Thursday, May 17, 2012


Hang Tuah Memang Wujud, Jangan Nafikan!

    January 17, 2012

110 Comments


Kelmarin kita dikejutkan dengan kenyataan sejarawan, Profesor Tan Sri Khoo Kay Kim yang menyanggah kewujudan Hang Tuah lima bersaudara dan Puteri Hang Li Po.

Katanya, Hang Li Po dan kelima-lima pahlawan negeri Melaka itu tidak pernah wujud!

Memetik laporan daripada Free Malaysia Today (FMT), Canselor di Kolej KDU itu berkata, beliau telah membaca penulisan dari dua ahli sejarah Barat dan satu rekod sejarah oleh tokoh sejarawan terkemuka, Wang Gung Wu tentang hal ini.

Menurut rekod ahli-ahli sejarah tersebut, Dinasti Ming tidak pernah menyebut atau menulis watak pahlawan-pahlawan Melaka yang terkenal sejak zaman dahulu.

“Sejarah mestilah berdasarkan rekod yang empirikal dan tepat, dan ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod bertulis yang sahih, ” katanya.

Mungkin artikel yang pernah tersiar dalam Kosmo! kira-kira dua tahun dulu boleh membuatkan kita merenung kembali kenyataan yang dibuat oleh Kay Kim;

Timbalan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep) Melaka, Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin memberitahu, apa yang terkandung dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah bukan berpaksikan khayalan semata-mata.

Menurutnya, watak-watak yang disebutkan di dalamnya adalah catatan dan ingatan terhadap peristiwa yang berlaku pada zaman dan persekitaran zaman itu. Selanjutnya, ia terkesan dalam masyarakat sehingga akhirnya ia direkod secara bertulis oleh penulis hikayat.

“Selain daripada dua kitab itu, di Melaka, makam Hang Tuah juga sudah ditemui dan dibuka untuk kunjungan awam di Tanjung Kling. Begitu juga dengan penemuan sebuah perigi di Duyong.

“Mengapa masih ada yang tidak percaya mengenai jejak Hang Tuah?,” soal Mohd. Jamil yang melahirkan rasa kurang senangnya terhadap golongan yang mahu menafikan kebenaran Hang Tuah.

Apatah lagi dokumentasi hidup Laksamana Hang Tuah dalam hikayatnya bukan sahaja tersimpan baik di dalam negara, malah salinannya mendapat tempat di perpustakaan terkemuka di London dan Belanda sebagai naskhah rujukan dunia Melayu.

“Bukankah setiap catatan yang bertunjangkan kisah ketuanan Melayu dan Islam sering menjadi sasaran perubahan yang dirancang?

“Laksamana Hang Tuah bukan sahaja pahlawan dunia Melayu negara ini, malah seorang tokoh yang diagungkan di seluruh gugusan Melayu Nusantara ketika abad ke-15,” rumus Mohd. Jamil.

Walau bagaimanapun, kisah Hang Tuah seakan hilang jejak selepas Sultan Mahmud Shah dari Melaka berundur ke Johor.

“Sejak itu, nama Hang Tuah tidak dikaitkan dengan sebarang sejarah pembentukan dan perkembangan negeri ini,” kata Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor, Mohd. Ismail Jamjam.

Menurut pemilik nama pena Zam Ismail itu, walaupun negeri Johor tidak memiliki apa-apa sokongan atau bukti sejarah mengenai kewujudan Hang Tuah, kewujudan pahlawan terbilang itu suatu masa dahulu tetap diyakininya.

“Keraguan tentang benar atau tidak Hang Tuah wujud berpunca kerana kita tidak memahami secara mendalam tentang pensejarahan Melayu.

“Memanglah ada antaranya yang dicedok daripada cerita-cerita lisan namun tidak bermakna kandungannya langsung tidak boleh diberi peluang untuk dinilai semula,” katanya.

Ismail berpendapat, ketika Tun Sri Lanang menulis Sejarah Melayu, tiada orang Melayu lain yang lebih arif untuk merekod apa yang berlaku pada zaman tersebut. Maka, itu adalah sumber paling hampir.

Ismail walau bagaimanapun tidak menafikan tentang perubahan jalan cerita, versi penceritaan dan kecenderungan untuk menokok-tambah dalam pengkisahan cerita lama.

Memandangkan dokumentasi antara penulis hikayat sedunia dahulu kala saling berkait akibat kerancakan aktiviti perdagangan laut, maka pertindihan fakta tidak dapat dielakkan hingga boleh mengelirukan.

Jalan keluarnya adalah dengan menjalankan kajian yang terperinci supaya kedudukan Hang Tuah lebih kukuh dalam pemikiran dan penilaian generasi semasa dan akan datang.

“Panglima Awang yang dianggap dongeng oleh masyarakat kita misalnya, diangkat sebagai figura penting dunia Melayu oleh penulis Barat. Mereka mencatatkan bahawa dia seorang yang berketurunan Orang Laut,” katanya memberi contoh.

“Sebarang usaha memutarbelit cerita tentang laksamana itu sebenarnya didorong oleh keinginan untuk merendahkan ketuanan Melayu di negara ini hingga membuatkan masyarakat Melayu berasa lemah.

“Tindakan memperlekeh ini tidak boleh berterusan,” tegas Ismail yang juga tidak dapat menerima idea yang mengatakan Hang Tuah itu berketurunan Cina.

Apa pendapat anda agaknya?

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Young People Revive Melaka's Rickshaw Trade
UniFi Now Available In Melaka
Khalil Yaakob Wows Crowd By Acting As MGR
Bamboo Fireworks Fill The Hari Raya Air In Melaka
Akademi Teknologi Hijau, Restoran Hijau Dibina
Kerajaan Melayu Melaka Bermula Pada 1262
Melaka Sambut 'Hari Tongkat Putih' 30 Okt Ini
Agong Berangkat Pulang Dari Melaka
Orang Ramai Boleh Beri Pandangan Projek Tram
Khoo Kay Kim Dakwa Hang Tuah Bersaudara Dan Hang Li Po Tak Pernah Wujud!
Caj RM2 Ganti Caj warisan 5% Di Melaka
Premium Outlets Akan Dibuka Di Selangor, Melaka
Lima Teras Jadikan Melaka Bandar Teknologi Hijau
Hari Mesra Pelanggan SPP Di Melaka
Melaka Tumpu Pelancongan Budaya, Sejarah

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/TokJanggutJunior ??? ??????? ??????

    Sejarah semuanya x betul. Kalau yg tepat hanya sedikit sahaja.

  • Sadfh

    these fcuker dont know anything about history ..all they have in their mind is politic ..

