Thursday, May 17, 2012


‘Menyamar’ Sebagai Lelaki Untuk Meraba Gadis

    January 19, 2012

15 Comments


AUSTRALIA – Seorang gadis yang berusia 19 tahun telah menyamar sebagai remaja ‘lelaki’ dengan tiga identiti yang berbeza dengan tujuan untuk meraba-raba rakan perempuannya.

Gemma Barker yang melakukan penyamaran terbabit memakai baju seperti lelaki  dan bertopi untuk memperdayakan dua orang gadis yang berumur 15 dan 16 tahun.

Anehnya, dua orang gadis tersebut terlalu percayakan Gemma dan terpedaya dengan profil diri yang ditunjukkan Gemma di laman sosial Facebook palsu miliknya.

Menurut laporan dari The Sun, Mahkamah Guildford Crown telah menyatakan pertuduhan terhadap Gemma di mana dia telah melakukan ‘hubungan cinta’ dengan gadis-gadis terbabit selama enam bulan termasuklah melakukan aksi cium, mendukung dan meraba.

Gemma telah diperkenalkan kepada ibu bapa dari salah seorang gadis terbabit namun, ibu bapa gadis tersebut juga tertipu dengan penyamarannya walaupun pernah berjumpa sebelum itu.

Bagaimanapun, penipuan Gemma berjaya dihidu oleh ‘kekasih-kekasihnya’ yang mengesyaki dia mempunyai identiti diri yang berbeza.

Aktiviti Gemma berjaya dikesan apabila dia mendakwa dirinya sebagai pelakon dan memuat naik gambarnya yang diambil bersama bintang ternama, Hollyoaks dan Kieron Richardson dan ditangkap oleh polis ketika sedang leka ‘berlakon’ seperti seorang pemuda.

‘Kekasih-kekasih’ Gemma terkejut apabila identiti sebenar ‘teman lelaki’ mereka terbongkar sewaktu diperiksa dan pakaian ditanggalkan oleh pihak polis di penjara dan mendapati dia adalah perempuan.

“Dia menyamar sebagai lelaki berusia 16 tahun hanya semata-mata untuk mempunyai hubungan seks dengan temannya,” kata Pendakwa raya Ruby Selva.

Barker atau nama penyamarannya, Staines dan Surrey telah memberikan alamat emel dan nombor telefon bimbitnya kepada mangsa dan berusaha menyembunyikan identiti sewaktu di awal perkenalan.

Sementara itu, Gemma mengaku dengan tuduhan melakukan serangan seksual dan penipuan serta dalam proses menunggu keputusan psikologinya keluar dan akan dikenakan hukuman dua tahun penjara jika disabitkan kesalahan.

Hakim Peter Moss menyifatkan perlakuan Gemma ini sebagai kerja ‘gila’ dan ‘bahaya’.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiga Diberkas Kesalahan Menyamar
Hati-Hati Individu Menyamar Sebagai Pegawai SSM
5 Lelaki Menyamar Polis Larikan Muatan Getah Beku
Identiti Wanita Menyamar Lelaki Terbongkar
Lelaki Didakwa Menyamar Doktor
Adik Guna Identiti Abang Untuk Kesenangan Hidup

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/aifbac Farid N Camax

    adoi..cam2 la dunia sekarang nih

  • http://www.facebook.com/people/Radze-Yusof/100000442754714 Radze Yusof

    Justin Bieber!

    • Shakiradhiya

      ap jb lak??? ak x paham ler

  • Feeq

    ade ke patot..

  • http://www.facebook.com/fakhriwmf Wan Muhammad Fakhri

    Macam2 la.

  • http://www.facebook.com/people/Eysma-Diana/1334715020 Eysma Diana

    uiks… adakah dia konpius?

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    lesbian ke nih?

    -bapaknya Akid-

  • http://www.facebook.com/aku.ejat Aifaa Aizat

    ade jgak macam tu??

  • http://www.facebook.com/people/Zarakhi-Hafiz/100000181316446 Zarakhi Hafiz

    lesbian la pulak… hmm

  • blanc j

    bangang

  • http://twitter.com/syayuuri Syamira Yuuri

    hei pelik aku. punyalah ramai lelaki tapi sanggup menyamar jadi lelaki sebab nak perempuan je. dunia dunia

  • http://www.facebook.com/Miszydian Dian Munira

    nie lesbian kaa pengkid? Ohh myyyy~ apa nak jadi ouhh sekarang.. 

  • http://www.facebook.com/red.one.echizen Red-one Echizen

    justin bieber pun sama

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1588264748 Nurul Najihah

    so pasni kene lbey careful…cek btol2 jntina kawan korang tuyh…:)

  • cold heart

    pelik bin ajaib,,,

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com