MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Friday, April 18, 2014


JPJ Adakan 'Ops Pra Perayaan'

JPJ Adakan ‘Ops Pra Perayaan’

    December 24, 2011




DUNGUN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan ‘Ops Pra Perayaan’ bersempena sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, operasi bersifat percubaan itu bertujuan membuat penilaian awal sebelum operasi sebenar dilakukan.

“Operasi percubaan itu diadakan untuk membuat penilaian sebelum melaksanakan operasi sebenar dan ia dilakukan selama sebulan bermula awal Disember lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, golongan bawah umur diminta supaya tidak menunggang motosikal jika mereka tidak memiliki lesen memandu.

Menurutnya, ia bukan sahaja atas dasar keselamatan tetapi juga mengelakkan peluang mereka untuk memiliki lesen memandu terjejas.

Ia kerana, jelas beliau, penunggang motosikal bawah umur akan berhadapan dengan masalah untuk memiliki lesen memandu sekiranya pernah membuat kesalahan jalan raya.

Katanya, walaupun kesalahan itu telah lama berlaku tetapi ia bakal menjejaskan peluang mereka memiliki lesen memandu kerana rekod itu telah disimpan.

JPJ Adakan ‘Ops Pra Perayaan’http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/12/JPJ-Adakan-Ops-Pra-Perayaan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/12/JPJ-Adakan-Ops-Pra-Perayaan-150x150.jpg MyNewsHub
DUNGUN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan 'Ops Pra Perayaan' bersempena sambutan Tahun Baru Cina tahun depan. Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, operasi bersifat percubaan itu bertujuan membuat penilaian awal sebelum operasi sebenar dilakukan. 'Operasi percubaan itu diadakan untuk membuat penilaian sebelum melaksanakan operasi sebenar dan ia dilakukan...
DUNGUN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan 'Ops Pra Perayaan' bersempena sambutan Tahun Baru Cina tahun depan. Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, operasi bersifat percubaan itu bertujuan membuat penilaian awal sebelum operasi sebenar dilakukan. "Operasi percubaan itu diadakan untuk membuat penilaian sebelum melaksanakan operasi sebenar dan ia dilakukan selama sebulan bermula awal Disember lalu," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di sini hari ini. Dalam pada itu, Ismail berkata, golongan bawah umur diminta supaya tidak menunggang motosikal jika mereka tidak memiliki lesen memandu. Menurutnya, ia bukan sahaja atas dasar keselamatan tetapi juga mengelakkan peluang mereka untuk memiliki lesen memandu terjejas. Ia kerana, jelas beliau, penunggang motosikal bawah umur akan berhadapan dengan masalah untuk memiliki lesen memandu sekiranya pernah membuat kesalahan jalan raya. Katanya, walaupun kesalahan itu telah lama berlaku tetapi ia bakal menjejaskan peluang mereka memiliki lesen memandu kerana rekod itu telah disimpan.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014