  • Hang sapa

    mahsuri dianggap lagenda dan hanya cerita namun keturunanya ada sampai sekarang…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1326784980 Fazrina Arin

    takkan melayu hilang di dunia…

  • Ahlonglong2

    adakah jikalau HT itu wujud dan berketurunan melayu ia akan menguatkan org2 melayu sekarang? dan jikalau tidak, adakah ia akan melemahkan mereka dgn tiba2?

    pikir2 lah wahai manusia.

    • Ainsyuhadah_spongegirl

       betul. adakah tu alasan dorang nk ckp bkn org melayu yg mula2 dok tanah melayu

  • http://www.facebook.com/people/Aizat-Safwan-Amir/100000456166480 Aizat Safwan Amir

    omg….makin pening baca….

    tapi….rasanya hang tuah wujud :)

  • http://www.facebook.com/e.max27 Emir Syafiq

    wujud atau tidak sebagai orang melayu percaya n ambil ikhtibar dari cerita hang tuah bersaudara..nak gadoh wujud ka x??lantak korang la!!

    :)

  • http://www.facebook.com/lolipopVanilla Md LufTy

    Sejarah boleh diubah, i ttpi tidak masa silam..

  • http://www.facebook.com/aifbac Farid N Camax

    diowg dengki walapon bangsa mereka kuat tpi ttp xpnh kuasai dunia…

  • DJ Masyaff

    semalam jumpa Hang Tuah dkt LRT ahahaha

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000842234626 Muhammad Afif

    tu la,zaman skg semua nk bukti.kalau la zaman hang tuah dulu dah ada video kamera

  • Auni Waznah

    jangan la anda menjadi manusia yg sesat.Hang Tuah tak wujud la sayang oi.. Tadi kat sekolah belajar sejarah,cikgu ckp Hang Tuah tu hanya legenda..bukan cite betol..

    • http://twitter.com/maskin33 iskandar

      Bang lagenda lain, dongeng tu lain… Lagenda berdasar peristiwa yang berlaku dan kadangkala diperbesarkan. Dongeng ialag cerita yang direka dan diperhebatkan untuk menimbulkan kepercayaan.

  • pndok school

    Susah nak membuktikan Hang Tuah ini wujud sebab tidak ada satupun dokumen menyatakan Hang Tuah wujud kecuali sebuah novel berjudul Hikayat Hang Tuah. Novel tu fungsinya samalah jugak dengan novel ombak rindu yang anda tonron tu

  • http://www.facebook.com/Miszydian Dian Munira

    kalau Hang Tuah tak wujud, means, sejarah yg kami belajar dekat sekolah ~ SALAH? fakta yg salah? bingung =.=

    • Hatikuman

      buleh kawe pem burit demo

      • http://www.facebook.com/Miszydian Dian Munira

        apa laaa ko cakapkan nie.. tak faham..

  • Mot_yanti

    Selagi boleh diubah, ada jer nak ubah sejarah. Kalau da terbukti ada monumen spt makam HT & perigi di Duyong pun x bleh percaya … susah btul persepsi manusia modern …

  • http://www.facebook.com/people/Hafizi-PetPot/100000729185060 Hafizi PetPot

    jgn nk ubah2 lar…

  • http://www.facebook.com/people/Haziq-Fikri/1441601180 Haziq Fikri

    sejarah ada banyak versi. juga pendapat. sama macam sejarah Malaysia. adakah UMNO sahaja pejuang kemerdekaan? tidak. juga sama dengan yang ini. kewujudan Hang Tuah (jika betul) adalah fakta. dan ada kemungkinan juga, ia sekadar rekaan. siapa tahu?

  • Asura77

    cina mmg pantat…..amerika babi..

  • tompel

    keturunan hang tuah tak der!!!! yang ade tuah security gard ade

  • tompel

    kenapa tak panggil pakar forensik…cek dna tulang dia. kubur dah jumpa kan.

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1234343103 Mohd Ridwan

    ade aku kesah?

  • tompel

    saya rasa hang tuah tak ujud tetapi ade manusia seakan2 dia pada waktu itu. di ceritakan dan di beri nama.

  • Raffaelpallus

    Selepas Raja baru naik takhta pada tahun 1427, dia terus mengeluar perintah untuk menyekat seluruh rakyat keluar berlayar termasuk Raja sendiri mahupun memancing di tepi laut, dan juga memutuskan hubungan diplomat dengan negara yang jauh dari wilayah pantainya. Pada tahun yang sama, dia telah mengeluar perintah agar Zheng Ho balik segera ke china dan pada tahun 1433, Zheng Ho telah meninggal dunia dalam perjalanan balik ke china. Dengan kematian Zheng Ho, maka semua kapal milik Ming telahpun dimusnahkan selepas sampai di china.
    Dengan fakta sejarah yang dicatat dalam sejarah china sendiri, macam mana pulak Hang Li Po boleh datang ke Melaka dari China? Guna kuda? Fikirlah sendiri.

  • Zack Darwis

    saya rase hang tuah memang wujud…sebab dye adelah pahlawan yang pernah membela bangsa melayu kite…dari mana datang cerita kalau bende tu tak terjadi…juba anda sume renungkan

  • Daniel_boboboy

    salam sume,yg pntg xkn melayu hilang di dunia..clear???????????????????

  • syahiro izaki

    adoyai bru kelmarin aku bncg ngan bapak aku pasal benda ni..hehehe..

  • Rushee Din93

    mmg mnjd kebiasaan org2 dari luar(Barat) utk memadamkan sejarah melayu sedikit demi sedikit, supaya keturunan melayu kita pada masa ini tidak begitu terdedah dengan sejarah kita sendiri..tahukah anda bahawa melayu merupakan satu tamadun yang sangat kuat dan hebat pada masa dahulu.?? tahukah anda melayu pernah menguasai sehingga ke kawasan barat?..piramid bawah laut yang dicelah-celahnya tersisip keris, di okinawa jepun..tamadun manakah yang memiliki keris?? MELAYU..bangunlah orang2 melayu sekalian kerana Barat sengaja memadamkan kebanyakan sejarah melayu kerana kalau bangsa melayu sedar tentang perkara sebenar mengenai sejarah mereka..mereka pasti bangkit menguasai dunia..kerana melayu adalah tamadun yang sangat hebat..percayalah bangsaku..kajilah sejarah kalian..buat penyelidikan..jangan biar bangsa kita diperkotak-katikkan oleh orang Barat dengan perkara2 sebegini..

    • adanial

      keris yg dia jumpa tu bukan kat bawah piramid laa..dorang jumpa keris tu masa dorang korek kat satu tempat yg dipercayai stor simpan barang..keris tu cuma nk buktikan yg org jepun ni pernah berdagang dgn kita dahulu tu jer..xda kene mengena langsung dgn piramid dalm air tu..benda tu smua delusi jer yg dicipta oleh org2 blog nak tipu korang..

