Thursday, May 17, 2012


Sampai Bila Blogger Pro-K’jaan Nak Bergaduh?

    December 18, 2011

14 Comments


KUALA LUMPUR – Para blogger ternama pro-kerajaan terus tidak sehaluan, berpecah belah dan tidak segan silu menyerang antara satu sama lain meskipun telah diberitahu pucuk pimpinan UMNO untuk melenyapkan persengketaan itu menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang semakin hampir.

Pergaduhan di kalangan blogger pro-kerajaan semakin menjadi-jadi sepanjang tahun ini di mana secara terang-terangan mereka menulis di blog masing-masing mengenai pertikaian yang dipercayai berpunca dari persoalan ‘siapa dapat apa?’.

Papa Gomo menggelar blogger  Bigdog dan Rocky Bru sebagai  ‘anjing’ dan ‘Rockyngah’, manakala blogger  Unit Media Baru (UMB) Tun Faisal menghentam Papa Gomo sebagai lupa daratan serta blogger jalanan.

Baru-baru ini Papa Gomo telah menyerang lagi Bigdog di dalam tulisannya mengenai isu menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011.

Dalam tulisannya, Papa Gomo menyatakan bahawa Bigdog telah melakukan khianat kepadanya kerana membocorkan maklumat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bahawa dia akan turut bersama Setiausahan DAP itu ketika menyelam bersama KD Tun Razak, Jumaat lalu.

“Apa pun Musuh Dari Dalam Lebih Merbahaya dari luar….. Terima Kasih Blogger Big Dog atas Pengkhianatan yang anda lakukan dalam menjadi Mulut Tempayan kepada Lim Guan Eng,” kata Papa Gomo di blognya.

Selain mendakwa dianiaya Bigdog, Papa Gomo turut mempersoalkan mengapa tidak seorang pun mempertikaikan tindakan Bigdog yang menaiki helikopter Superlinks bersama Guan Eng ketika itu.

Papa Gomo dan Bigdog pernah bergaduh di blog mengenai isu kononnya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, telah merogol seorang amahnya yang merupakan seorang warga Indonesia.

Di dalam kes itu, Papa Gomo mendakwa Bigdog telah menjadi punca fitnah tersebut dengan menyebarkan maklumat kepada blogger Rocky Bru untuk menimbulkan dakwaan itu sehingga menjadi bahan serangan para blogger pro-Pakatan Rakyat.

Dakwaan berkenaan terbukti palsu apabila Rais menang di dalam saman beliau terhadap seorang blogger pro-Pakatan Rakyat, Amizuddin Ahmat, dan pemilik blog sharpshooterblogger itu diarahkan mahkamah untuk membayar RM300,000 kepada Menteri berkenaan.

Para pemerhati blog-blog politik di negara ini juga menyaksikan pertelingkahan berlaku di antara Papa Gomo dan Tun Faisal, yang saling menyerang serta mengutuk antara satu sama lain.

Tun Faisal misalnya menuduh Papa Gomo sebagai penipu, ego, bongkak, lupa daratan dan menyerang peribadi blogger tersebut yang dikatakan berpendidikan rendah serta menyara hidup dengan berniaga barangan tiruan di uptown.

Papa Gomo membalas dengan menggelar Tun Faisal sebagai ‘Tun F**kzal’ dan mengutuk Ketua UMB itu sebagai bacul serta berbohong di blognya.

Mereka turut bergaduh di laman sosial Facebook dan Twitter mengenai soal remeh temeh berkenaan peruntukan, disiplin, bodek membodek Pak-Pak Menteri serta modus operandi “psy-war”.

Persoalannya kini, di kala para pemimpin Barisan Nasional (BN) membayangkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 sudah semakin hampir, mengapa blogger-blogger pro-kerajaan ini masih berbalah dan bergaduh sesama sendiri lagi?

Tidakkah mereka rasa malu pada pembaca dan blogger pro-pembangkang yang tertawa melihat sikap keanak-anakan yang dipamerkan?

Apakah dengan menggelar rakan seperjuangan yang lain dengan gelaran-gelaran keji sebegitu mampu memenangkan BN pada PRU ke-13 nanti?

