MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 17, 2014


Bekas Pemeriksa Kilang Hadapi 21 Tuduhan

Bekas Pemeriksa Kilang Hadapi 21 Tuduhan

    January 10, 2012




KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini membuat 21 pertuduhan ke atas seorang bekas pemeriksa kilang BP Chemicals (Malaysia) Sdn. Bhd. di Mahkamah Sesyen 3 Melaka kerana didakwa menerima suapan, menerima wang hasil aktiviti haram dan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram.

SPRM melalui satu kenyataan media memberitahhu, lelaki berusia 42 tahun itu dituduh menerima suapan RM341,922 daripada pihak berkepentingan sebagai upah bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan tawaran kerja membekal dan membaiki peralatan Bellows di BP Chemicals (M) Sdn. Bhd.

Kata kenyataan itu, tertuduh yang menghadapi lapan pertuduhan bagi kesalahan itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Hang Tuah, Melaka Tengah pada 3 Februari 2006, 10 Februari 2006, 18 Oktober 2006, 2 Februari 2007 dan 20 Januari 2007.

“Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 serta Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. Jika disabit bersalah tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan dan dipenjara maksimum 20 tahun,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, lelaki terbabit juga berhadapan dengan tujuh pertuduhan kerana didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima wang tunai hasil aktiviti haram sebanyak RM65,050 serta sejumlah wang hasil aktiviti haram sebanyak RM43,000 melalui cek tunai daripada pihak berkepentingan.

Jelas kenyataan itu, perkara tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001/ ‘Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001’ (AMLATFA).

Seterusnya, tertuduh didakwa melibatkan diri dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram iaitu menerima wang berjumlah RM95,258.90 daripada wang berjumlah RM233,872 yang merupakan hasil aktiviti haram, daripada akaun peribadi HSBC milik isterinya.

Tertuduh juga didakwa menggunakan wang berjumlah RM 95,258.90 yang merupakan hasil aktiviti haram daripada akaun HSBC milik isterinya untuk membeli Draf Serahan HSBC, kata kenyataan itu lagi. – mynewshub.my

* Sekadar Gambar Hiasan

Bekas Pemeriksa Kilang Hadapi 21 Tuduhanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/01/Bekas-Pemeriksa-Kilang-Hadapi-21-Tuduhan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/01/Bekas-Pemeriksa-Kilang-Hadapi-21-Tuduhan-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini membuat 21 pertuduhan ke atas seorang bekas pemeriksa kilang BP Chemicals (Malaysia) Sdn. Bhd. di Mahkamah Sesyen 3 Melaka kerana didakwa menerima suapan, menerima wang hasil aktiviti haram dan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram. SPRM melalui satu kenyataan...
<p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini membuat 21 pertuduhan ke atas seorang bekas pemeriksa kilang BP Chemicals (Malaysia) Sdn. Bhd. di Mahkamah Sesyen 3 Melaka kerana didakwa menerima suapan, menerima wang hasil aktiviti haram dan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram. SPRM melalui satu kenyataan media memberitahhu, lelaki berusia 42 tahun itu dituduh menerima suapan RM341,922 daripada pihak berkepentingan sebagai upah bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan tawaran kerja membekal dan membaiki peralatan Bellows di BP Chemicals (M) Sdn. Bhd. Kata kenyataan itu, tertuduh yang menghadapi lapan pertuduhan bagi kesalahan itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Hang Tuah, Melaka Tengah pada 3 Februari 2006, 10 Februari 2006, 18 Oktober 2006, 2 Februari 2007 dan 20 Januari 2007. "Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 serta Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. Jika disabit bersalah tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan dan dipenjara maksimum 20 tahun," kata kenyataan itu hari ini. Menurut kenyataan itu, lelaki terbabit juga berhadapan dengan tujuh pertuduhan kerana didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima wang tunai hasil aktiviti haram sebanyak RM65,050 serta sejumlah wang hasil aktiviti haram sebanyak RM43,000 melalui cek tunai daripada pihak berkepentingan. Jelas kenyataan itu, perkara tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001/ ‘Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001’ (AMLATFA). Seterusnya, tertuduh didakwa melibatkan diri dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram iaitu menerima wang berjumlah RM95,258.90 daripada wang berjumlah RM233,872 yang merupakan hasil aktiviti haram, daripada akaun peribadi HSBC milik isterinya. Tertuduh juga didakwa menggunakan wang berjumlah RM 95,258.90 yang merupakan hasil aktiviti haram daripada akaun HSBC milik isterinya untuk membeli Draf Serahan HSBC, kata kenyataan itu lagi. - mynewshub.my</p> <p style="text-align: justify;">* <strong>Sekadar Gambar Hiasan</strong> </p>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014