  • Concil_boyz94

    hang tuah hanyalah mitos..
    cerita mengenai hanyalah dongeng yg org dlu2 reka utk jd pnduan dan teladan kpd kita..
    jgn la kita mwujudkan 1 bnda yg hanyalah mitos…
    klau dia wujud mna bukti nya ??
    mkan yg dikatakan tu..btol2 mkam dia kaa ???
    ka usaha pihak kerajaan utk mngaburi mata rakyat ??

    lagi 1, pasai apa sejarah dia hnya ada setakat sultan mansur shah ??
    mna dia pergi ?? stelah lma ilag..tiba2 ada makam hangtuah pelak..
    mna kerajaan taw tu hang tuah ??

    • Nazrulepong

      ap lah nye jdi kn panduan bod0!!

    • SaYeSyGmAkSaYe

      yg ko ckp cmni ko twu ke mne yang btol..
      lau ko x tawu mane yg btol pn aku ase ko ptot diam!!

    • mat

       concil_boyz94 knp anda perlu memperlekehkan sejarah bangsa anda sendri??
      anda suka ke klo kaum lain menafi kan kewujudan bangsa anda sendri???
      klo btol pon kerajaan buat begitu adalah bersebab kerana tidak mahu sejarah melayu hilang begitu sahaja..kaum lain atau bangsa lain mencipta sejarah bangsa sndri..kenapa kita bangsa melayu sndri tidak boleh mencipta sejarah melayu..

    • tuah sang walid

      Biasalah orang cina tidak akan senang dengan orang melayu

      • maddikedah

        Berpegang dgn Hang Tuah ini adalah perangangkap yang memalu kan orang Melayu. No concrete historical evident ever found in Melaka. If you are really interested and wanted to be proud of Malay history,  go dig stuffs in Jambi, Palembang, Khemer, Acheh/Pasai, Kedah, Pattani,  Ligor (Surat Thani), Kelantan or Terranganu.

        Nothing historical can be found in Melaka or negeri2 selat or even British created states of Negeri-Negeri Melayu bersekutu.

    • tuah sang walid

      mu jannge nak pertikai kewujudan hang tuah…..

  • Fizanalone

    kalau x taw sejarah x pyah kecoh2 lh,,hang tuah mitos ke khayalan ke,,yg pastinye ianya wujud dri keturunan melayu,,sejarah ko yg ckp x wujud ni E plus kot,,,setuju x??

    • Concil_boyz94

       are u there when he is alive ??
      ada bukti dia pnah wujud ??

      • http://www.facebook.com/mohammadadnanahmad Mohammad Adnan

        abis puteri gunung ledang pun mitos juga ker…

        • tamu3

          xla..kalo Hang Tuah wujud..maksudnya puteri gunung ledang pon wujud la..hati kuman, darah nyamuk, air mata anak dara..smua tu..hehehehe

      • SaYeSyGmAkSaYe

        zaman nabi dlu pon ko ade ke???
        tp ko pcye kan mmg nabi ujud…

        • x2

          tarik blk la komen ni…jgn pertikai rukun iman

          • Lilynotty

            SaYeSyGmAkSaYe cuma sindir si COncil tu…..dia bukan pertikaikan Rukun Iman…. Semua orang percaya apa yang tertulis dalam Al-Quran. Concil bertanya Fiza adakah dia wujud waktu Hang Tuah, tak perlu kita wujud mana2 zaman, memadai ada bukti penulisan dan tinggalan sejarah seperti makam dsb. Tolonglah semua, jangan jadi BUTA SEJARAH atau terpedaya dek bacaan Prof Khoo hasil dari pembacaan Prof Gung Wu. Percayakah anda pada penulis orientalis dan Cina itu dari Tun Seri Lanang? MasyaAllah….

      • Lilynotty

        salah seorang 5 sahabatnya ada makam, memang dalam SEJARAH MELAYU TULISAN TUN SERI LANANG ada menulis tentang 5 sahabat ini, maka DIA MEMANG WUJUD!!!! We dont have to be there, Malay’s sources & historians are trusted than any other orientalists or non-Malays historians!

  • Zulhafizan92

    ada bukti??ok2,,ade bukti jgak ke yg dye x wujud,,x pernah ade kn,,sbab kite x lahir zaman dye,,mak bapak kite pun yakin dye masih wujud,,ni kn kite ,,professor yg ckp 2 keturunan melayu ke??x kn,,cina kn,,,fikirlh,,

  • http://www.facebook.com/mohammadadnanahmad Mohammad Adnan

    puteri hang li poo tu pun wujud ker…

  • sayaanakmalaysia

    mereka kne tau antara mitos dan lagenda…

  • Mat Jat

    kalu pndai sgt bina la mesin masa p masa lampau..p tgk bukti…nak sgt bukti…

  • Fizanalone

    betul,,,sejarah fail ke,,dh terang2 sejarah yg kite belajar hang tuah 2 wujud,,,comfirm dyeorg ni fail!!!!!!!!

  • Fizanalone

    sokong2,,,,bguslh ko ni bro,,lau ade yg nk bangkang gak aq x taw lh nk ckp,,

  • xkan islam hilang didunia

    kwn2..hang tuah xwujud la..kalo wujud,knape kite xblaja ms dekat sekolah menengah dulu?hahaha..sjrh melayu sibuk duk bising2..sejarah islam xnk amik tau..org melayu kat negara ni lbh pentingkan bangsa dari agama

  • http://pulse.yahoo.com/_XFNQXHAPID2K36Y7QJIYCL4OWM aedot

    hang tuah adalah legenda..yg bmksd cerita dongeng yg b’sngkutan dgn kisah2 sejarah..bg sy…hang tuah itu wujud..cume mungkin ramai yg t’bawak2 dgn cerita yg p.ramlee lakonkan…mgkin ape yg t’jd xsme mcm dlm cerita tp watak2 utamanya wujud..lgpn xsalah jika kte percaya ttg kewujudan dan kisah2 die sbb bg sy kisah2nya mmberi input yg +ve…

  • Pegi_mampos

     Khoo Kay Kim kaji sejarah melayu??? kaji bangsa sendirilah… .hati busuk… buat cerita bukan2…

