Thursday, May 17, 2012


Revolusi 901: Demi Mangsa Konspirasi Atau LGBT?

    December 28, 2011

7 Comments


Oleh:  Iskandar Zulfi

Laman web rasmi Human Rights Watch menyiarkan artikel berbentuk kecaman terhadap Malaysia kerana mengamalkan undang-undang berlandaskan Islam yang mengharamkan liwat atas alasan ia ketinggalan zaman.

Tajuk artikel tersebut iaitu “Malaysia: Hapuskan Undang-undang Mengharamkan Hubungan Seks Sejenis – Gugurkan Kes Terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim”, dengan sendirinya mengesahkan bahawa Anwar sememangnya terlibat dalam hubungan seks sejenis atau liwat.

Sekali gus, mengesahkan juga bahawa segala tuduhan fitnah dan konspirasi terhadap kerajaan Malaysia, Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir selama ini, hanyalah rekaan Anwar semata-mata.   Begitu juga dengan tuduhan kononnya sistem kehakiman Malaysia adalah berat sebelah.

Adalah difahamkan bahawa gerakan membebaskan Anwar yang dirancang pada 9 Januari ini juga dikatakan akan melibatkan golongan pengamal seks songsang (LGBT) yang akan turut bangkit menuntut hak mereka dengan sama-sama berdemonstrasi dengan penyokong Anwar secara serentak atau berperingkat-peringkat.

Nampaknya Anwar tidak lagi berusaha menyembunyikan dirinya yang sebenar atau seperti kata orang putih ‘coming out of the closet’.  Dia kelihatan semakin yakin menonjolkan dirinya sebagai pengamal seks songsang yang bertentangan dengan Islam.

Mungkin keyakinan ini ada kena mengena dengan laporan akhbar mengenai peningkatan jumlah golongan gay di Malaysia.

Jika diamati hujah-hujah pembelaan dirinya di mahkamah juga kita akan mendapati bahawa Anwar tidak bersungguh-sungguh cuba menafikan yang dia meliwat tetapi hanya cuba menekankan bahawa liwat tersebut adalah atas dasar suka sama suka.

Berdasarkan fakta ini, serta bersandarkan sokongan terbuka ahli-ahli politik dan NGO luar negara yang lantang memperjuangkan hak asasi golongan LGBT termasuk Human Rights Watch, kita akan mendapati bahawa Anwar sebenarnya secara halus telah lama mengakui dirinya seorang peliwat.

Malangnya, penyokong-penyokongnya masih ramai yang buta akan apa yang Anwar cuba jelaskan kepada mereka.  Ramai yang masih menyanjungnya sebagai pejuang Islam sejati, manusia warak hatta Imam Mahdi, mengikut ceramah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Badrul Amin baru-baru ini.  Astaghfirullahaladzim…

Apa yang janggal lagi pelik di sini ialah apabila sebuah parti yang berjenama Islam sama-sama bersekongkol, menyokong dan memperjuangkan Anwar Ibrahim.

Bayangkan pak-pak lebai berketayap,  wanita-wanita bertudung labuh serta anak-anak muda berjanggut sejemput berimej warak bersama-sama dengan mak-nyah, gay dan lesbian berarak dengan penuh semangat di jalanan, merempuh segala sekatan polis demi mentabalkan Perdana Menteri biseksual pertama di dunia, di sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam.

Sedangkan hakikatnya, Anwar telah pun mengakui dirinya seorang peliwat secara tidak langsung.  Rakan-rakannya, ahli-ahli politik serta NGO luar negara yang memperjuangkan hak LGBT sendiri telah mengesahkannya.  Peguam-peguam Anwar juga tidak menafikannya.

Justeru, tidak ada alasan bagi pak-pak lebai, wanita-wanita bertudung labuh serta anak-anak muda berimej warak termasuk golongan yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama seperti Hadi Awang, Nik Aziz dan yang sewaktu dengan mereka, untuk menyatakan sebaliknya mengenai Anwar kecuali jika mereka benar-benar yakin bahawa Putrajaya adalah transit ke syurga.

Revolusi 901 yang dilaungkan Anwar bukanlah perjuangan seorang mangsa konspirasi yang menuntut keadilan.  Ia adalah perjuangan seorang peliwat yang menuntut hak untuk meliwat – itu saja.

Selebihnya, ia adalah perjuangan para penggila kuasa untuk merasa kerusi empuk Putrajaya yang suatu ketika dahulu ingin dilelong mereka.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

US Experts 99.99% Sure Man Is Anwar
Anwar Gave Defence For 2 Hours
Defense Questions Dr. Seah In Handling DNA
Dinasihat Mufti Pun - Saya Tetap Pecat Anwar : Tun
Anwar Setuju PR Sertai J'kuasa Khas Parlimen
Anwar Tegas Pernah Dua Kali Tunai Haji
Kes Liwat Anwar Ditangguh Lagi
PKR- Hati-hati Dengan Manusia Ini
Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim Pada 9 Jan
Siapa Yang Layak Ganti Anwar?
SEBARKAN - Panduan Polis Kepada Peserta Perhimpunan 901
Siapa Pulak Budak Indon Mengaku Kena Liwat Dengan Anwar Ibrahim Ni?
Kamalanathan Pertahan Kenyataan Insiden Istana
Anwar Main Sandiwara Lagi - Rosnah
Video Anwar Mulakan Provokasi Bersih Tersebar

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Aizen-Sousuke/100000373547287 Aizen Sousuke

    Anwar… Dulu Kini Dan Selamanya Terus Berkonspirasi…

  • Keledek

    setidak-tidaknya seorang gay dan pengamal homosek adalah amat setia kepada kekasih masing2. korang ada setia pada pasangan?

  • ProLGBT

    kenapa mynewshub benci sangat pada gay dan lesbian. orang PAS yg perjuangkan Islam pun tak pernah bising…newshub memang celakaaaaaaaa

  • Lady-boy77

    BRO ANWAR SAJA YANG MEMAHAMI PERASAAN KAMI

    • nama saya,sebelum tu..

      apa yang dia faham perasaan kaw tu…mmg perbuatan songsang,trg,jelas dan nyata haram hukumnya lg nak diangkat2kan…ape niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…………kaw kelab kipas LGBT ke…

  • http://www.facebook.com/people/Aizat-Safwan-Amir/100000456166480 Aizat Safwan Amir

    hmmmmmmm….no komen…

  • nama saya,sebelum tu..

    mana penyokong PR/PKR/PAS/DAP kenapa senyap bile isu ini….ini ke pemimpin yang diagong2kan oleh PR…i’m not support any politic party…

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com