Thursday, May 17, 2012


“Flashmob” Krew MAS Sambut Ketibaan Penumpang Gamatkan KLIA

    January 17, 2012

24 Comments


Apakah perasaan anda sekiranya disambut oleh sebuah kumpulan yang mendendangkan lagu sambil menari, menterjemahkan luahan rindu mereka terhadap kepulangan anda setibanya di ruang menunggu di lapangan terbang?

Terkejut? Terharu? Gembira?

Mungkin itulah perasaan yang terhimpun di dalam setiap individu yang tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di mana mereka disambut meriah dengan “flashmob”  yang disediakan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) pada Sabtu lalu.

Para pengunjung dan tetamu yang tiba di KLIA kelihatan terkejut apabila disambut meriah oleh 100 orang penyanyi serta penari yang turut menghiburkan mereka-mereka yang ada di sekitar balai ketibaan tersebut.

“Flashmob” itu yang mempersembahkan nyanyian secara medley di dalam pelbagai bahasa begitu menarik dan menggamatkan suasana KLIA.

Bermula dengan menyanyikan lagu tema MAS, “We Fly”, kumpulan tersebut mengalunkan pula lagu yang dipopularkan Janet Jackson yang berjudul “Miss You So Much” yang dinyanyikan oleh seorang gadis yang disambut teman lelakinya dengan gitar, romantik rancak!

Kemudian, seorang lelaki pula muncul menyanyikan lagu “Istana Menanti” yang dipopularkan oleh Rahim Maarof, sambil mencari-cari kekasihnya yang mungkin dijadualkan tiba dari luar negara.

Ketika suasana sedang sayu melihat lelaki tersebut tercari-cari kekasihnya, seorang gadis berbangsa India menyapa dan dia terus menyanyikan lagu hindustan yang menceriakan, “Aankhein Khuli” yang dipetik dari filem terkenal, Mohabbatein.

Seterusnya, sekumpulan ‘aweks’ pula mengambil giliran masing-masing dengan menyanyi riang ria menyambut kepulangan teman-teman lelaki masing-masing dengan menyampaikan lagu “My Boyfriend’s Back”.

Seorang pemuda berbangsa Cina yang baru tiba bersama sekumpulan pelancong pula tiba-tiba mengambil alih persembahan dengan menyanyikan lagu berbahasa Cina, “Lang Hua Yi Duo Duo” yang dipopularkan oleh penyanyi Richie Ren.

Persembahan diteruskan pula dengan nyanyian lagu “Rindu”, “Balik Kampung” dan “Signed, Sealed, Delivered” yang disampaikan oleh sekumpulan krew kabin yang segak bergaya serta lengkap berpakaian MAS.

“Flashmob” merupakan salah satu daya tarikan terbaru yang menjadi ikutan dan dipersembahkan di lapangan-lapangan terbang di seluruh dunia.

Video klip “flashmob” tersebut turut dimuat turun ke laman Youtube untuk tontonan umum oleh anak syarikat penerbangan itu, MAS Travel.

Menurut nota yang tertera, persembahan itu telah dijayakan oleh kerjasama di antara Kit Kat Klub, kakitangan MAS dan keluarga mereka, pelajar-pelajar Universiti Selangor (UNISEL) serta dibantu oleh kareografer terkenal, Pat Ibrahim, yang pernah menjayakan teater Puteri Gunung Ledang, P. Ramlee dan Secret Life Of Nora di Istana Budaya.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

KLIA Limo Service Below Par
Two Drug Seizures By KLIA Customs Yesterday
Pengarah Kastam KLIA Meninggal Dunia
Mesin Pengimbas Sistem Gelombang Di KLIA

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • ais batu campor

    wah macam ada magnet da airport mas ni… macam tertarik ja aku rasa..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=632803804 Salawati Hussein

    harap semuanya ke arah positif…

    • Kucing Kurap

      Jauhi sifat munafik iaitu berprasangka buruk sesama orang lain.

  • http://www.facebook.com/Miszydian Dian Munira

    OmOoo.. bestnta.. kalu aku ada kat sana, mesti rasa excited.. hahaha.. 
    excited tengok dorang wat mcm tue.. nice!

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001513427556 Taufik Boss

    haha kelakar plak.. STOP

  • Mochan

    Bestttt. Siuttty

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1519585491 Bib Abdul Hamid

    best best best!

  • Pemaki Hamun yang Sopan

    Wow!!! nak gi KLIA lah smata2 nak tengok dorang nyanyi2… ^_^

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001542830892 Chee Woon Khen

    Wah best nya. Nak g tengok.

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1346353863 Mohd Akil

    hari hari ka depa buat camni

  • http://www.facebook.com/shah1691 Ir Sixnine

    BEST SGT!!

  • http://www.facebook.com/shah1691 Ir Sixnine

    UNTUNG LA DEPA DEKAT KLIA.IHIH. H

  • Wafa

    terbaik  ^-^

  • Eza_queenza

    bestnyaaaa…

  • Rosinah

    Best la yg pergi klia tu….

  • http://www.facebook.com/zaza.arifin Julieyza Zaza Arifin

    serius best betul…

  • layannn

    Best tu….

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1095147572 Ahmad Azhari

    menarik2x…

  • http://www.facebook.com/TokJanggutJunior ??? ??????? ??????

    Salah satu cara nak HARGAI penumpang2 MAS.Congrts!

  • http://www.facebook.com/cayataro Nur Cahaya

    bestt!

  • UwaisQarni

    kenape semakin byk perkara lagha diamalkan di Malaysiaku ini??? kenapa amalan wajib dan sunnah tidak diamalkan???? dimanakah iman anda wahai manusia…..

    • Kucing Kurap

      salah satu amalan wajib yang dituntut ialah dengan menjaga kebajikan diri dan sesama ummah. xleh gak nak jaga ibadah akhirat tapi ibadah dunia x terjaga. Dosa tu. kenapa Allah jadikan kita leh lapar, suka, duka kalau kita tidak pandai mengurusnya?? Semua yang ada di dunia dan akhirat kelak milik Allah dan kita sebagai hamba-Nya harus menjaga kesemua anugerah ini. 

  • Apisnasir

    sapa awek yg comey nyanyi tu?

  • http://www.facebook.com/people/Amir-Onzz/100000186564726 Amir Onzz

    macam2 dok ada dah la ni

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com