  • sukasuki

    ok la..maybe ada diantara kita yg x fhm…mitos mcm naga tu ada x??betol ke perayaan tahun baru cina tu disebab kan oleh seekor naga yg bt ganguan di bumi??emm tu bru mitos..kdg2 sejarah terbahagi kepada 2,,bertulis dan lisan…apa yg terjadi dahulu pon kdg2 x tertulis..cuma kisah yg terjdi yg dibgtau dr generasi ke generasi…ok…kalau hang tuah dikatakan x der…sultan muzafar shah ketika itu pon blh lah dikatakan tiada?????sbb setiap peristiwa yg berlaku mmg di kaitkan dgn sultan ketika itu???tp apakah krn baginda ada makam ..so adalah bukti beliau wujud???dan kerana hang tuah x der makam so..dia x wujud pon..jgn lupa…brp ramai pemuda melayu ketika zaman jepon yg menjdi buruh paksa…keretapi maut  sbg contoh…maka hidup mati mereka tiada direkodkan..di manakah mereka di kebumikan??apakah mereka tidak wujud???siapa yg mengesahkan kematian mereka kpd family mereka??org jepon?? setiap kelahiran dan kematian dulu x dianggap penting oleh org dahulu…so ada dianatara mereka x daftar pon lahir dan mati seseorg…cuma kita skrg apa pon nk bukti..jgn la terlalu mempertikaikan sehingga kita menafikan setiap kewujudan yg ada…kalau benr sume x der..hang tuah..hang jebat..hang teja dan lain2 x der..sape hulubalang ketika itu???dimanakah perginya hulubalang tersebut?dimana kubur dia??atau mmg x der hulubang semasa kesultanan Melaka??so jgn kita sempitkan pemikiran kita dgn menolak semua apa yg diceritakan dr satu generasi secara lisan…ok..kite bt contoh mcm ni…prof dr khoo kam kim tu ada ayah dia yg  dulu seorang pengali kubur…smpai la dia cerita pada satu keturunan dia asal usul family dia pengali kubur…so same jgk apa  bukti ayah dia pengali kubur??? x der rekod…blh di nafikan walao pon benda tu wujud…

  • Mat Jat

    kadang2 org pndai berfikir melebihi had..sehingga menunjukan kebodohannya

  • Anonymous

    50:50

  • http://www.facebook.com/muiz0601 Mu’iz Abd

    mcm nk menafikan sejarah melayu jer

  • Hahaha

    ni la cina….xnak ngaku sejarah melayu…..xyah jadi profesor la kalo dh terlebih pndai…

  • Melayu

    Cubaan melemahkan masyarakat Melayu….malah ada yang kata kita tidak ada kaitan dengan orang Asli. Jadi dari mana datangnya istilah Proto-Malay? Tentulah dari orang Melayu yang terawal di sini!! Banyak sungguh cubaan melemahkan dan memecahkan orang Melayu, moga Allah membantu kita bersatu dan menjadi KUAT! Ameen.

  • Celik Sejarah

    @xkan hilang Islam didunia : Sape kata masa belajar kat sekolah Hang Tuah tak ada? Jangan la menuduh orang tak ambil tahu sejarah Islam. Semua belajar bab Melayu dan Islam, apa teruk sangat ke kalau kita mengambil tentang bangsa kita sendiri? Patut la orang kata Hang Tuah tak wujud, golongan Melayu buta sejarah pun mengakuinya! Cukup lemah!! Kalau tak silap saya ada sebuah makam di Melaka yang terdiri dari salah seorang pendekar 5 bersahabat itu;Hang Kasturi atau Hang Lekiu masih ada di Melaka. Ini membuktikan Hang Tuah memang wujud! 

  • Lilynotty

    @d8cdce9d1f5c176bbc22c4a722317e8c:disqus : Benar bagai yang saudara kata;sudah lama Orientalis menulis sejarah negara kita dan sejarah2 lain, mengikut ACUAN mereka. Jangan percaya apa yang diputarbelit oleh orientalis dari Timur dan Barat; termasuk Prof Khoo yang konon serba tahu (hanya berpandu Prof Wu dll). Memang sejarah kita tidak tertulis sepenuhnya; sedangkan Mat Kilau ada yang meragui (walaupun dia sempat hidup zaman kita), inikan pula Hang Tuah! Belajar la dan Kaji lah sejarah hingga ke peringkat Universiti, jangan membuat spekulasi sahaja. Sejarah Lisan adalah sumber sekunder yang boleh dipercayai selain sumber primer (bertulis).

  • Jo

    ank2 melayu mmg hebat

  • Celik Sejarah

    Cubaan melemahkan kita sedang berjalan hebat…..sedarlah wahai kaum peribumi Melyu Islam ye!!!

  • Celik Sejarah

    Kerajaan Melayu Melaka Bermula Pada 1262:baca tulisan pengkaji sejarah Melayu same ye…dan di Kedah lebih awal wujud. Ada cubaan mengatakan manusia Melayu bukan berasal dari Tanah Melayu. Bukankah keseluruhan kawasan kepulauan Melayu dikenali sebagai “Malay Archipelago”? Kita memang wujud dan tinggal di sini dari ribuan tahun dahulu, menguasai kepulauan kita. Jangan jadi bodoh mempercayai kata-kata orang yang dengki dan berniat jahat.

    • tamu3

      Sepatutnya Indonesia Archipelago..tapi ditukar nama jadi Malay Archipelago bila british mula sampai kat tanah melayu..dan utk pengetahuan ko semenanjung x termasuk dalam “Malay archipelago” sebab kita bukan pulau..kita dah dikira tanah besar/Daratan..Malay/Indonesia Archipeago cuma Sumatra, Jawa ,Borneo, Philiphine, etc..smua pulau yg ada di keliling Malaya..

      • maddikedah

        Both Malaysia & Indonesia tak ujud masa British sampai, malah British and Belanda yang buat sepadan Malaysia/Indonesia.

  • bapak hang lipo

    aku sokong statement kat bawah ni..

  • Meleis

    Somehow, macam ada cubaan2 utk menafikan kewujudan bangsa melayu dan meletakkan kewujudan bangsa lain dekat tanah melayu ni, contoh2 cubaan mereka adalah :
    1) Mengatakan wujudnya batu bersurat dalam bahasa cina yang berusia 700 tahun di kelantan.
    2) Mengatakan bahawa kononnya Hang tuah dan 5 bersaudara adalah berasal daripada cina. Kesimpulan awal ini hanya dibuat berdasarkan kononnya Hang-tu-ah dan Hang-je-bat , mempunyai 3 suku kata sama dengan bangsa Cina yang nama mereka mempunyai 3 suku kata. Tapi tidak pula disebut Hang-Kas-tu-ri dan hang-le-ki-u yang mempunyai 4 suku kata adalah berketurunan Cina.
    3) Mereka juga mendakwa bahawa Orang Melayu adalah sebahagian daripada Bangsa Cina yang berhijrah ke tanah melayu beberapa ribu tahun dahulu.
    4) Mereka juga mendakwa penduduk asal Kuala Lumpur adalah terdiri daripada Bangsa Cina dengan memberi rujukan yang tidak jelas seperti Yap Ah Loy dan sebagainya.

    ada beberapa dakwaan2 yang tidak berasas yang telah dibuat tanpa membuat kajian empirikal yang adil. Sebagai contoh Prof. Emiritus Khoo Kay Kim hanya membuat kesimpulan berdasarkan rujukan beliau terhadap rekod didalam empayar Ming sahaja.
    Kenapa tidak dibuat kajian empirikal secara menyeluruh? kenapa hanya bersifat subjektif? Kenapa tidak dirujuk institut kajian sejarah di Siam, Belanda, British dan juga Portugal?

    Saya hanya berharap agar sahabat2 yang membaca komen saya membuat kesimpulan yang rasional jika tidak…kita lihat apa yang jadi pada Singapura…

    Didalam Muzium Singapura.. tidak disebut pun penduduk asal Singapura adalah orang melayu.
    Tidak. Mereka hanya mengatakan penempatan asal di Singapura adalah sebuah perkampungan Nelayan dan kemudian adalah “BRITISH SETLLERS” , note the “SETTLERS” is used by Singapore government untuk bercakap mengenai sejarah asal singapura… dan juga tiada rujukan langsung dibuat kepada bangsa Melayu dan nusantara, yang hanya disebut adalah ada perjanjian dengan Sultan Johor… itu sahaja.

    Jadi dinasihatkan berwaspada dengan tangan2 ghaib yang menidakkan kewujudan bangsa melayu melalui gerakan Politik dan organisasi2 hak2 asasi manusia…

    Wamakarru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin.

  • Meleis

    Somehow, macam ada cubaan2 utk menafikan kewujudan bangsa melayu dan meletakkan kewujudan bangsa lain dekat tanah melayu ni, contoh2 cubaan mereka adalah :
    1) Mengatakan wujudnya batu bersurat dalam bahasa cina yang berusia 700 tahun di kelantan.
    2) Mengatakan bahawa kononnya Hang tuah dan 5 bersaudara adalah berasal daripada cina. Kesimpulan awal ini hanya dibuat berdasarkan kononnya Hang-tu-ah dan Hang-je-bat , mempunyai 3 suku kata sama dengan bangsa Cina yang nama mereka mempunyai 3 suku kata. Tapi tidak pula disebut Hang-Kas-tu-ri dan hang-le-ki-u yang mempunyai 4 suku kata adalah berketurunan Cina.
    3) Mereka juga mendakwa bahawa Orang Melayu adalah sebahagian daripada Bangsa Cina yang berhijrah ke tanah melayu beberapa ribu tahun dahulu.
    4) Mereka juga mendakwa penduduk asal Kuala Lumpur adalah terdiri daripada Bangsa Cina dengan memberi rujukan yang tidak jelas seperti Yap Ah Loy dan sebagainya.
     
    ada beberapa dakwaan2 yang tidak berasas yang telah dibuat tanpa membuat kajian empirikal yang adil. Sebagai contoh Prof. Emiritus Khoo Kay Kim hanya membuat kesimpulan berdasarkan rujukan beliau terhadap rekod didalam empayar Ming sahaja.
    Kenapa tidak dibuat kajian empirikal secara menyeluruh? kenapa hanya bersifat subjektif? Kenapa tidak dirujuk institut kajian sejarah di Siam, Belanda, British dan juga Portugal?
     
    Saya hanya berharap agar sahabat2 yang membaca komen saya membuat kesimpulan yang rasional jika tidak…kita lihat apa yang jadi pada Singapura…
     
    Didalam Muzium Singapura.. tidak disebut pun penduduk asal Singapura adalah orang melayu.
    Tidak. Mereka hanya mengatakan penempatan asal di Singapura adalah sebuah perkampungan Nelayan dan kemudian adalah “BRITISH SETLLERS” , note the “SETTLERS” is used by Singapore government untuk bercakap mengenai sejarah asal singapura… dan juga tiada rujukan langsung dibuat kepada bangsa Melayu dan nusantara, yang hanya disebut adalah ada perjanjian dengan Sultan Johor… itu sahaja.
     
    Jadi dinasihatkan berwaspada dengan tangan2 ghaib yang menidakkan kewujudan bangsa melayu melalui gerakan Politik dan organisasi2 hak2 asasi manusia…
     
    Wamakarru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin.

  • Meleis

    Somehow, macam ada cubaan2 utk menafikan kewujudan bangsa melayu dan meletakkan kewujudan bangsa lain dekat tanah melayu ni, contoh2 cubaan mereka adalah :
    1) Mengatakan wujudnya batu bersurat dalam bahasa cina yang berusia 700 tahun di kelantan.
    2) Mengatakan bahawa kononnya Hang tuah dan 5 bersaudara adalah berasal daripada cina. Kesimpulan awal ini hanya dibuat berdasarkan kononnya Hang-tu-ah dan Hang-je-bat , mempunyai 3 suku kata sama dengan bangsa Cina yang nama mereka mempunyai 3 suku kata. Tapi tidak pula disebut Hang-Kas-tu-ri dan hang-le-ki-u yang mempunyai 4 suku kata adalah berketurunan Cina.
    3) Mereka juga mendakwa bahawa Orang Melayu adalah sebahagian daripada Bangsa Cina yang berhijrah ke tanah melayu beberapa ribu tahun dahulu.
    4) Mereka juga mendakwa penduduk asal Kuala Lumpur adalah terdiri daripada Bangsa Cina dengan memberi rujukan yang tidak jelas seperti Yap Ah Loy dan sebagainya.

    ada beberapa dakwaan2 yang tidak berasas yang telah dibuat tanpa membuat kajian empirikal yang adil. Sebagai contoh Prof. Emiritus Khoo Kay Kim hanya membuat kesimpulan berdasarkan rujukan beliau terhadap rekod didalam empayar Ming sahaja.
    Kenapa tidak dibuat kajian empirikal secara menyeluruh? kenapa hanya bersifat subjektif? Kenapa tidak dirujuk institut kajian sejarah di Siam, Belanda, British dan juga Portugal?

    Saya hanya berharap agar sahabat2 yang membaca komen saya membuat kesimpulan yang rasional jika tidak…kita lihat apa yang jadi pada Singapura…

    Didalam Muzium Singapura.. tidak disebut pun penduduk asal Singapura adalah orang melayu.
    Tidak. Mereka hanya mengatakan penempatan asal di Singapura adalah sebuah perkampungan Nelayan dan kemudian adalah “BRITISH SETLLERS” , note the “SETTLERS” is used by Singapore government untuk bercakap mengenai sejarah asal singapura… dan juga tiada rujukan langsung dibuat kepada bangsa Melayu dan nusantara, yang hanya disebut adalah ada perjanjian dengan Sultan Johor… itu sahaja.

    Jadi dinasihatkan berwaspada dengan tangan2 ghaib yang menidakkan kewujudan bangsa melayu melalui gerakan Politik dan organisai2 hak2 asasi manusia…

    Wamakarru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin.

    • Idah

       btol..sebenar nye kaum cina telah banyak mempengaruhi org melayu.
      kaum cina ingin jd malaysia sbgai negara mereka dgn menafikan sejarah melayu dan kuasa serta kedudukan org melayu..kite tgk jela skrg dimana
      org melayu cm mentakbir tetapi ekonomi kaum cina yang kuasai..
      bkn itu saja.negara luar mengangap malaysia adalah kepunyaan org cine dimana sbagai contoh adalah filem hindustan ,agak mengejutkan sy dan perasan marah juga ada apabila,mereka banyak mengunakan org cina serta bahasa cina semasa berlakon dimalaysia..di mn identiti malaysia??
      jgn kite terlalu enak mngunakan stu malaysia sehingga boleh menyebabkan bangsa melayu hilang kuasa dalam negara sendri..

