Thursday, May 17, 2012


Antara Izwan Pilus, Din Beramboi Dan Kencing Tikus

    January 24, 2012

43 Comments


Kalau benar seperti yang didakwa, penyanyi terkenal, Allahyarham Izwan Pilus adalah selebriti kedua tanah air yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis.

Seorang penyampai radio popular yang juga personaliti televisyen, Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi juga sebelum ini meninggal dunia kerana disyaki dijangkiti virus yang sana.

Sebenarnya kita sebelum ini jarang mendengar jangkitan sebegitu kerana ia jarang berlaku.

Tetapi hakikatnya, penulis difahamkan yang ia bukanlah asing kepada penduduk negara ini.

Kita pernah dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.

Menerusi sebuah artikel yang pernah penulis baca, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’

Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus.

Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia.

Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika.

Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.

Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika.

Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.

Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.

Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:

    1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
    2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
    3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:

    1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
    2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
    3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
    4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
    5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
    6) Radang selaput mata
    7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

Yang pasti, penulis berharap kita dapat mengelakkan diri daripada mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

Penyakit ini boleh berlaku kepada mereka yang berkerja di ladang-ladang, sawah, penternakan binatang, di kawasan setinggan, tapak pembinaan kawasan perumahan di mana kuman itu didapati hidup di tanah atau air kotor kerana sistem saliran yang kurang memuaskan seperti air bertakung.

Mereka yang berkunjung di tempat-tempat air kotor seperti air sungai atau tasik yang tercemar turut berisiko tinggi. Ia juga boleh berleluasa semasa musim banjir apabila seseorang meredah air banjir yang telah dicemari dengan kuman Leptospira. Kuman ini memasuki badan seseorang jika terdapat luka di kaki atau di mana-mana bahagian badan.

Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit yang membawa maut sebegini. Ingat, cegah sebelum parah! - Oleh SYAHRIL A. KADIR

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Formula Mengubati ‘Penyakit’ Mulut Celupar Daripada Rasulullah SAW
Anorexia Berlaku Akibat Pengaruh Rakan-Rakan

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/mohamedariff.jamean Mohamed Ariff Jame’an

    jadikan pengajaran

  • lipasi

    terima kasih atas info. (:

  • Anonymous

    nice info..terima kasih 

  • Anonymous

    penyakit itu hanya ‘punca dijadikan cerita’ untuk bualan kita sahaja..
    hakikatnya sudah tertulis janji keadaan kematian kita sejak berusia 4 bulan…
    berdoalah agar kita dapat bertemu Allah dengan keadaan baik..
    kepada mereka yang telah pergi, kita sedekahkan al-Fatihah…

  • Indra Mirza

    ramainy artis mati muda kan? dah ajal nk buat macam mana kan..?

  • http://www.facebook.com/Miszydian Dian Munira

    “Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit yang membawa maut sebegini. Ingat, cegah sebelum parah! ” maka, jaga lah diri baik2 n amalkan gaya kehidupan yg sihat and terhindar dari penyakit sebegini..

  • http://www.facebook.com/people/Yuss-Ns/100001106708310 Yuss Ns

    kuasa tuhan…

  • Qaagedixx

    da ajal…..

  • wunnypokok

    malaysia perlu buat lebih research mengenai leptospirosis nie…
    sbb yg saya dpt tok treatment penyakit ini hanya lah antibiotik…
    n personally juga kene lah hyigiene…

  • AzzmaNor

    thankz 4 info..jadikan pngajaran buat kite semua

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    tahniah… harus perbanyakkan info sebegini untuk makluman org kebanyakan…

    -bapaknya Akid-

  • Mamila_91

    smoga roh allahyarham izwan pilus di cucucri rahmat…amin…

  • iman inani bukhori

    terima kasih kerana mendedahkan info ini kepada pengguna-pengguna di facebook!

  • http://www.facebook.com/aRraLyAnaZ Farah Liyana

    terima kaseh info niy mynewshub

  • suhana

    moga roh izwan pilus dn din beramboi dicucri rahmat amin2

  • esha meggie

    thanks for the information~

  • http://www.facebook.com/people/Lagenda-Novel/100001036993673 Lagenda Novel

    kesian..kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yg telah tiada…
    Mynewshub..mmg terbaik…sumber inspirasi padat bermaklumat..!!

