Thursday, May 17, 2012


Bekas Presiden NUJ Hata Wahari Sertai DAP

    January 19, 2012

3 Comments


KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), Hata Wahari menyertai DAP dengan menyerahkan borang keahlian parti politik itu kepada Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Setakat ini belum diketahui tentang motif penyertaan Hata ke dalam DAP sama ada mahu menjadi calon Melayu parti itu pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang atau tidak.

Kumpulan Utusan memecat Hata pada April lalu apabila bekas wartawan itu menggunakan kapasitinya sebagai Presiden NUJ untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan media yang memburuk-burukkan nama syarikat tempat ‘cari makan’nya itu.

Hata seterusnya dilihat rapat dan sering diusung ke sana ke mari oleh pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang, khususnya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Tindakan Hata Wahari yang juga merupakan bekas wartawan Utusan Malaysia melangkah kaki secara rasmi ke arena politik dengan menyertai parti pembangkang itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

Majlis penyertaan Hata sebagai ahli parti DAP turut mendapat liputan melalui laman sosial Twitter milik parti itu hari ini.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

 

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Mat Sabu Memang Harus Didakwa
Penggal Terakhir Pemerintahan Tuan Guru
Demi Politik Pembangkang Rela Negara Diserang
UMNO Online - Simpan Karat La!
Sampai Bila Blogger Pro-K'jaan Nak Bergaduh?
Kembali Kepada Perjuangan Asal!
TheWhistleBlower711 Perangkap Ciptaan BN
Korupsi DAP Berterusan: TBH,SPICE,Nga Kor Meng…
Pintu Klinik Masih Kena Ganti - Jangan Buat Bodoh
Bekas Ketua Hakim: Wujud Budaya Politik Rasuah
NUJ Lulus 2 Resolusi Pada Mesyuarat Luar Biasa
Sebab Politik Punya Pasal...Tomyam Dan Nasi Hujan Panas Pun Boleh Jadi Gaduh!
Persenda Raja: 3 Lagi NGO Buat Laporan Polis
Penduduk Rasa Terancam Dengan Kenyataan CM
Kisah Nizar Jamaluddin Ceroboh Ceramah UMNO…Dakwa Diri Hero

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Naktahu

    Ariff Sabri akan bertanding di Parlimen Raub, Pahang.Aspan Alias akan bertanding di DUN Lobak, N9 atas tiket DAP. Hata pulak nak tanding kat mana di N9?

  • Sabri

    Apa hukum masuk DAP? Akidah Islam tergelincir ke tak sbb DAP anti hudud? 

  • Azrael Jackall

    melayu apekah ini ? O.o

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com