      • tamu3

        xpayah la ko nak mengata org2 cina tu.”kite tgk jela skrg dimana
        org melayu cm mentakbir tetapi ekonomi kaum cina yang kuasai…” ..Dah orang MELAYU PEMALAS nak buat camner..org kita dah dpt macam2 kemudahan dr krajaan start dr duit, Universiti, asrama sekolah.etc..tpi budak2 melayu masih lg dok buat main2/ tak serius dgn mende tu..kalo nak diikutkan krajaan banyak abiskan duit dekat org melayu..tp melayu ada katner skrang? Kat penjara, pusat serenti,lepas gian kat bawah jambatan, rempit..lepas tu bila kaum lain berjaya skit dr org kita mula lah kita nak buruk2 kan dorang macam kita ni baik sgt..ckp kaum tu cuba nak cabar org melayu la, itu la ini la..bla..bla..bla..dr situ dah tegambar sikap og melayu yg sebenarnya..pantang org lebih skit..smua nak kutuk hina..patutla kaum lain menyampah dgn org melayu..sedar2 la MELAYU..guna skit otak kat kepala ko tu bukan otak kat kepala lutut..

        • hanya_berfikir

          maaf dahulu saya utarakan ya… saya hanya ingin menyatakan pendapat saya berdasarkan 2 komen di atas.. dari pemerhatian saya yg masih mentah, setiap bangsa di dunia bukan hanya dibezakan dgn warna kulit mahupun bahasa sahaja. Setiap bangsa itu juga dibezakan dengan cara pemikirannya, refleksinya, adabnya, prinsipnya, falsafahnya dan juga cara mereka hidup.

          Benar setiap individu itu berbeza, namun jika dianalisis dari segi bangsa, secara rumpunnya mereka akan bertindak sehaluan. Sebelum kita memberi pujian mahupun mengkeji atau membela satu bangsa itu, adalah lebih baik jika kita mengkaji dulu sifat-sifat bangsa itu seperti yang telah saya nyatakan di atas. Bagaimana? = secara sejarahnya dan kedudukan sosialnya sekarang.

          Harus ditekankan di sini, bangsa tanpa sejarah adalah bangsa yang tidak lengkap tamadunnya, atau lebih senang jika dikatakan tidak bertamadun. Secara sejarahnya, telah dapat dilihat secara jelas sifat-sifat bangsa Melayu, Cina dan India itu sendiri. (saya memasukkan bangsa india di sini kerana mereka adalah salah satu bangsa majoriti di Malaysia).

          Tidak dapat dinafikan, bangsa Melayu ketinggalan di era ini.. jauh dibelakang kaum Cina yang lebih kehadapan. Tapi pada pendapat saya ia bukanlah kerana MELAYU PEMALAS cuma Melayu masih kehilangan identiti mereka dan masih belum terlepas dari belenggu penjajah… bangsa Melayu masih rapuh dan memerlukan seorang ketua atau pemimpin yg dapat mengukuhkan dahulu tiang serinya sebelum mengukir ambang pintunya…..

          Melayu bisa gemilang cuma Melayu masih tercari-cari identiti mereka. Janganlah bersikap tidak ambil peduli, kaji sejarah sesuatu perkara sebelum menerima kajian orang lain sebagai ilmu, dan tidak kira apa bangsa anda, berbanggalah dengan bangsa itu kerana anda keturunan bangsa yg hebat…

          sekian…

  • Zaminc

    Hang Tuah pernah wujud… no doubt about it.
    Kalau la kjaan serius sket utk mengambil kembali @ at least buat salinan manuskrip2 melayu yang berlambak2 di eropah nuuu (esp. di England and Holland)… then kita boleh buat reference.

    Sapa pandai boleh jawab, cerita2 lebai malang, pak pandir, luncai tu sapa yang reka? hehe….

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    aku tak pelik kalau esok2 diorang cakap Mat Kilau pun dongeng…. 

    -bapaknya Akid-

  • Toypenang

    Bg aqu apa yg dia ckp 2hasil research yg dia wat….jd kita xleh ckp bnda 2btul @ tidak…..for me it’s ok for us to discover that thing, but do not judge it……tp aqu still sokong yg kewujudan Hang Tuah tu…..1 sebab adanya sumber….mybe bnda yg beliau rujuk 2nafikan ttg kewujudan Hang Tuah..sma jgak kita bleh tgok dalam penulisan C.D Cowan yang xceritakan tentang sapa yg bunuh Birch kt Pasir Salak……Tp ada jgak penulisan cam R.O Winstedt ngan Frank Swettenhams yg dh statekn Si Kitul ngan Pandak Indut yg Bunuh Birch…jd bg aqu pa yg dia ckp 2mybe btul pd pndangan dia ats sumber2 yg dia dpt…..wallahualammmm

  • Wafa

    saya sokong penuh penyataan Idah…..

  • Toypenang

    try suh beliau( Khoo Kay KIm) nh…search ttg nma Puteri Hang Liu…pas2….tgok pa plak kisah dia…sbb aqu rsa dlm certain penulisan sejarah mmg xstatekn nma ‘Hang Lipo’…tp Hang Liu….try la research len….

  • http://www.facebook.com/aku.ejat Aifaa Aizat

    macam2

  • Ahmad Hanafi

    sedih kalao orang melayu percaya bahawa HangTuah ini adalah mitos..

  • Anonymous

    ntah ntah zaman akan datang diorang akan cakap melayu ni tak ada pula :) … hahaha

  • Meleis

    Saya bukanlah ahli sejarah yg berpangkat Prof. Emeritus seperty Khoo Khay Khim, tapi saya dapat membezakan antara kajian dan kenyataan tak adil yang telah dibuat beliau…

    1) Pertama sekali, beliau sewenang wenangnya menidakkan kewujudan Hang Tuah hanya berdasarkan satu sumber. saya juga ingin memetik komen Toy Penang dibawah yang menyatakan catatan R.O Winstedts dan Frank Swettenham’s adalah lebih lengkap berbanding dengan catatan C.D Rowan. Disini kita dapat lihat R.O Winstedts dan Frank Swettenham’s mempunyai hubungan yang secara langsung dalam pentadbiran di Negeri2 tanah melayu maka lebih arif dan lebih reliable catatan mereka berbanding catatan C.D Rowan yg penglibatannya di tanah melayu adalah sangat sedikit..

    jadi saya ingin bertanya dsini adakah rekod dinasti Ming adalah lebih reliable berbanding Malay Annals catatan Tun Seri Lanang?

    Adakah dinasti Ming lebih tahu tentang tanah melayu berbanding Tun Seri Lanang?

    Adakah dinasti Ming memandang Melaka lebih tinggi daripada kerajaan Siam dan kerajaan2 besar lain didunia sehingga dinasti Ming terpaksa mencatat dan merekod setiap rekod perdagangan mereka dengan Melaka? Bukankah kerajaan Cina berdagang dengan seluruh dunia hingga ke jazeerah Arab, laluan sutera…

    Jadi adakah kerajaan Cina akan mencatatkan segala perdagangan dengan kesemua kerajaan2 didunia pada waktu itu?

    Adakah dinasti ming akan mencatat nama2 dan kisah2 setiap pahlawan, pendekar, satria, panglima daripada setiap negara yang mereka berdagang? Bukan kah pelik? Adakah kerajaan Cina akan mencatat nama robin hood, francis drake, john hawkins.. dan sebagainya didalam catatan mereka?

    Bukankah hujah beliau sangat dangkal dan perlu ditimbang 2 3  kali sebelum akal kita menerimanya..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1535433934 Zahir Zain

    ada yang kemukan hujah yg ‘berisi’ diskusi ilmiah mcmnilah yg sy inginkn

  • Syedo

    sapa kenal Altantuya? pernahkah beliau masuk Malaysia? eh mana ada!!! Altantuya mana pernah wujud. tu cerita dongeng je tu… kenapa cerita dongeng? cuba korang check rekod imigresen, ada tak beliau masuk ke Malaysia? takde kan? so its a fact la…Altantuya tak pernah wujud…. ( perbualan cicit2 kita 500 tahun akan datang ).

  • Syedo

    sapa kenal Altantuya? pernahkah beliau masuk Malaysia? eh mana ada!!! Altantuya mana pernah wujud. tu cerita dongeng je tu… kenapa cerita dongeng? cuba korang check rekod imigresen, ada tak beliau masuk ke Malaysia? takde kan? so its a fact la…Altantuya tak pernah wujud…. ( perbualan cicit2 kita 500 tahun akan datang ).

  • shenchz

    aduyai..nie la org melayu..bincangkn bnde yg x ptt..balik2 kiamat n kt padang mahsyar nnt xde nye d tanya psl hang tuah 2..bangsa2 sume ni shit..cbe la perjuang kn sket ke arah kemajuan agama islam..gado2 psai bnde cm 2 wt pe?..dpt pahala?..sudah2 la 2..bosan la ak dgr asek2 bangsa2..2 je tau nk ckp..dunia dh akhir zaman…tanda2 kiamat dh byk..amalan kte nie sume ni ckup ke nk bwk ke alam barzakh?..cbe la fkr sket..sblom nk melalut psl agama 2..tnye diri sndiri 2 dlu..iman ckup ke x?….hang tuah 2 wujud ke x..bia je la..last2 identiti kte sume nie 1 je kt padang mashsyar..no more melays..no more chinese..no more english..no more..no more!..

    P/S : peringatan juge d tjukn kt diri ak gk..mari lah berlumba2 mencari keberkatan n pnoh kan amalan..instead of bincang kn bnde yg x necessary mcm ni..assalamualaikum..

    • Tamu3

      Tak boleh blah biler tengok komen kau… tiba2 trolling…Bodoh ke aper? Dah orang baca berita dkt atas, mesti la nak discuss and komen pasal berita yang dibaca, takkan nak cakap pasal kiamat,agama, etc dkt ruangan berita ni.. lagi la bodoh… jadi out of topic..

      • shenchz

        ske ak bce komen ko..ak jus nk bg peringatan..kte ni hdup dh akher zman..ble2 mse allah trun kn kiamat..ak dh naek nyampah ble org cm ko ngaku islam nk sgt berdebat psl bangsa..bkn nk kte ak alim..ak pon cm ko gk..byk dosa..beza ak ngn ko..at least ak sedar n cbe nk sedar kn org laen psl bincangkn psl bnde ni adlh shit..ko fhm x?..dr cre ko komen blk komen ak..nmpk sgt gaya ko ni..xley trime nasihat..iman leads everything brother..ad pe pd bangsa ni?..2 la ak ckp td..x kesah la hangtuah wjud ke x?..xkesah la cine nk hapus kn identiti melayu skli pon..tp yg pnting islam xkn lupus kt dunia ni malah hingga ke akher hayat..2 yg ak cbe nk ckp kn..fhm x?..xprlu nk buang mse dgn jd hero konon nye nk ckp hangtuah 2 wujud (which ak sndiri pon x yakin)..byk kn ibadat lgi elok..klu simple nasihat cm ni ko pon dh meroyan x tntu hala..better ko g amk smyang wt solat sunat duha’..assalamualaikum

        P/S:pesanan juge d tujukn kt diri aku gk..

        • Tamu3

          Hahaha, mestila kau ske baca komen aku.. sentapkan? Terasa diri tu bodoh kan tegur tak bertempat? Yerlah mana tak bodohnya… orang kt sini borak2 secara ilmiah kau cakap mcm orang bodoh. Lagi satu aku nak pin point kebodohan kau… Apa jadi2 hero ni? Apalah sangat yang diorang bleh jadi hero kalau sekadar post, debat dan kongsi ilmu diorang dekat sini? Daripada cara kau menulis pun aku tahu kau ilmu takder, gaya penulisan kau pn mirip cakap2 parti politik pembangkang dkt negara ini. Pergh, aku tak nak ulas lanjut kesan secara langsung dan tidak langsung terhadap agama islam dan orang islam in case identiti bangsa melayu terhapus since kau pun nampak bengap, xder dapat nak grasp issue pokok, fail to connect the dots.. jadi kalau aku ulas, terang dan berhujah berkenaan hal itu pn aku tak rasa yg tubuh badan tanpa otak kau tu boleh terima, mcm mencurah air ke daun keladi lah, dan kau duduk nak riak2 tunjuk konon mcm alim sangat tu mcm alim sngt tu kenapa?

          Pergh mmg nak kiamat,  sbb salah satu tanda2 nak kiamat adalah ramai orang yang syirik. Contohnya KAU… Melakukan syirik yang tersembunyi.. dengan takbur dan riak kononnya alim… ni berdasarkan hadis nabi:

           ”Iaitu seseorang berdiri menjalankan solat lalu dia menghiasinya (memanjangkan) solatnya dengan bersungguh-sungguh kerana manusia melihatnya. Itulah syirik yang tersembunyi.” – [Sahih Targhib wa Tarhib 1/17]

          Nauzubillahminzalik semoga aku dapat jauhi diri aku daripada menjadi orang macam kau…

          w’salam. ^_^

          • Meor Hassa

            di malaysia, melayu adalah islam yg menjadi pegangan kita…sbarang knyataan yang mrendah kan ketuanan melayu , islam juga yang kena tempias nya… komen lah secara berkhemah dan berpandangan jauh…bukan berfahaman radikal. islam itu syumul

          • Meor Hassa

            di malaysia, melayu adalah islam yg menjadi pegangan kita…sbarang knyataan yang mrendah kan ketuanan melayu , islam juga yang kena tempias nya… komen lah secara berkhemah dan berpandangan jauh…bukan berfahaman radikal. islam itu syumul

          • maddikedah

            lol…

            Ketuanan Melayu adalah konsep assobiyah.