  • http://www.facebook.com/people/Aliff-Ridzwan/1742237952 Aliff Ridzwan

    benci tikus

  • Miaerna7757

    semoga roh allahyarham di cucri rahmat..kesiannyerrr,,,sempat amik pic g sbelum pegi…

  • kobi

    sy penah kena gigit dgn tikus

    • Ndeanad

      alhamdulillah . u still alive .

    • Kucing Kurap

      aku plak piara hamster. pernah kena gigit jari sampai berdarah. camne tu? takut gak ni

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000127087203 Eta Zieta

    info yg sgt berguna!!!!Walaupun kes terpencil harus diambil berat.Takziah pada keluarga arwah,semoga Izwan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.Amin.

  • Lia_azieati

    innalillahiwainnailaihirajiun…..al-fatihah buat arwah izwan….smoga arwah di tempatkan bersama orang2 yang dikasihi allah…aminn
    takziah buat kluarga arwah….bykkan berdoa buat arwah..aminn

  • http://www.facebook.com/akuanakpahang Akuanakpahang Aap

    Alfatihah buat kedua2 Allahyarham.

  • Anonymous

    info mcm ni la yg kita nk. bukan info yg bukan2. tahniah MNH

  • http://www.facebook.com/leiman.kun Leiman Kun

    tikus punye pasal ke..

  • Sweetsyafi

    atas 2 gmbr izwan pilus ke?xsama pn by the way mmg sgt tkejutlah penyanyi yg sgt kacak 2 meninggal..

  • Khusainidahlan

    Ajal maut semuanya ketentuan Allah, seminggu sebelum Arwah Azwan Pilus meninggal wife saya pun masuk hospital kerana demam dan tak sedarkn diri, dan meninggal pd 13/1/2012, penyakit yg sama seperti saudara izwan,,, jangkitan kuman,,,yang penting kita kena redha dan mendoakan agar roh mereka ini ditempat bersama org org yang beriman. Mmg sukar untuk menerimanya tapi itu yg tertulis, skrg baru tahu punca punca jangkitan kuman,,, batuk berpanjangan dan juga demam yg berturut turut,, t.kasih info yg berguna….

    • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000212338081 Anahiettah Afibs

      Innalillahiwainnaila irajiun..salam takziah buat anda khusainidahlan,,  insyaallah mereka ditempatkan bersama org2 beriman..amin

  • Azie_tom

    da sampai masa mereka…doakan la semoga ditempatkan di kalangan org yg beriman

  • http://www.ceritaindahkami.com/ cikpuanhady

    Macam-macam virus kan.. Tu lah, sebaiknya mencegah Dari berubat, tapi kalau dh demam tu baik jumpa doc cpt2.. Selebihnya doa bnyk2..

  • zie

    pembetulan ye…arwah din beramboi tu..kena denggi ye…denggi berdarah..tahap kronik dah bukan kencing tikus….arwah izwan pilus i’ve no explanation for him…apa2 pun Al-Fatihah utk yg telah tiada…

    • meNOBODY

      eh.. Bukan ke din beramboi kene kencing tikus gak???

      • Sofipio

        xla..tu spekulasi awal je n doc mule ingat kmungkinan kne kencing tikus..but after checked, denggi bdarah..denggi bdarah pn bahaye jgak..leh bawa maut

        • xnak cari gaduh

          wallahualam..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1535433934 Zahir Zain

    satu info yg benar2 memberi manfaat…tk mnh

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001247880312 Khairul Zaim

    jagalah kebersihan..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000069571111 Saya ????

    susah la dengan tikus nie…

  • Aisahnasha

    ee takot sih….bhye sungguh smpi leh bwak maut…

  • Wafa

    jagalah kebersihan yg penting..

  • Patzie_girl

    good information.tq

  • mimsmyra

    xnk g mandi sungai or air terjun la..takot tercemar

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com