MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Saturday, April 19, 2014


Tindakan Diambil Jika Anjur Seksualiti Merdeka

Tindakan Diambil Jika Anjur Seksualiti Merdeka

    November 6, 2011




KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan ke atas pihak yang mengadakan program Seksualiti Merdeka 2011 di ibu negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata DBKL akan sentiasa memantau bagi menghentikan langkah menghidup atau mempromosi kegiatan tidak bermoral itu.

“DBKL berhak ambil tindakan kerana tiada kelulusan diberi untuk majlis sebegini. Kalau ia dilakukan di premis perniagaan, kita boleh sita dan kalau di premis awam kita akan ambil tindakan (terhadap penganjur),” katanya kepada pemberita pada majlis korban di Jalan Klang Lama di sini, Ahad.

Raja Nong Chik berkata meskipun program seumpama itu diadakan setiap tahun sejak 2008, namun DBKL tidak pernah menerima sebarang aduan disebabkan ia dilakukan tanpa publisiti seperti yang berlaku sekarang.

Majlis korban itu dianjurkan oleh pergerakan Pemuda dan Puteri Umno cawangan Lembah Pantai dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

Sebanyak 30 ekor lembu yang tujuh daripadanya disumbangkan oleh Raja Nong Chik disembelih di Masjid Imam Al-Tirmizi, Taman Sri Sentosa. – BERNAMA

Tindakan Diambil Jika Anjur Seksualiti Merdekahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/11/Tindakan-Diambil-Jika-Anjur-Seksualiti-Merdeka.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/11/Tindakan-Diambil-Jika-Anjur-Seksualiti-Merdeka-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan ke atas pihak yang mengadakan program Seksualiti Merdeka 2011 di ibu negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Beliau berkata DBKL akan sentiasa memantau bagi menghentikan langkah menghidup atau mempromosi kegiatan...
<p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan ke atas pihak yang mengadakan program Seksualiti Merdeka 2011 di ibu negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Beliau berkata DBKL akan sentiasa memantau bagi menghentikan langkah menghidup atau mempromosi kegiatan tidak bermoral itu. "DBKL berhak ambil tindakan kerana tiada kelulusan diberi untuk majlis sebegini. Kalau ia dilakukan di premis perniagaan, kita boleh sita dan kalau di premis awam kita akan ambil tindakan (terhadap penganjur)," katanya kepada pemberita pada majlis korban di Jalan Klang Lama di sini, Ahad. Raja Nong Chik berkata meskipun program seumpama itu diadakan setiap tahun sejak 2008, namun DBKL tidak pernah menerima sebarang aduan disebabkan ia dilakukan tanpa publisiti seperti yang berlaku sekarang. Majlis korban itu dianjurkan oleh pergerakan Pemuda dan Puteri Umno cawangan Lembah Pantai dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Sebanyak 30 ekor lembu yang tujuh daripadanya disumbangkan oleh Raja Nong Chik disembelih di Masjid Imam Al-Tirmizi, Taman Sri Sentosa. - BERNAMA </p>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • FikriAdhiey

    selamat mendirikan rumah tangga…

    Public CommentUserselamat mendirikan rumah tangga...
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002537509115 Xixa Xixo

    wah !! sweet ! hope kekal smpai ke akhir hayat ;)

    Public CommentUserwah !! sweet ! hope kekal smpai ke akhir hayat ;)
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=755829754 Hanis Farzana

    nak beraya ngn tunang gak la.. ;p

    Public CommentUsernak beraya ngn tunang gak la.. ;p


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014