Thursday, May 17, 2012


FGVH: Akhirnya Pak Sam Nampak Cahaya

    January 16, 2012

10 Comments


‘Pak Sam’ atau nama sebenarnya Shamsuddin Othman, adalah merupakan nama besar yang tidak asing lagi bagi masyarakat Felda di seluruh negara sehingga beliau dilantik mengetuai mereka sebagai Ketua Peneroka Kebangsaan.

Sebut saja namanya, boleh dikatakan hampir seluruh peneroka menghormati beliau sebagai antara ‘otai Felda’ yang begitu komited berhubung kepentingan mereka dan Felda.

Dan kerana identiti dan sifat padanya, Pak Sam begitu teliti apabila berhadapan dengan sebarang isu membabitkan kepentingan peneroka Felda, khususnya yang terkini berkaitan pengumuman kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd di Bursa Malaysia.

Pada awalnya, beliau begitu vokal menentang penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Dipercayai penentangan itu hanya berlaku selepas beliau dikatakan beberapa pihak bertemu dengan Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, yang didakwa memberikan informasi yang salah berkenaan penyenaraian tersebut.

Beliau dimomokan seolah-olah kerajaan cuba ‘menjual’ tanah peneroka Felda kepada entiti asing yang akan mengakibatkan tanah mereka tergadai, kerugian besar dan menjejaskan masa depan para peneroka di seluruh negara.

Mungkin termakan dengan hasutan liar dan fitnah dari pihak berkepentingan politik itu, Pak Sam lantang membantah penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia serta meminta agar pihak kerajaan mengkaji semula tentang cadangan tersebut.

Malah pada satu peringkat, Pak Sam yang juga merupakan Presiden Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (GEMPAK) begitu marah dan mengancam akan menyaman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad, sekiranya Felda meneruskan niat penyenaraian itu.

Namun, sebagai seorang anak jati Felda yang penuh pengalaman dan matang dalam tindakannya, difahamkan bahawa Pak Sam telah mengkaji semula terma-terma serta jaminan yang diberikan kerajaan berhubung isu tersebut.

Dan akhirnya, beliau nampak cahaya di hujung terowong, meskipun sebelum ini digelapkan oleh hasutan pihak-pihak tertentu…

Terbaru, Pak Sam yang telah puas mengkaji penyenaraian FGVH di Bursa Saham Malaysia telah bersetuju dengan penyenaraian tersebut setelah mendengar berberapa penjelasan lanjut termasuk yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Oleh itu, kami bersetuju dengan rancang penyenaraian, memandangkan kami telah yakin sekarang,” katanya yang dipetik dari Bernama semalam.

Menurut Pak Sam, keyakinan tersebut juga diterjemahkan melalui kenyataan beliau kepada seluruh warga peneroka Felda dan mereka tidak perlu risau lagi dengan isu yang cuba digembar-gemburkan secara negatif oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

“Peneroka tak perlu ragu lagi.

“Semua peneroka akan bersetuju dengan penyenaraian kerana saya lebih faham sekarang dan saya akan sampaikan makluman yang saya dapat di sini kepada mereka,” tegasnya lagi.

FGVH terkini memiliki lebih 80 syarikat yang aktif menjalankan aktiviti-aktiviti perladangan, tanaman, minyak dan lemak, oleokimia, logistik dan perkhidmatan, serta mempunyai operasi yang mantap di luar negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, China, Australia dan Timur Tengah.

Pada pembentangan Bajet 2012 yang lalu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengumumkan tentang penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia yang akan memperkembangkan lagi prestasi kewangan Felda dipersada antarabangsa.

Dalam masa yang sama, penyenaraian yang dirangka kemas itu bakal menghadiahkan ‘durian runtuh’ kepada seluruh 112,635 warga Felda di seluruh negara dan menjamin masa depan yang lebih cerah kepada mereka.

Penulis ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Pak Sam atas sokongan tidak berbelah bagi dari beliau dan GEMPAK terhadap penyenaraian tersebut memandangkan isu ini dilihat begitu hampir menjadi bahan manipulasi segelintir pihak.

Bagaimanapun, takziah jugak kepada Mazlan Aliman dan ANAK yang gagal mempengaruhi Pak Sam serta warga peneroka Felda yang lain meskipun cuba berhempas pulas memastikan mereka tidak mendapat ‘durian runtuh’ tersebut.

Tidak lupa juga kepada Timbalan Presiden GEMPAK, Tan Sri Rozali Ismail, yang dikatakan cuba ‘menangguk di air yang keruh’ atas isu tersebut dengan mendambakan jawatan tertinggi  di syarikat perladangan terbesar dunia itu.

Harapnya, Mazlan boleh meneruskan agendanya untuk menjadi calon Pas di mana-mana kawasan Felda pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti, manakala Rozali pula boleh terus ‘redha’ menjaga syarikatnya, Puncak Niaga dan Syabas di Selangor.

