Monday, April 14, 2014


MPSJ: Premis Perbaharui Lesen Perniagaan & Iklan

MPSJ: Premis Perbaharui Lesen Perniagaan & Iklan

    November 21, 2011




KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada pemilik premis yang gagal memperbaharui lesen perniagaan dan iklan bagi tahun 2012.

MPSJ melalui satu kenyataan media memberitahu, adalah menjadi satu kesalahan untuk menjalankan perniagaan dan mempamerkan iklan tanpa mempunyai lesen yang sah dari MPSJ.

Justeru, kata kenyataan itu, pemilik premis boleh membuat pembaharuan lesen bagi tahun 2012 di kaunter Ibu Pejabat MPSJ untuk mengelak dikenakan tindakan.

“Pembaharuan lesen juga boleh dibuat di pejabat cawangan Bandar Puteri Puchong dan Pejabat Cawangan Serdang bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2011,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, pembahuruan lesen boleh dilakukan bagi tempoh tiga tahun mulai tahun 2011bagi lesen-lesen perniagaan yang tidak sensitif dan berisiko kecuali kategori Hiburan, Pusat Siber, Pusat Siber Cafe, Pusat Penjagaan Kesihatan dan yang tidak melibatkan perubahan kadar lesen syarat-syarat tambahan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kadar bayaran lesen perniagaan dan Iklan kekal seperti kadar bayaran pada tahun semasa dan pembayaran pembaharuan lesen boleh dibuat melalui pembayaran secara tunai di kaunter-kaunter perkhidmatan Majlis melalui bayaran secara tunai, cek ataupun melalui my@mpsj menggunakan Visa/Master Card.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pembaharuan lesen boleh menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-80263176/3177/4321 atau dengan melayari laman sesawang MPSJ www.mpsj.gov.my untuk keterangan lanjut. – mynewshub.my

MPSJ: Premis Perbaharui Lesen Perniagaan & Iklanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/11/MPSJ.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/11/MPSJ-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada pemilik premis yang gagal memperbaharui lesen perniagaan dan iklan bagi tahun 2012. MPSJ melalui satu kenyataan media memberitahu, adalah menjadi satu kesalahan untuk menjalankan perniagaan dan mempamerkan iklan tanpa mempunyai lesen yang sah dari MPSJ. Justeru,...
<p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada pemilik premis yang gagal memperbaharui lesen perniagaan dan iklan bagi tahun 2012. MPSJ melalui satu kenyataan media memberitahu, adalah menjadi satu kesalahan untuk menjalankan perniagaan dan mempamerkan iklan tanpa mempunyai lesen yang sah dari MPSJ. Justeru, kata kenyataan itu, pemilik premis boleh membuat pembaharuan lesen bagi tahun 2012 di kaunter Ibu Pejabat MPSJ untuk mengelak dikenakan tindakan. “Pembaharuan lesen juga boleh dibuat di pejabat cawangan Bandar Puteri Puchong dan Pejabat Cawangan Serdang bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2011," kata kenyataan itu. Kata kenyataan itu, pembahuruan lesen boleh dilakukan bagi tempoh tiga tahun mulai tahun 2011bagi lesen-lesen perniagaan yang tidak sensitif dan berisiko kecuali kategori Hiburan, Pusat Siber, Pusat Siber Cafe, Pusat Penjagaan Kesihatan dan yang tidak melibatkan perubahan kadar lesen syarat-syarat tambahan,” kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, kadar bayaran lesen perniagaan dan Iklan kekal seperti kadar bayaran pada tahun semasa dan pembayaran pembaharuan lesen boleh dibuat melalui pembayaran secara tunai di kaunter-kaunter perkhidmatan Majlis melalui bayaran secara tunai, cek ataupun melalui my@mpsj menggunakan Visa/Master Card. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pembaharuan lesen boleh menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-80263176/3177/4321 atau dengan melayari laman sesawang MPSJ www.mpsj.gov.my untuk keterangan lanjut. - mynewshub.my </p>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014