            It mirrors the slogan “The Jews are God chosen peoiple”.

            The Jews altered the Torah Law to provide advantages and privileges in dealing business and riba. Later the barbarian Kazakhs became Jews and took these privileges into height and mass slaughtered Bani Israel Jews in numbers.

            In Malaysia in general, in Penang particularly, the “mamaks” are the most vocal and the ones grabbing all things about “keistimewaan and ketuanan Melayu”. These are folks who speaks Tamil at home.

        • Kong Tok

          Betul Beb skrg dah ramai org yg bukan ahli agama tetiba bercakap mengalah alim ulama sendiri. Dunia dah sah akhir zaman. Jgn shenchz menghina bangsa sendiri, org tak tak kenal kita bangsa apa nanti sungguhpun org tahu kita Islam. Habis nanti melayu yg mata sepet org ckp cina plak, melayu yg kulit gelap org kata india plak.

  • TAMU4

    Perghh marah giler ang biler orang2 komen dkt sini secara ilmiah? Aper masalah ko? PMS ke? Aku rasa kau pun jadi bengap jugak la sebab asik marah2 kau missed important point yg diorang nak cakap.. Diorang kata Prof. KKKim tak boleh nak simply buat conclusion yang Hang Tuah tak wujud berdasarkan rekod dinasti Ming SAHAJA. Itu jah, bodoh ke bangang kau ni? Kisah kangkung tu mungkiin boleh jadi cerita tokok tambah. Sebab Hang Tuah adalah satu LAGENDA… mmg  cerita lagenda selalu ditokok tambah. Sohai punya wolang

    • Tamu3

      Kalo hang tuah tu feymes sgt kenapa kwan2 aku kat Indonesia cakap, xda catatan kat negara dorang..menurut dia lagi, tidak ada org yg bernama HANG TUAH pon yg pernah bergusti dgn Tamng Sari tu…so apa citer skrang? Kalo diikutkan org2 jawa ni memang kuat simpn rekod kuno..kalo ada apa2 event yg berlaku mesti dorang ada catat..tapi masalahnya kisah HANG TUAH ni xda langsung dlm rekod bertulis dorang..membuatkan aku musykil..sbb citer hang tuah hanya feymes kat malaya jer kat negeri lain cam sumatra, jawa, borneo..dorang xtau sapa hang tuah kecuali org MELAYU.. sori aku bukan apa cuma konfius jer

      • hanya_berfikir

        hurm…. ada dua kemungkinan kenapa hang tuah tidak dicatitkan dalam sejarah jawa berkenaan pertarungan dgn taming sari:
        a) mungkin hang tuah adalah khayalan semata-mata ATAU
        b) mungkin untuk menjaga ego pihak tertentu? siapa yg sgt merendah diri sehingga sanggup menyanjung bangsa lain dan mengakui kekalahan bangsa sendiri?

  • Mm_85

    syok bce tamu3 punya komen ni..saye setuju..

  • Kong Tok

    shenchz: bahasa yg u guna pun x mencerminkan keimanan u pd Allah tetiba u nk bercakap tentang Islam. Balik bergurulh dulu tuan punya agama PAS.

  • anti tipu

    Malaysia adalah sebuah negara yang telah dirancang sejak 1899! Sampaikan bendera sebenarnya adalah bendera Syarikat Hindia Timur British! Lagu kebangsaan pula diciplak dari Mamula Moon! Sampaikan UMNO dirancang oleh penjajah British untuk mengawal kebangkitan semangat nasionalis. Pejuang yang sebenar ditangkap, dihina serta dibunuh dengan dahsyat! Kami tidak terkejut kalau Hang Tuah semua tu adalah hasil rancangan halus British untuk memberi identiti kepada penduduk yang kebanyakannya adalah perompak, perogol dan lanun. Ketuanan Melayu adalah ciptaan  Penjajah British!

    • http://twitter.com/BlogPKE PKE

      Kau punya cakap macam orang tak sekolah..Kau ada baca sejarah tak??Apa kena mengena Hang Tuah dengan British..Walhal Hang Tuah Wujud dulu daripada British..Aduhyai

      • maddikedah

        Akhir Zaman.

        Syarikat Hindia Timur adalah pakatan Neo Judeo Christianity. If their ancestors can changed the Torah and the Injil, these folks can & had easily changed and colonized our history.

        Anti-tipu comments hit right on the sprit of “anti-Dajjal”.

  • Peminat_dan_Pengkaji_Sejarah

    Salah satu cara terbaik untuk melemahkan sesuatu bangsa ialah dengan
    menghapuskan ikon mereka… Ikon bagi bangsa Melayu ialah Hang Tuah lima
    bersaudara… dan sekarang Khoo Kay Kim berniat untuk melenyapkan nama
    mereka dari catatan sejarah…

    Bukankah ramai orang Melayu di
    Malaysia, Singapura dan Indonesia yang berasal dari keturunan Hang Tuah?
    Kalau benar Hang Tuah lima bersaudara tidak wujud, itu sekaligus
    bermakna semua watak sejarah yang berkaitan dengan Hang Tuah (seperti
    Hang Nadim, Tun Teja, Tun Perak) juga tidak wujud…

    Kepada Khoo Kay Kim, jangan sampai anak cucu keturunan Hang Tuah ambil tindakan mahkamah…

  • Anon

    Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden. Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

    • seri melayu

      Salam anon..saya terdetik mahu tahu sdiapakah anda kerana banyak comment mengenai isu hang tuah ini anda tetap pertahankan dengan ” hang tuah asli”..jadinya…bolehkah sy tahu siapa anda? jika ada dalam laman sosial FB atau lain-lain….sila beritahu….untuk kita berdiskusi lebih dalam hal ini….terima kasih

  • seri melayu

    Jika ia mutos ..kena manuskrip tentang Hang Tuah ini disimpan di negara luar? jawab skit prof?

  • misteri

    salam semua…aq xnak komen ape…aq cuma nak tahu,sape yg tahu name bapa hang tuah?aq xpnh tahu…just nak tahu…thnx…

  • Shamsul_nor

    sejarah tetap sejarah x bleh d ubah ubah, tiada mana nya kita nak menkaji lebih lebih, kita pun x ada masa tu x payah le buat cerita.semua negara ada ceritanya bab sejarah ok

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com