Thursday, May 17, 2012


PAS Pecat Hasan Ali Serta Merta

    January 8, 2012

28 Comments


KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bertindak nekad memecat keahlian Datuk Dr. Hasan Mohd Ali sebagai ahli parti itu berkuatkuasa serta merta pada mesyuarat yang diadakan di sini hari ini.

Menurut sumber rasmi Pas, Harakahdaily.net sebentar tadi, keputusan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) setelah ADUN Gombak Setia itu menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Pas.

Hasan yang juga salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini beberapa kali mempertahankan pendiriannya mengkritik hala tuju Pas yang mengubah perjuangan asal untuk menubuhkan negara Islam kepada negara berkonsepkan negara berkebajikan.

Ekoran itu, terjadi pertikaman lidah di antara beliau dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali, yang menganggap Hasan dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, telah masuk ke dalam ‘perangkap UMNO’.

Sebelum itu, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga mempertahankan pendiriannya mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) yang melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan cuba memurtadkan umat Islam yang kemudiaannya menimbulkan kontroversi.

Selain itu, beliau turut serta menghadiri Himpunan Sejuta Umat di Stadium Melawati Shah Alam di atas kapasiti seorang Muslim tanpa kepentingan politik meskipun dilarang oleh kepimpinan Pas.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Hasan Ali Dan Nasharuddin Akui PAS Tersesat
Ulama dan Professional PAS Sependapat
Kemelut Belum Selesai: Hasan Ali Nafi Minta Maaf
Jauhi 901 - Nasihat Hassan Ali
9/1/12: Hari Kehancuran PAS
Hasan: Saya Terkejut Tindakan Drastik Pas
Anwar Gembira Hasan Ali Dibuang Parti PAS
Pemuda PAS Sokong Pemecatan Hasan Ali
Hasan Ali Sedang Bercuti, Tidak Hadiri Mesyuarat Exco
Hasan Ali Perlu Terus Perjuang Islam, Bangsa
Pengganti Hasan Ali Diumum Rabu Ini: MB
Siapa Parasit Dalam PAS Yang Disebut Hasan Ali?
Bukan Islam Jangan Rasa Tersisih Dengan JATI
Shabery Nafi KBS Biayai Ceramah Hasan Ali
Hasan Ali Persoal Dana RM300 Juta 'Selangorku'

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Aboy

    Bagusla..xdak lagi duri dlm daging. kadang2 bnda mcm ni kena ambik serius

    • meNOBODY

      duri dalam daging???

      • Aku-Kuar-PAS-Serta-Merta

        Ini semua nak puaskan hati exco exco DAP kristian cam Teresa Kok dan Ronnie Liu yang tak puas hati kes serbuan gereja damansara dan kelancangan Hassan Ali mempertahankan Islam dari usaha penyebaran Kristian. Tahniah PAS. 

    • UAI

      musuh dlm selimut lebih tepat..perjuangan dia sebijik mcm Zul Kulim..wlu x wakil mana2 parti..org bijak je bleh nmpk bende cmni..org bodoh dia akan ckp benda yg bodoh,bangang dan sbginye..hhahah

  • http://www.facebook.com/people/Entan-Esmail/100000514343572 Entan Esmail

    Mrk ada sbb tersendiri utk berbuat demikian…. Nantikan sahaja…

  • http://www.facebook.com/people/Entan-Esmail/100000514343572 Entan Esmail

    Mrk ada sbb tersendiri utk berbuat demikian…. Nantikan sahaja…

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    aii… menda la…..

    -bapaknya Akid-

  • Taufikjarmin

    Bnd mcm nie sepatutnya x berlaku . Dia melakukan perkara yg betul utk menegakkan syiar islam . Kalau kita sbg org islam pon kite akn buat perkara yg sama jika kita mggalas tgggjwb mcm beliau . Rasa nya xde sebab yg salah ats tindakan beliau . Xde point yg kukuh mengapa beliau dipecat . Wallahualam

  • Lakiselamber

    dah agak dah….PAS akan hancus kalau terlalu mengikut kehendak pakatannyaa…

  • Mizieytar

    pas dh terpesong

  • Mizieytar

    pas dh terpesong

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000276038362 SyAz AwAn AhmAd

    semue ni sbb politik.kepentingan tertentu.

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000276038362 SyAz AwAn AhmAd

    semue ni sbb politik.kepentingan tertentu.

