MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Sunday, April 20, 2014


Sagu Hati Khas Kepada 70,000 Bekas Polis Darurat

Sagu Hati Khas Kepada 70,000 Bekas Polis Darurat

    January 7, 2012




KUALA LUMPUR- Lebih 70,000 bekas anggota polis darurat yang bertugas antara tahun 1948 dan 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak bakal menerima sagu hati khas sebanyak RM3,000.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan Sabtu berkata, pembayaran sagu hati khas tersebut telah sedia untuk dilaksanakan dan permohonan bagi mereka yang layak boleh dibuat dengan menghubungi KDN.

Pembayaran itu akan dibuat kepada bekas anggota pasukan Special Constabulary (SC), Home Guard (HG), Auxiliary Police (AP), Extra Police Constable (EPC), Border Scout (BS), Jungle Scout/Squad (JS), Police Field Force Reservist (PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC), katanya.

Beliau berkata bagi anggota yang telah meninggal dunia, balu atau duda masing-masing layak memohon sebagai waris pengganti, bagaimanapun permohonan perlu disertakan dengan borang akuan status pemohon yang disahkan ketua kampung atau ketua polis di balai terdekat.

Mahmood berkata mereka yang layak boleh mengemukakan tuntutan dan permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang dari laman sesawang www.moha.gov.my atau dengan menghubungi Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara (HP) di talian (03) 88868583, 88868193, 88868584, atau 88868000.

Pembayaran sagu hati khas itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas. – BERNAMA

Sagu Hati Khas Kepada 70,000 Bekas Polis Darurathttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/01/Sagu-Hati-Khas-Kepada-70000-Bekas-Polis-Darurat.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/01/Sagu-Hati-Khas-Kepada-70000-Bekas-Polis-Darurat.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR- Lebih 70,000 bekas anggota polis darurat yang bertugas antara tahun 1948 dan 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak bakal menerima sagu hati khas sebanyak RM3,000. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan Sabtu berkata, pembayaran sagu hati...
<p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR- Lebih 70,000 bekas anggota polis darurat yang bertugas antara tahun 1948 dan 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak bakal menerima sagu hati khas sebanyak RM3,000. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan Sabtu berkata, pembayaran sagu hati khas tersebut telah sedia untuk dilaksanakan dan permohonan bagi mereka yang layak boleh dibuat dengan menghubungi KDN. Pembayaran itu akan dibuat kepada bekas anggota pasukan Special Constabulary (SC), Home Guard (HG), Auxiliary Police (AP), Extra Police Constable (EPC), Border Scout (BS), Jungle Scout/Squad (JS), Police Field Force Reservist (PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC), katanya. Beliau berkata bagi anggota yang telah meninggal dunia, balu atau duda masing-masing layak memohon sebagai waris pengganti, bagaimanapun permohonan perlu disertakan dengan borang akuan status pemohon yang disahkan ketua kampung atau ketua polis di balai terdekat. Mahmood berkata mereka yang layak boleh mengemukakan tuntutan dan permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang dari laman sesawang www.moha.gov.my atau dengan menghubungi Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara (HP) di talian (03) 88868583, 88868193, 88868584, atau 88868000. Pembayaran sagu hati khas itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas. - BERNAMA </p>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014