Pada penulis, apa lagi yang perlu dipersoalkan ANAK tentang isu ini sedangkan Perdana Menteri sudah pun memberi jaminan tentang segala-galanya terhadap kepentingan BAPAK, GEMPAK dan seluruh peneroka Felda. – Mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Felda United To Get Own Stadium
National Food Store Will Be Major Asset To Felda
Najib Wants Felda Settlers To Master Technology
Oppposition Failed To Stop Felda's Progress - Isa
Sambutan Aidilfitiri Khas Untuk Warga Felda
Peneroka Bersyukur Bonus Insentif Produktiviti
Selamatkan FELDA dari ‘Gerakan Selamatkan FELDA’!
K'jaan Pahang Sokong Penyenaraian FGVH
FELDA : Antara Fitnah Dan Omong Kosong Mazlan Aliman
Bubar Felda Jika Pakatan Rakyat Berjaya Memerintah
Rasional Di Sebalik Pembatalan Mesyuarat KPF
Bila Terhantuk, Baru Nak Tergadah
Penyenaraian FGVH Tetap Dijalankan
Koperasi Di Felda, Felcra Disaran Jual Petrol
FGVH & Pulangan Dividen

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Juruterakampung

    Keputusan yg tepat..Tahniah Pak Sam

  • Feeq

    hope so….

  • http://www.facebook.com/TokJanggutJunior ??? ??????? ??????

    Tepuk dada tanya Iman.:)

  • http://www.iawani.com/ Lia Nadia Qistina

    tahniah Pak Sam

  • matkota

    Katalah jd gak FGVH kaat bursa saham, sape2 boleh beli saham dier..dr satu..smpi lah seme..kalau tetiba George Soros beli FGVH dgn harga berkali2 ganda..cm ne?

    • Anakgomen

      hang faham isu ka tridak matkota?  40% saja saham FGVH yang akan boleh dijual.  Baki 60% oleh koperasi felda (KPF) dan entiti-entiti tertentu milik kerajaan.   

      melainkan KPF yang dimiliki oleh peneroka felda sendiri yang nak jual tanah depa (which is very very unlikely), bolehlah pujaan hati hang si soros tu beli.

      • http://jebengotai.com/ JebengOtai™

        die bkn anak felda..xkan faham @ buat2 x phm..

    • Ezrita_yuslina

      itu la kami sbg anak peneroka risaukan…tp kuasa kami sebagai anak terbatas…bapak kami as peneroka telah dijanji maniskan dengan durian runtuh oleh PM….peneroka tak tahu bagaimana proses pelaburan SAHAM…sbb itu bapak kami di tipu hidup-hidup oleh bijak pandai…..boleh laburhkan…tp ISA SAMAD and PM kene la jujur dgn peneroka…kene bagi tahu bukan setakat keuntungan…tp risiko sekali…ini tidak…asyik canang untung jer….risiko tak bg tahu..yg jadi mangsa bukan peneroka, ISA SAMAD n PM….tp 5 or 10thn akan dtg baru timbul masalah tetiba contoh George SOROS beli saham FGVH….time tu ISA SAMAD n PM boleh la kate REDHA….tp kami anak peneroka n peneroka sendiri yang akan menerima dividen yang tidak HALAL…sesungguhnya wahai manusia…renungkan la….mmg kita nak kaya duit n harta hidup di dunia ini…tp sebagai umat ISLAM…MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA…..patut peneroka di beri penerangan yang jelas tanpa ada niat berselindung..peneroka hendaklah diberi masa sebulan utk berfikir baik buruk aku laburkan tanah aku ni di bursa SAHAM wlu pun hanya sebahagian….apa risikonyer kelak untuk generasi aku…ada rezeki n keuntungan halal yg aku terima ini akan berterusan sehingga 20thn akan dtg…????….ini tidak bg peneroka masa cuma seminggu jer…sbg anak kami bukan menentang penyenaraian tersebut kami setuju sbb ia akan menggandakan keuntungan cuma kami sedih cr kamu minta peneroka senarai tanah mereka dgn cara TIPU DAYA…..kami SEDIH n KECEWA…ibu bapa kami ditipu HIDUP…ia kami akui mak bapak kami tak masuk Universiti…tp ingat kamu ANAK peneroka ada yg masuk UNIVERSITI n tahu apa itu urusniaga SAHAM….
      = sekadar luahan rasa hati kecewa dgn PM yang mungkin terlepas pandang….kerana terlalu yakin dengan ISA SAMAD….org yg pernah disabitkan RASUAH…..
      - anak peneroka FELDA SUNGAI TENGI…hulu SELANGOR….
      MAJULAH FELDA UNTUK PENEROKA DAN NEGARA….GENERASI…amin 

  • Ahmad

    adoi

  • Mat

    bila anwar nak jadi pm ni? hari pertama dia jadi pm ak nak tembak pkai sniper kt dahi dia, pas2 serah diri, bia jadi fames skit masuk mynewshub, CNN, BBC

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com