  • pejal

    sgt bagos klau dy pecat hasan ali.. biar semua org thu mcm mne pas y sebenarnye..
    hasan ali punye la bagos..senang2 je dy nk pecat.. mmang pas dah terpesong dari landasannye! kerana kepentingan politik, dy snggup buat ape2 je…

  • Rasionalis

    lepas ni…siapa yang perjuang Islam dalam PAS memang kena pecat..DAP dah ganti PAS la nampaknya…

  • Aku-Kuar-PAS-Serta-Merta

    Lepas ni DAP akan diberikan kuasa untuk pecat orang PAS yang tak sehaluan dengan diaorang.

  • Aku-Kuar-PAS-Serta-Merta

    Lepas ni DAP akan diberikan kuasa untuk pecat orang PAS yang tak sehaluan dengan diaorang.

  • Kamarul azrin Sulaiman

    kenapa orang yg mahu umat
    islam bersatu di pecat oleh parti islam sendiri???adakah ini satu dosa
    besar???harap Datuk Dr.Hasan Ali bersabar…ALLAH MAHA ADIL…KAMI
    SOKONG TINDAKAN DATUK DR.HASAN ALI yg tidak mahu menyertai perhimpunan
    901….BERSAMA KITA MENYATUKAN UMAT ISLAM..

  • political suck!

    sedangkan lidah lagi tergigit..agak2 lepas ni..mana hala tuju dier join umno????

  • MUNIRA NABILA

    perjuangkan Islam pun kena pecat?..hurm~

  • Zaki umani

    sabar tu separuh dari iman……..

    percaya la…….. sesuatu akan meletup.. tup.. tup

  • pemandubiaser

    aduuuuu…gerammnyaaa..keta aku langgar lobang lagii tadi..berapa kali nak langgar lobang walau pun jalan dah elok diturap….yg buat jalan tu jgn la tinggalkan manhole tu dibiarkan dalam serupa mangkuk besen besarnya’ tanpa ada buat tutupan yg sempurna sama rata dgn permukaan jalan…
    aduu sakitnya berapa kali keta kau nak kena buat balancing,aligment dan camber plak niee..
    …duit lagiii…jkr n dbkl pls la do something…,i know..ramai lagi keta2 yg lalu kat situ dah terlangggar lobang yg sama….pls pls pls

  • http://twitter.com/ALiFalcaO Fadhli Zawawi

    ha. kan da kne.

  • mukabulat

    sy sokong Dato’.. :)

  • mukabulat

    sy sokong Dato’.. :)

  • Hamba_Allah

    kebanyakan yang menyokong pemecatan Hasan Ali ini adalah mereka yang sudah dicucuk oleh PKR dan DAP. Kebanyakan ahli PAS termasok ahli PAS pusat memang tidak setuju pemecatan Hasan Ali. Kerana menjaga hubungan antara DAP dan PKR, terpaksalah Hasan Ali dipecat. Yang menyokong pemecatan di bawah ni suma adalah penyokong PKR nak jadikan Anwar PM. Tetapi sebenarnya orang PAS sendiri (majoriti) lebih menyokong Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Abdul Hadi menjadi PM Malaysia. Majoriti ahli PAS pun agar pelik tetapi terpaksa menyokong pendirian TGNA dan TGAH atas dasar menghormati ketua. Tetapi dalaman, kami tidak menyokong Anwar untuk menjadi PM..

  • Hamba_Allah

    kebanyakan yang menyokong pemecatan Hasan Ali ini adalah mereka yang sudah dicucuk oleh PKR dan DAP. Kebanyakan ahli PAS termasok ahli PAS pusat memang tidak setuju pemecatan Hasan Ali. Kerana menjaga hubungan antara DAP dan PKR, terpaksalah Hasan Ali dipecat. Yang menyokong pemecatan di bawah ni suma adalah penyokong PKR nak jadikan Anwar PM. Tetapi sebenarnya orang PAS sendiri (majoriti) lebih menyokong Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Abdul Hadi menjadi PM Malaysia. Majoriti ahli PAS pun agar pelik tetapi terpaksa menyokong pendirian TGNA dan TGAH atas dasar menghormati ketua. Tetapi dalaman, kami tidak menyokong Anwar untuk menjadi PM..

  • matre

    hmm..pas mkin trok la..prcya la kat anwar 2..penipu ja dia..

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com