Thursday, May 17, 2012


Pengasuh Taska Didakwa Guna Kad Kredit Majikan

    January 13, 2012

4 Comments


PETALING JAYA – Seorang pengasuh  taska mengaku bersalah di Mahkamah Majistret  di sini hari ini atas tuduhan menggunakan kad
kredit milik pengetua di tempatnya bekerja  sebanyak tiga kali tanpa pengetahuan majikannya  itu, bulan lalu.

Nurliza Mohd Rasdi, 24, didakwa melakukan  perbuatan itu Pasaraya My Mydin Putra Walk, No.  8, 9, 10 & 11, Putra Walk, Jalan PP25, Bandar Putra Permai di sini pada pukul 5.38 petang, 13  Disember lalu.

Dalam kejadian itu, tertuduh didakwa telah  membelanjakan sebanyak RM137 dengan  menggunakan kad kredit Hong Leong Bank milik  Fadzilah Mohd. Yusof.

Wanita itu turut didakwa menggunakan kad kredit  tersebut dengan membuat bayaran sebanyak  RM208.95 pada pukul 5.45 petang, pada tarikh dan di tempat yang sama.

Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 9.12  malam di Timberland Alamanda, LG50 Tingkat  Bawah Tanah, Alamanda Putrajara, Putrajaya, tertuduh sekali lagi didakwa berbelanja  menggunakan kad kredit itu. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tipu Kad Kredit: Wanita Dijel, Denda

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/KeCixFiSyaSaje Bies Cyunk

    Mcm2 DUnia skrg ni…

    • zeze

      bukan dunia yg bersalah tapi manusia tu yg bersalah kesian pada DUNIA

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    aii.. kalau nak belanja pun gunalah duit sendri… beli setakat yg mampu… kalau rasa tak cukup duit, berusaha lebih sikit… rezeki akan datang… jgn ingat nak senang je, curi sana sini… ikut hudud boleh potong tangan cik kiah oii… ingat ringan ke kesalahan mencuri nih disisi agama?

    -bapaknya Akid-

  • http://www.facebook.com/Miszydian Dian Munira

    ishhh.. mcm na dia boleh dapatkan kad kredit majikan dia tue erkk?

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com