kita walaupun sedang aktif, ia belum lg nak make-over dirinya jd warna merah sb dh boring berkurun2 berwarna kuning keemasan..hehe.. time tu br sume kena panik sb lari ke Marikh guna kapal angkasa tercanggih pun tak berbaloi sb permukaan matahari merah bukan saja akan telan bumi idup2 tp, akn mencairkan ais di kutub Marikh, meletuskan gunung berapi raksasanya hingga kebanjiran lava & menyapu bersih atmosferanya yg tipis. Lari ke bulan Zuhal  @  Musyatari yg lbh jauh & berais mungkin ok sb ia akn cairkan bulan Titan beku jd laut..hehe.. buatlah rmh ats jerejak-selamat.Tu pun kalau2 Titan tu ada atmosfera nk bendung air, ada air ada la udara/oksigen ada la psg-surut. Matahari kita sebenarnya ada masa pasang-surut.

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com