Thursday, May 17, 2012


Wanita Belum Berkahwin Dibenarkan Menyusukan Anak Angkat

    November 9, 2011

23 Comments


PUTRAJAYA  – Muzakarah Jawatankuasa  Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa  wanita yang belum berkahwin tetapi mengambil pil  hormon untuk menyusukan anak angkat mereka  dibenarkan berbuat demikian.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (Jakim) melalui e-fatwa, penggunaan  ubat atau suntikan yang tidak mempunyai unsur  haram untuk merangsang pengeluaran susu  badan adalah harus dengan syarat wanita  tersebut telah mencapai umur baligh sama ada  telah berkahwin atau sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, keharusan tersebut  tidak tertakluk kepada seorang lelaki yang  mengubah jantina kepada wanita.

“Keputusan tersebut diambil berdasarkan  pandangan majoriti ulama yang tidak  mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil  terlebih dahulu untuk menyusukan anak.

“Ia seperti mana pandangan mazhab Hanbali,  Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa  seorang perempuan yang hendak menyusukan  seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai  suami yang menyetubuhinya,” menurut kenyataan  itu di www.e-fatwa.gov.my.

Jelas kenyataan itu, Muzakarah Jawatankuasa  Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama  Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13  hingga 15 Oktober lalu telah membincangkan  mengenai hukum wanita menyusukan anak  angkat.

Anggota majlis, katanya, turut memutuskan  bahawa seorang lelaki yang mengahwini wanita  yang menyusukan bayi angkat tersebut secara  tetap telah menjadi mahram kepada anak susuan  tersebut.

“Bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila  cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan  oleh syarak seperti cukup bilangan susuan  hendaklah dengan lima kali penyusuan, susu yang  dihisap mestilah sampai ke perut bayi dan umur  bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan  bulan qamariah (kalendar Islam),” katanya.

Dalam pada itu, muzakarah juga memutuskan  seorang wanita beragama Islam tidak dilarang  untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu  juga sebaliknya.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Many Muslims Take Lightly Edict On Smoking - Jakim
Jakim To Have Talks With Penang Fatwa Council
Tauliah: Untuk Lindungi Kesahihan Ilmu Yang Diajar
Filem Seram Perlu Ikut Garis Panduan - Jakim
Susu PS1M Selamat Untuk Diminum
Menu Rakyat “Halal”: Hanya JAKIM Tentukan Hukum
Jakim Badan Tunggal Pensijilan Halal
Akibat Dendam, Pasangan Suami Isteri Dihukum
Pihak Berkuasa Siasat Susu Formula Di China
Tiada Kesilapan Ejaan Pada Logo Halal: JAKIM
Kad Kahwin Bercetak Ayat Suci Tidak Boleh Dibuang
Harga Susu Segar Mentah Naik?
Geng Susu Kangkang Didakwa
Jakim Tiada Kuasa Larang Lokasi Perniagaan
JAKIM Tak Raih Keuntungan Daripada Sijil Halal

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • kuntom

    makin ramai lah perempuan tak kahwin kat luar sana coz fatwa mcm ni dah kuar…Wanita sekarang akan cenderung mengambil anak angkat dan menyusukan anak tersebut utk menjadi mahram. 

    • http://pulse.yahoo.com/_74FGXQ7Z2SM75IGRI2ZAXD4U2I onizuka

      nak jadi anak angkat jugak la cmtu.. haha

  • http://twitter.com/Melayukininet Melayukini.net

    why not…kalau ada susu la kan? ingat senang ke nak kuar susu..

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    hmmm… walaupun dibenarkn wanita bukan Islam utk menyusukan bayi beragama Islam, aku still prefer wanita Islam.. yelah kan, taknak lah anak aku terima zat2 dari badan yg makan/minum ntah apa2… just pandangan peribadi aku… 

    -bapaknya Akid-

    • Humaira

      setuju sangat… 

  • http://www.facebook.com/people/Asyraf-Muhammad-Nurasyraf/100000577147005 Asyraf Muhammad Nurasyraf

    bukan perempuan yg tengah megandung je ke yg bleh menghasil kn susu?

    ke die makan ubat?

    • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

      loh… kan terang2 artikel nih cakap suntik/telan pil hormon… menda la… *sigh*

      -bapaknya Akid-

  • Sinper09

    mmm sekarang ni dah ada kaedah utk kelurkan susu

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1488404335 Nur Ain

    tak terpikir ke arah ini….

  • Pijai12461

    jika dibenarkan didalam islam adalah tidak menjadi kesalahan pada org islam

  • http://www.facebook.com/people/Aliff-Ridzwan/1742237952 Aliff Ridzwan

    nice information!!

  • shikin amran

    thanks 4 the info!

  • eza

    hurmmm mcm x setuju plak.. huhu

  • Anonymous

    aku ni xtau sngat…tp kalo prmpuan belum kawin susukan bayi..ade susu ke?setau aku mcm xde susu lg..ksian bayi tu..(kalo aku salah,btolkan,jgn hentam)

    • http://www.facebook.com/nurzahirahmohdtajuddin ?????????? ???? ??? ?????

      2la namenye amik pil hormon..da state awal2 paragraph da :)

      • Anonymous

        mkn pil hormon bleh jd cmtu ea…waahh,mknenya rmila bapok3 yg boleh susukan anak..:p

    • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000325713626 Kai Mikazey

      kita mesti kaji pasal wanita ni, mc mana ble ad susu…. ngeh2…..

    • Ielaegois

      :: kan ade pil hormon tu :)

      • Anonymous

        ala..tp skarang xpayah mkn pil hormon pn ramai dh jd ibu sbelum kwin..huhu

    • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002140277817 Azyan Lee Ya

      slalunya tak de lagi..tak tau la kalu ada cara lain..(aku pun ibu jugak)hihih

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1402560171 Ef Garfield

    huhu kalau ada kan

  • Mimiey_momo95

    :)

  • Fiqah Chan

    nice~ ^^

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com