MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Sunday, April 20, 2014


KPN Sedia Bertemu Penganjur Seksualiti Merdeka 2011

KPN Sedia Bertemu Penganjur Seksualiti

    November 6, 2011




KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sedia bertemu dengan penganjur program ‘Seksualiti Merdeka 2011′ untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penganjuran program itu.

“Saya tiada masalah untuk berjumpa (dengan penganjur). Saya boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja asalkan ada tujuan… sebab kita bercakap soal keamanan. Saya tidak mahu tanggung apa-apa risiko yang boleh gugat keamanan negara,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Hari Raya Aidiladha di Masjid Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan media semalam, penganjur program berhasrat untuk berjumpa dengan Ismail bagi menerangkan tujuan sebenar program berkenaan.

Menurut kenyataan itu, penganjur sedih dan terkilan apabila orang ramai termasuk wakil rakyat memilih untuk terus menganiaya, mencaci dan bersangka buruk berhubung acara-acara anjuran mereka.

Ismail berkata polis bagaimanapun tetap akan menyiasat penganjuran program itu mengikut sistem dan lunas undang-undang yang sedia ada.

Mengulas mengenai penganjur program itu termasuk membabitkan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S.Ambiga yang akan diambil keterangan, Ismail berkata pihaknya akan tetap mengambil keterangan daripada mereka dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan berhubung program terbabit.

“Ambiga dan lain-lain penganjur diarah untuk diambil keterangan. Saya telah menyerahkan kepada pegawai saya untuk siasat,” katanya.

Program yang diadakan buat kali keempat sejak 2008, sepatutnya bermula 2 hingga 13 Nov tidak diteruskan oleh penganjur selepas mendapat tentangan hebat pelbagai pihak ekoran program terbabit didakwa memperkasakan hak golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual di negara ini. – BERNAMA

KPN Sedia Bertemu Penganjur Seksualitihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/11/ismail.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/11/ismail.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sedia bertemu dengan penganjur program 'Seksualiti Merdeka 2011' untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penganjuran program itu. 'Saya tiada masalah untuk berjumpa (dengan penganjur). Saya boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja asalkan ada tujuan... sebab kita bercakap soal keamanan. Saya tidak mahu...
<p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sedia bertemu dengan penganjur program 'Seksualiti Merdeka 2011' untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penganjuran program itu.</p> "Saya tiada masalah untuk berjumpa (dengan penganjur). Saya boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja asalkan ada tujuan... sebab kita bercakap soal keamanan. Saya tidak mahu tanggung apa-apa risiko yang boleh gugat keamanan negara," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Hari Raya Aidiladha di Masjid Bukit Antarabangsa di sini hari ini. Dalam satu kenyataan media semalam, penganjur program berhasrat untuk berjumpa dengan Ismail bagi menerangkan tujuan sebenar program berkenaan. Menurut kenyataan itu, penganjur sedih dan terkilan apabila orang ramai termasuk wakil rakyat memilih untuk terus menganiaya, mencaci dan bersangka buruk berhubung acara-acara anjuran mereka. Ismail berkata polis bagaimanapun tetap akan menyiasat penganjuran program itu mengikut sistem dan lunas undang-undang yang sedia ada. Mengulas mengenai penganjur program itu termasuk membabitkan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S.Ambiga yang akan diambil keterangan, Ismail berkata pihaknya akan tetap mengambil keterangan daripada mereka dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan berhubung program terbabit. "Ambiga dan lain-lain penganjur diarah untuk diambil keterangan. Saya telah menyerahkan kepada pegawai saya untuk siasat," katanya. Program yang diadakan buat kali keempat sejak 2008, sepatutnya bermula 2 hingga 13 Nov tidak diteruskan oleh penganjur selepas mendapat tentangan hebat pelbagai pihak ekoran program terbabit didakwa memperkasakan hak golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual di negara ini. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014