Sampai bila mereka mahu menunjukkan ketidakmatangan mereka dan bertelingkah sedangkan mereka berada di dalam satu jemaah yang berjuang demi Islam, bangsa dan negara?

Itu baru jadi blogger.

Kalau mereka dilantik jadi pemimpin, calon BN, ADUN, Ahli Parlimen atau Menteri, mungkin huru-hara jadinya nanti.

Justeru itu, sudah-sudahlah bergaduh macam budak-budak dan sikap tersebut hanya akan membuat Pakatan Rakyat ketawa terbahak-bahak saja. Merapatkan saf perjuangan adalah lebih baik ketika ini– Mynewshub.my

 

 

 

 

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

FBC Zaman Pak Lah, Bukan Najib
Pandangan 2 Pihak: Najib Ni Pengecut Ke?
Isu NFC Satu Agenda Politik - Shahrizat
Ibu Tunggal Saman Teresa Kok
Demi Politik Pembangkang Rela Negara Diserang
Ghapur Pula Gesa Shahrizat Lepaskan Jawatan
Kembali Kepada Perjuangan Asal!
Khir Toyo Didapati Bersalah - Dipenjara 12 Bulan
Kepada Anwar - Pilih Nak Jadi PM Atau Jadi Gay - Yang Benar: Raja Petra
Ahmad Maslan Nafi Kata Blogger Pro UMNO Sampah
Jangan Terpengaruh Dakyah Jatuhkan Kerajaan
Mintak Fatwa Untuk Semua Pemimpin La...
ADUN PKR-Sri Muda Tidak Mahu Jawab Soalan
Bekas Menteri Hadir Majlis Dana PRU PAS?
Mana Guan Eng Nak Sorok Muka?

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • cold heart

    susah nak kata,,,huhu

  • KuBukanHipokrit

    Rocky Bru dah jadi sampai pun nak jadi bahan bergaduh ka? Bigdog takda sapa baca blog dia pun nak disebut jugak ka? Ranking alexa ribu ribu (bukan pembaca ribu ribu) tak payah nak sebut la. Rocky dahulu orng baca blog dia pasal berani kutuk PM masa tu. Bukan sebab dia seorang wartawan yang hebat atau apa. Habis era kutuk Pak Lah habislah mamat Bru ni

    • KuBukanHipokrit

      Sorry…dah jadi sampah…

  • http://twitter.com/MuhammadRidzua7 Muhammad Ridzuan

    Sampai depa rasa bosan la :) baru berhenti bergaduh(bila negara dah dijajah)

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000325713626 Kai Mikazey

    janganla gaduh gara2 aku… keh keh keh

  • Tunfaisal

    Maaf sdr penulis artikel di atas. Sebagai Pengerusi UMB dan mewakili diri saya sendiri, saya ingin membetulkan fakta dan konteks tulisan sdr. Saya harap melalui penjelasan ini sdr boleh betulkan tulisan sdr agar tidak memanjangkan fitnah dan pembohongan terhadap UMB dan diri saya tanpa sdr sendiri sedar. 

    Pertama, saya tidak pernah menyerang mana-mana blogger lain, sebaliknya jika sdr kaji, blogger tertentu ini yang memulakan serangan terhadap saya terlebih dulu. Tulisan saya hanyalah selepas serangan berulang kali dibuat terhadap saya dan UMB. Sdr boleh kaji dan kumpulkan, kemudian hitungkan berapa banyak artikel yang menyerang saya dengan menceritakan pelbagai pembohongan. Saya bertanggung jawab untuk menjelaskan keadaan sebenar. Sekiranya saya tidak mempertahankan diri dan menjelaskan keadaan sebenar, maka saya tidak berlaku adil terhadap UMB dan rakan-rakan bloggers dan pejuang siber lain yang bernaung di bawah UMB. 

    Kedua, eloklah diselidik dulu keadaan sebenar, niat pihak yang menyerang saya dan UMB serta tujuan mereka sebelum menuduh saya kerana tulisan sdr menyebabkan saya terpaksa menulis untuk menjelaskan keadaan. Saya boleh mendedahkan banyak perkara untuk mempertahankan diri saya, tetapi sebagai pemegang jawatan, saya lebih mengutamakan kepentingan institusi. 

    Tulisan sdr salah dr segi kronologi, fakta dan konteks. Mungkin elok dibetulkan sekiranya sdr mahu berlaku adil kepada saya dan UMB. 

    UMB sedang fokus untuk menghadapi PRU13 dan tidak berminat untuk terlibat dengan pertelingkahan peribadi dan kumpulan. Sehingga kini ranking Top 20 blogger Pro-kerajaan didominasi oleh UMB. Lebih separuh dari blogger dalam ranking Top 20 adalah dari UMB. Suka saya maklumkan sdr juga, UMB bukan sekadar blogger dan dunia blogging, tetapi lebih dari itu. Jadi jangan disempitkan skop pemerhatian kita hanya kepada dunia blogging.

    Terima kasih.

    Tun Faisal Ismail 

    • Tamu

      Orang tahu la apa yang kau buat…tak payah tunjuk baik laaaa…

    • Rasionalis

      Kepada Tun Faisal yang cuba menegakkan benang yang basah…

      1. Tak ada pun penulis tu sebut pasal ranking dalam cerita kat atas tu..yang kau pegi ungkit pasal ranking tu apahal? Ranking kau lagi hebat dari Google/Yahoo ke?

      2. Kau tak penah serang blogger? Yang kau serang Papagomo dan lain-lain blogger tu apahal? Memang la diorang serang kau dulu..tapi yang kau pegi serang diorang balik & attack peribadi tu apahal? Tak matured la kau ni. Kau tak malu ke Pegawai Khas Menteri bertindak tak matang macam tu? Patutnya kau tak balas pun serangan blogger tu. Teruk la kau ni..itu pun takleh pikir ke?

      3. Kau bukan pertahan UMB. Kau pertahan diri kau. Blogger-blogger tu bukan tak puas hati kat UMB, tapi tak puas hati kat kau. Sebab? Tak payah cerita kat sini la. Nanti malu pulak kau.

      4. Jangan la bersembunyi di sebalik nama UMB atas kesilapan kau handle blogger. Memang perangai blogger ni lazer & macam2 sikit. Tapi kalau org lain boleh handle diorang, kenapa kau tak reti handle? Sepatutnya blogger bernaung bawah UMB dan baik dengan kau. Ni sebaliknya pulak yang berlaku. Memang kau gagal la. Lepas tu kau nak pakai nama UMB untuk justify kegagalan kau tu?

      5. Kau tak payah cakap la pasal ranking. Geli tekak aku baca. Baru-baru ni je ranking korang naik. Bagus la kalau ranking korang dah naik. Tapi cuba la potong rangking blogger pakatan yang sekor tu..alaaa..yang dua alam macam Anwar Ibrahim tu. GAP, HousePK, PapaGomo dll dah penah potong dia dah..korang bila lagi?

      6. Pada aku blogging atau tidak, UMB dibawah kepimpinan kau memang fail. UMB takkan fail sekiranya dipimpin oleh orang lain yang lebih bijak dari kau. Tapi dah kau ni mungkin tak boleh nak fikir pasal malu, tanggungjawab atas kegagalan tu dan gila jawatan, maka kau teruskan jugak buat muka tembok jadi Ketua UMB. Kalau kat Jepun, dah lama dah ketua UMB letak jawatan. Tapi kau tak malu dan terus jugak pegang jawatan sampai kena tukar nanti, kan?

  • Se2

    balaci2 upahan umno dah xsehaluan nampak nye….

  • Pembacablogumno

    Antara Papagomo,Tun Faisal dengan Rockybru,siapa yang dapat bayaran paling tinggi dari UMNO?

  • http://www.facebook.com/people/Lagenda-Novel/100001036993673 Lagenda Novel

    pergaduhan politik…

  • Muhamad_Azlin

    gaduh jangan sampai ICU sudah pelan pelan aje

  • Rzf

    superlynx.. bukan superlinks la bebal

  • Khairul Anuar

    Semua salah! Elok muhasabah diri dan pulang ke pangkal jalan…rapatkan saf..

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com