MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 17, 2014


Pesara Anggap Kenaikan 2 % Pencen Satu Rahmat

Pesara Anggap Kenaikan 2 % Pencen Satu Rahmat

    November 18, 2011




Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar

KUALA LUMPUR – Dengan pencennya sebanyak RM800, Sidek Salleh, 57, terpaksa berhemah dalam perbelanjaan bagi memastikan wang itu cukup untuk menampung kehidupan keluarganya setiap bulan.

Mempunyai empat orang anak yang perlu ditanggung, beliau memperuntukkan RM200 untuk barangan keperluan, RM400 untuk sewa rumah, RM100 untuk pembayaran bil air dan elektrik dan baki RM100 sebagai simpanan kecemasan.

Tuntutan hidup memaksa beliau melakukan kerja sampingan seperti memotong rumput untuk mendapatkan duit tambahan bagi menampung kehidupan.

“Pencen dah banyak membantu tetapi masih banyak perbelanjaan yang perlu ditampung. Yang kena bayar macam-macam.

“Kehidupan kami tentu akan baik sikit apabila kerajaan nak beri bayaran khas kepada pesara ketika kakitangan awam dapat bonus. Dapatlah bernafas sikit,” katanya kepada Bernama di sini.

Pengumuman kerajaan untuk melakukan pelarasan pencen dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini kepada pesara kerajaan yang kini berjumlah 600,000 orang, merupakan berita gembira buat Sidek.

“Saya anggap ia sebagai satu rahmat. Walaupun kenaikan pencen cuma dua peratus setahun, ia adalah lebih baik berbanding tidak memperoleh apa-apa. Dua peratus setiap tahun syukurlah dan kalau boleh ditambah lagi di masa depan,” katanya.

Pesara polis itu berkata pemberian itu adalah bukti bahawa kerajaan menghargai dan mengiktiraf sumbangan kakitangannya selama ini.

Seorang lagi pesara yang hanya mahu dikenali sebagai Mustafa, 60, juga menyambut baik pelarasan pencen sebanyak dua peratus setahun mulai tahun 2013.

“Memang pakcik gembira. Ini sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan bebanan kewangan pakcik dan keluarga.

“Terima kasihlah kepada kerajaan sebab tak meminggirkan kumpulan pesara,” katanya kepada Bernama.

Mejar (B) Mohd Yusof Ahmad, 62, pula menganggap pelarasan pencen itu walaupun jumlahnya mungkin sedikit bagi orang lain tetapi sangat besar maknanya kepada pesara.

Katanya ini pertama kali skim pencen menerima pelarasan, sekaligus membuktikan kerajaan benar-benar menghargai serta sentiasa mencari jalan membantu pesara memperbaiki kehidupan harian di kala kos sara hidup meningkat.

“Kami pesara tentera bersyukur dengan sikap prihatin kerajaan kerana sekurang-kurangnya kami boleh melihat kenaikan jumlah pencen,” katanya. – BERNAMA

Pesara Anggap Kenaikan 2 % Pencen Satu Rahmathttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/11/Pesara.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/11/Pesara-150x150.jpg MyNewsHub
Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar KUALA LUMPUR - Dengan pencennya sebanyak RM800, Sidek Salleh, 57, terpaksa berhemah dalam perbelanjaan bagi memastikan wang itu cukup untuk menampung kehidupan keluarganya setiap bulan. Mempunyai empat orang anak yang perlu ditanggung, beliau memperuntukkan RM200 untuk barangan keperluan, RM400 untuk sewa rumah, RM100 untuk pembayaran bil...
Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar KUALA LUMPUR - Dengan pencennya sebanyak RM800, Sidek Salleh, 57, terpaksa berhemah dalam perbelanjaan bagi memastikan wang itu cukup untuk menampung kehidupan keluarganya setiap bulan. Mempunyai empat orang anak yang perlu ditanggung, beliau memperuntukkan RM200 untuk barangan keperluan, RM400 untuk sewa rumah, RM100 untuk pembayaran bil air dan elektrik dan baki RM100 sebagai simpanan kecemasan. Tuntutan hidup memaksa beliau melakukan kerja sampingan seperti memotong rumput untuk mendapatkan duit tambahan bagi menampung kehidupan. "Pencen dah banyak membantu tetapi masih banyak perbelanjaan yang perlu ditampung. Yang kena bayar macam-macam. "Kehidupan kami tentu akan baik sikit apabila kerajaan nak beri bayaran khas kepada pesara ketika kakitangan awam dapat bonus. Dapatlah bernafas sikit," katanya kepada Bernama di sini. Pengumuman kerajaan untuk melakukan pelarasan pencen dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini kepada pesara kerajaan yang kini berjumlah 600,000 orang, merupakan berita gembira buat Sidek. "Saya anggap ia sebagai satu rahmat. Walaupun kenaikan pencen cuma dua peratus setahun, ia adalah lebih baik berbanding tidak memperoleh apa-apa. Dua peratus setiap tahun syukurlah dan kalau boleh ditambah lagi di masa depan," katanya. Pesara polis itu berkata pemberian itu adalah bukti bahawa kerajaan menghargai dan mengiktiraf sumbangan kakitangannya selama ini. Seorang lagi pesara yang hanya mahu dikenali sebagai Mustafa, 60, juga menyambut baik pelarasan pencen sebanyak dua peratus setahun mulai tahun 2013. "Memang pakcik gembira. Ini sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan bebanan kewangan pakcik dan keluarga. "Terima kasihlah kepada kerajaan sebab tak meminggirkan kumpulan pesara," katanya kepada Bernama. Mejar (B) Mohd Yusof Ahmad, 62, pula menganggap pelarasan pencen itu walaupun jumlahnya mungkin sedikit bagi orang lain tetapi sangat besar maknanya kepada pesara. Katanya ini pertama kali skim pencen menerima pelarasan, sekaligus membuktikan kerajaan benar-benar menghargai serta sentiasa mencari jalan membantu pesara memperbaiki kehidupan harian di kala kos sara hidup meningkat. "Kami pesara tentera bersyukur dengan sikap prihatin kerajaan kerana sekurang-kurangnya kami boleh melihat kenaikan jumlah pencen," katanya. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014