- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan taktik ‘bom’ bagi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU).
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd. Nor berkata, dakwaan yang dibuat bekas menteri, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir tersebut seperti dilaporkan sebuah portal berita semalam perlu dipandang serius kerana ia menunjukkan kewujudan aktiviti membeli undi dengan wang.
“Dakwaan ini amat berat tambahan pula dakwaan dilontarkan oleh bekas Menteri Kabinet. Pengakuan beliau berdasarkan kepada pengalamannya semasa menjadi anggota kabinet dan beliau turut mendakwa pernah melihat aktiviti pembelian undi itu,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Semalam sebuah portal melaporkan Abdul Kadir mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai “bom”.
Beliau dilaporkan berkata demikian pada satu forum dan turut menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya untuk mendapat undi.
Dalam pada itu, Riduan berkata, dakwaan Abdul Kadir tersebut turut menimbulkan persoalan sama ada PRU di negara ini benar-benar berlangsung dalam suasana `sihat’ atau sebaliknya.
Justeru, katanya, SPRM perlu menyiasat perkara itu supaya rakyat mengetahui perkara yang sebenar tentang dakwaan tersebut. – mynewshub.my
Iklan Teks:


