Thursday, May 17, 2012


‘Twee Hong Suah’ Tidak Selamat Digunakan

    December 30, 2011

7 Comments


KUALA LUMPUR – Produk perubatan tradisional ‘Twee Hong Suah’ ditarik balik penjualannya serta-merta kerana mengandungi tahap merkuri melebihi had yang dibenarkan, menyebabkan ia tidak selamat digunakan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata syarikat yang bertanggungjawab ke atas pendaftaran produk itu, Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd turut diarah menghentikan pembekalan serta menarik balik semua produknya yang berada di pasaran.

“Produk yang terbabit adalah bernombor 1103026, 1106013, 1111013 dan 1107011.

“Ia digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi melegakan angin di bahagian perut, sakit perut, rasa loya, cirit-birit, batuk dan demam,” katanya dalam satu kenyataan malam Khamis.

Dr Hasan, yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, berkata semua produk berkenaan disampel di bawah prosedur pengawasan mutu produk berdaftar yang dilakukan secara rutin oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Beliau berkata hasil ujian mendapati produk itu mengandungi merkuri melebihi had biasa yang dibenarkan iaitu 0.5mg/kg.

Merkuri ialah sejenis logam berat dan jika digunakan dalam kuantiti berlebihan, ia boleh mengakibatkan kesan keracunan seperti rasa kebas, gatal, sakit, warna kulit menjadi merah jambu di bahagian pipi, hujung jari dan jari kaki kulit mengelupas serta boleh menyebabkan kerosakan sistem buah pinggang dan otak.

Sehubungan itu, Dr Hasan menasihati orang ramai agar tidak menggunakan produk ‘Twee Hong Huah’ dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan jika mengalami kesan sampingan akibat penggunaan ubat tersebut.

Maklumat lanjut berkaitan penarikan semula penjualan ubat itu boleh didapati dengan menghubungi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di talian 03-78835546 atau 03-78835539. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tidak Ramai Jaga Kesihatan - M.Jegathesan
Ramai Lupa Kelebihan Herba Dalam Kesihatan
Masyarakat : Lakukan Pemeriksaan Kesihatan
Selalulah Ketawa, Ia Baik Untuk Kesihatan
Produk Pelangsing Acai Beri Dirampas
Khasiat Makan Buah Sebelum Makan Berat
Waktu Terbaik Minum Air Masak
Sendayu Tinggi Mohon Maaf, Tak Tolak Kemungkinan Disabotaj
Lelaki Subur Pupus Menjelang 2062
Skim Penjagaan 1Care Tidak Wujudkan Monopoli
Kementerian Pastikan Kobis Import Selamat
Sakit TB Tapi Dikatakan Angau

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Wanroshidah-Idah/100000927818936 Wanroshidah Idah

    biar toi………

  • Abah kau

    bohong ar ..

  • Fgf

    orang dah bagi tau siap dari pihak Pengerusi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, kalau x caye gak. terpulang diri sendiri..

  • ed ahmad

    Oo.. TYT. naseb baik aku tak penah guna.

  • Anonymous

    fuhh nasib baik nda penah guna lnsg.. 

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    nasib baik tak pernah guna…

    -bapaknya Akid-

  • qalb

    huhu

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com