- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
LANGKAWI – Pelayar elit negara, Khairulnizam Mohd Afendy, masih mempunyai peluang untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 di London.
Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah, berkata peluang Khairulnizam akan ditentukan semasa Kejohanan Laser Dunia di
Jerman pada Mei depan. “Kita berharap Khairulnizam akan cemerlang pada kejohanan itu serta melayakkan diri ke temasya sukan berprestij itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, Malaysia menduduki tangga ke-43 daripada 48 negara (slot ke Sukan Olimpik) semasa menyertai pusingan kelayakan Sukan Olimpik di Perth, Australia baru-baru ini.
Hanya 36 negara dipilih ke sukan itu manakala 12 lagi negara akan ditentukan pada kejohanan dunia di Jerman. – BERNAMA
Iklan Teks:


