MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Tuesday, April 22, 2014


Polemik Hassan Ali: Mustapha Ali Keliru Antara Islam Dengan UMNO?

Mustapha Ali Keliru Antara Islam Dengan UMNO?

    December 16, 2011




Oleh:  Iskandar Zulfi

Setiap sesuatu yang baik adalah dari Allah S.W.T, dan setiap yang buruk adalah dari diri sendiri.

Ungkapan ini bagaimanapun tidak relevan bagi ahli-ahli PAS kerana menurut ajaran PAS, setiap apa yang buruk yang berlaku dalam dunia ini adalah salah UMNO.Namun, ini masih tidak dianggap pelik lagi di dalam politik jumud ala PAS.

Yang peliknya ialah apabila sesuatu yang mulia dianggap buruk oleh PAS dan ‘dipersalahkan’ ke atas UMNO juga.

Inilah yang berlaku apabila PAS menyalahkan UMNO atas pendirian Hassan Ali iaitu:

1.      sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja demi:

a)      mempertahankan Islam,

b)      mempertahankan Melayu

c)      mempertahankan Institusi Raja-raja.

Kerana pendirian ini, Hassan Ali kini dipandang serong oleh kepimpinan pusat PAS sehinggakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali menuduh beliau sebagai diperangkap oleh UMNO.

Apakah salah Hassan Ali bila menegaskan yang beliau sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja demi memperjuangkan Islam, Melayu dan institusi Raja?  Apakah salah Hassan Ali bila bercakap tentang perpaduan ummah?

Bukankah apa yang diperkatakannya adalah sesuatu yang mulia dari segi agama? Bukankah semua ini dituntut, iaitu sesuatu yang wajib di dalam Islam iaitu bersatu-padu, membantu kaum sendiri dan patuh kepada Ulil Amri?

Hakikatnya, apa yang Hassan Ali katakan hanyalah apa yang diseru dalam Islam, bukan UMNO.

Bagaimanapun, UMNO, sebagai parti yang mewakili Melayu Islam pastinya menjunjung seruan yang sama.  Hanya PAS sahaja parti yang mewakili Melayu Islam tetapi menolak seruan tersebut.

Bagi penyokong-penyokong PAS yang sukar untuk memahami ayat panjang, inilah ringkasan kesimpulan mengenai sikap PAS terhadap Hassan Ali iaitu:

1.      PAS menolak perpaduan ummah

2.      PAS menentang perjuangan mempertahankan Islam

3.      PAS menentang perjuangan membela Melayu

4.      PAS menentang Institusi Raja-raja

Jika ini tidak benar, kenapa PAS perlu menganggap kata-kata Hassan Ali yang lahir dari kesedaran terhadap ajaran Islam, sebagai hasil dari perangkap politik UMNO?

Sekiranya PAS ikhlas serta tidak terlalu ekstrem berpolitik sehingga membelakangkan agama, PAS pasti mampu melihat bahawa kerjasama sesama pihak yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Institusi Raja akan mengukuhkan lagi bukan sahaja parti PAS tetapi ummah dan juga negara secara keseluruhannya.

Mustapha Ali Keliru Antara Islam Dengan UMNO?http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/12/mustafa-ali.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/12/mustafa-ali-150x150.jpg MyNewsHub
Oleh:  Iskandar Zulfi Setiap sesuatu yang baik adalah dari Allah S.W.T, dan setiap yang buruk adalah dari diri sendiri. Ungkapan ini bagaimanapun tidak relevan bagi ahli-ahli PAS kerana menurut ajaran PAS, setiap apa yang buruk yang berlaku dalam dunia ini adalah salah UMNO.Namun, ini masih tidak dianggap pelik lagi di dalam...
<p style="text-align: justify;">Oleh:  Iskandar Zulfi Setiap sesuatu yang baik adalah dari Allah S.W.T, dan setiap yang buruk adalah dari diri sendiri. Ungkapan ini bagaimanapun tidak relevan bagi ahli-ahli PAS kerana menurut ajaran PAS, setiap apa yang buruk yang berlaku dalam dunia ini adalah salah UMNO.Namun, ini masih tidak dianggap pelik lagi di dalam politik jumud ala PAS. Yang peliknya ialah apabila sesuatu yang mulia dianggap buruk oleh PAS dan ‘dipersalahkan’ ke atas UMNO juga. Inilah yang berlaku apabila PAS menyalahkan UMNO atas pendirian Hassan Ali iaitu: 1.      sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja demi: a)      mempertahankan Islam, b)      mempertahankan Melayu c)      mempertahankan Institusi Raja-raja. Kerana pendirian ini, Hassan Ali kini dipandang serong oleh kepimpinan pusat PAS sehinggakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali menuduh beliau sebagai diperangkap oleh UMNO. Apakah salah Hassan Ali bila menegaskan yang beliau sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja demi memperjuangkan Islam, Melayu dan institusi Raja?  Apakah salah Hassan Ali bila bercakap tentang perpaduan ummah? Bukankah apa yang diperkatakannya adalah sesuatu yang mulia dari segi agama? Bukankah semua ini dituntut, iaitu sesuatu yang wajib di dalam Islam iaitu bersatu-padu, membantu kaum sendiri dan patuh kepada Ulil Amri? Hakikatnya, apa yang Hassan Ali katakan hanyalah apa yang diseru dalam Islam, bukan UMNO. Bagaimanapun, UMNO, sebagai parti yang mewakili Melayu Islam pastinya menjunjung seruan yang sama.  Hanya PAS sahaja parti yang mewakili Melayu Islam tetapi menolak seruan tersebut. Bagi penyokong-penyokong PAS yang sukar untuk memahami ayat panjang, inilah ringkasan kesimpulan mengenai sikap PAS terhadap Hassan Ali iaitu: 1.      PAS menolak perpaduan ummah 2.      PAS menentang perjuangan mempertahankan Islam 3.      PAS menentang perjuangan membela Melayu 4.      PAS menentang Institusi Raja-raja Jika ini tidak benar, kenapa PAS perlu menganggap kata-kata Hassan Ali yang lahir dari kesedaran terhadap ajaran Islam, sebagai hasil dari perangkap politik UMNO? Sekiranya PAS ikhlas serta tidak terlalu ekstrem berpolitik sehingga membelakangkan agama, PAS pasti mampu melihat bahawa kerjasama sesama pihak yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Institusi Raja akan mengukuhkan lagi bukan sahaja parti PAS tetapi ummah dan juga negara secara keseluruhannya. </p>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014