- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
KUALA LUMPUR – Kumpulan penganjur Seksualiti Merdeka 2011 merasa bangga kerana polis melihat mereka sebagai satu kumpulan yang penting dan sama taraf dengan perhimpunan haram Bersih 2.0.
Jurucakapnya, Pang berkata, pengharaman itu membuktikan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu terus berjuang untuk hak mereka.
“Generasi akan datang akan merasa malu suatu hari nanti kerana nenek moyang mereka mengharamkan kami.
“Sementara itu, kami akan terus menjadi tidak terperi, untuk disayangi dan berbangga dengan diri kami,” katanya di sini hari ini.
Pang menyatakan demikian sebagai reaksi ke atas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bahawa polis mengharamkan semua aktiviti yang berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka yang didakan bermula 1 hingga 13 November ini.
Program berkenaan pada asalnya dijadual untuk dilancarkan oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan pada 9 November ini bertempat di Galeri Annexxe di sini.
Program itu juga mendapat sokongan padu daripada Majlis Peguam.
Pang berkata, mereka adalah golongan yang tidak bersalah dan hak mereka juga penting.
“Sejarah tidak menyebelahi anda,” katanya.
Iklan Teks:


