MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Monday, April 21, 2014


Penguatkuasa JPJ Cedera Dirempuh Motosikal

Penguatkuasa JPJ Cedera Dirempuh Motosikal

    January 1, 2012




SEREMBAN – Seorang anggota  penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  negeri cedera selepas dirempuh sebuah motosikal  yang cuba melarikan diri daripada ditahan dalam  Operasi Ambang Tahun Baru 2012 di Jalan Datuk  Bandar Tunggal, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu,  pembantu penguatkuasa, Riduan Cheri, 27,  mengalami kecederaan di bahagian kaki kirinya dipercayai dirempuh sebuah motosikal yang  ditunggang seorang lelaki.

Riduan dipercayai cuba  menahan lelaki terbabit selepas dia menunggang  motosikal melawan arus setelah menyedari ada  sekatan jalan raya dihadapan.

Berikutan itu, lelaki terbabit enggan berhenti  sebaliknya terus memecut motosikalnya  menyebabkan pegawai JPJ terbait terjatuh dan cedera.

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah  berkata, pegawai yang berkhidmat di Pejabat JPJ  Daerah Jempol itu kini sedang dirawat di Hospital  Tuanku Jaafar (HTJ) dan dilaporkan stabil.

“Kita sedang mengesan penunggang terbabit  berdasarkan nombor pendaftaran motosikal yang  ditunggangnya,”katanya di sini. – mynewshub.my

Penguatkuasa JPJ Cedera Dirempuh Motosikalhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/01/Penguatkuasa-JPJ-Cedera-Dirempuh-Motosikal.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/01/Penguatkuasa-JPJ-Cedera-Dirempuh-Motosikal-150x150.jpg MyNewsHub
SEREMBAN - Seorang anggota  penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  negeri cedera selepas dirempuh sebuah motosikal  yang cuba melarikan diri daripada ditahan dalam  Operasi Ambang Tahun Baru 2012 di Jalan Datuk  Bandar Tunggal, di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu,  pembantu penguatkuasa, Riduan Cheri, 27,  mengalami kecederaan di...
<p style="text-align: justify;">SEREMBAN - Seorang anggota  penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  negeri cedera selepas dirempuh sebuah motosikal  yang cuba melarikan diri daripada ditahan dalam  Operasi Ambang Tahun Baru 2012 di Jalan Datuk  Bandar Tunggal, di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu,  pembantu penguatkuasa, Riduan Cheri, 27,  mengalami kecederaan di bahagian kaki kirinya dipercayai dirempuh sebuah motosikal yang  ditunggang seorang lelaki. Riduan dipercayai cuba  menahan lelaki terbabit selepas dia menunggang  motosikal melawan arus setelah menyedari ada  sekatan jalan raya dihadapan. Berikutan itu, lelaki terbabit enggan berhenti  sebaliknya terus memecut motosikalnya  menyebabkan pegawai JPJ terbait terjatuh dan cedera. Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah  berkata, pegawai yang berkhidmat di Pejabat JPJ  Daerah Jempol itu kini sedang dirawat di Hospital  Tuanku Jaafar (HTJ) dan dilaporkan stabil. ``Kita sedang mengesan penunggang terbabit  berdasarkan nombor pendaftaran motosikal yang  ditunggangnya,''katanya di sini. - mynewshub.my</p>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014