Friday, April 25, 2014


Norman 'Chaiyya Chaiyya' Dibuang Kerja

Norman ‘Chaiyya Chaiyya’ Dibuang Kerja

    December 13, 2011




Anggota polis Indonesia, Norman Kamaru yang popularitinya naik mencanak gara-gara sebuah klip video menunjukkan aksi dia menari sambil menyanyi secara gerak bibir (miming) lagu Hindi, Chaiyya Chaiyya (yang dipopularkan oleh ikon Bollywood, Shah Rukh Khan) telah dibuang kerja.

Saud Usman Nasution, jurucakap polis kebangsaan berkata, Kamaru telah diberhentikan kerana gagal hadir tugas.

“Dia tidak datang selama dua bulan.”

Namun bagi Kamaru, adalah satu kelegaan bila tidak lagi memakai pakaian seragam polisnya itu.

“Saya rasa bebas berpakaian sebegini. Saya rasa selesa.” katanya pada akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Post

Dia dilihat bersahaja dengan berseluar jeans, kemeja-T dan jaket ketika menunggu untuk muncul di rancangan temubual TV.

Difahamkan Kamaru sudah meminta untuk berhenti kerana mahu menjadi artis rakaman namun tidak dibenarkan oleh majikannya.

Ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tidak menghadirkan diri dalam tugas.

Kamaru memberitahu wartawan yang dia tidak kisah dengan pemecatan itu kerana dia hanya ingin mencuba menyanyi.

Jika gagal, katanya – “tidak menjadi masalah.”

“Ada banyak pekerjaan di luar sana. Saya sentiasa boleh jadi pemandu teksi motosikal.”

Norman yang berusia 26 tahun menjadi fenomena dalam sekelip mata. Semua stesen televisyen mengundangnya untuk ditemubual dalam pelbagai program hiburan baik secara langsung mahupun dibuat rakaman awal setelah telatahnya itu tersiar dalam Youtube.

Sebelum terkenal di mata masyarakat, dia anggota pasukan keamanan yang bertugas di Gorontalo.

Kalau sebelum ini, kerjayanya sebagai pegawai polis tidak dipedulikan, tetapi dia kini adalah penghibur Gred A di mata masyarakat Indonesia.

Pengaruh filem Hindi dalam diri Norman sangat kuat. Dia merupakan peminat fanatik karya-karya Bollywood dan seperti dilaporkan media, Norman memiliki 65 keping video cakera padat lagu-lagu Hindi yang dikumpul sejak sekolah lagi.

Seperti yang disebut di awal perenggan tadi, fenomena Norman sangat luar biasa di Indonesia dan menewaskan populariti artis asal yang memasyhurkan lagu Chaiyya Chaiyya, Shah Rukh Khan.

Bermula dengan pengedaran klip videonya menerusi telefon bimbit, di kalangan anggota polis di Gorontalo, video berkenaan kemudiannya tersebar meluas di YouTube.

Apa yang harus diketahui juga, sehingga pukul 5.30 hari Jumaat, 8 Mac lalu, video Norman telah dimuat turun melebihi sejuta tontonan (jumlah tepat ialah 1,035,359 kali).

Jumlah itu jauh meninggalkan versi asal nyanyian Shah Rukh Khan yang hanya dimuat turun sebanyak 113,016 kali.

Norman ‘Chaiyya Chaiyya’ Dibuang Kerjahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/12/75ngvikp.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/12/75ngvikp-150x150.jpg MyNewsHub
Anggota polis Indonesia, Norman Kamaru yang popularitinya naik mencanak gara-gara sebuah klip video menunjukkan aksi dia menari sambil menyanyi secara gerak bibir (miming) lagu Hindi, Chaiyya Chaiyya (yang dipopularkan oleh ikon Bollywood, Shah Rukh Khan) telah dibuang kerja. Saud Usman Nasution, jurucakap polis kebangsaan berkata, Kamaru telah diberhentikan kerana gagal...
Anggota polis Indonesia, Norman Kamaru yang popularitinya naik mencanak gara-gara sebuah klip video menunjukkan aksi dia menari sambil menyanyi secara gerak bibir (miming) lagu Hindi, Chaiyya Chaiyya (yang dipopularkan oleh ikon Bollywood, Shah Rukh Khan) telah dibuang kerja. Saud Usman Nasution, jurucakap polis kebangsaan berkata, Kamaru telah diberhentikan kerana gagal hadir tugas. <strong>"Dia tidak datang selama dua bulan."</strong> <strong>Namun bagi Kamaru, adalah satu kelegaan bila tidak lagi memakai pakaian seragam polisnya itu.</strong> <strong>"Saya rasa bebas berpakaian sebegini. Saya rasa selesa." katanya pada akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Post</strong> Dia dilihat bersahaja dengan berseluar jeans, kemeja-T dan jaket ketika menunggu untuk muncul di rancangan temubual TV. Difahamkan Kamaru sudah meminta untuk berhenti kerana mahu menjadi artis rakaman namun tidak dibenarkan oleh majikannya. Ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tidak menghadirkan diri dalam tugas. Kamaru memberitahu wartawan yang dia tidak kisah dengan pemecatan itu kerana dia hanya ingin mencuba menyanyi. Jika gagal, katanya - "tidak menjadi masalah." "Ada banyak pekerjaan di luar sana. Saya sentiasa boleh jadi pemandu teksi motosikal." Norman yang berusia 26 tahun menjadi fenomena dalam sekelip mata. Semua stesen televisyen mengundangnya untuk ditemubual dalam pelbagai program hiburan baik secara langsung mahupun dibuat rakaman awal setelah telatahnya itu tersiar dalam Youtube. Sebelum terkenal di mata masyarakat, dia anggota pasukan keamanan yang bertugas di Gorontalo. Kalau sebelum ini, kerjayanya sebagai pegawai polis tidak dipedulikan, tetapi dia kini adalah penghibur Gred A di mata masyarakat Indonesia. Pengaruh filem Hindi dalam diri Norman sangat kuat. Dia merupakan peminat fanatik karya-karya Bollywood dan seperti dilaporkan media, Norman memiliki 65 keping video cakera padat lagu-lagu Hindi yang dikumpul sejak sekolah lagi. Seperti yang disebut di awal perenggan tadi, fenomena Norman sangat luar biasa di Indonesia dan menewaskan populariti artis asal yang memasyhurkan lagu Chaiyya Chaiyya, Shah Rukh Khan. Bermula dengan pengedaran klip videonya menerusi telefon bimbit, di kalangan anggota polis di Gorontalo, video berkenaan kemudiannya tersebar meluas di YouTube. Apa yang harus diketahui juga, sehingga pukul 5.30 hari Jumaat, 8 Mac lalu, video Norman telah dimuat turun melebihi sejuta tontonan (jumlah tepat ialah 1,035,359 kali). Jumlah itu jauh meninggalkan versi asal nyanyian Shah Rukh Khan yang hanya dimuat turun sebanyak 113,016 kali. <iframe src="http://www.youtube.com/embed/jsVW-XO9nuY" frameborder="0" width="420" height="315"></iframe>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014