MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 17, 2014


Apa Ada Pada Festival Seksualiti Merdeka?

Apa Ada Pada Festival Seksualiti Merdeka?

    November 3, 2011




KUALA LUMPUR – Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai Festival Seksualiti 2011 yang sedang hangat diperkatakan sekarang ekoran ia dianjurkan untuk memperjuangkan golongan ‘lesbian, gay, transgender dan bi-seksual’ (LGBT) di negara ini.

Festival ini mendapat perhatian ramai setelah beberapa pertubuhan Melayu dan Islam tampil mengkritik penganjurannya yang dikatakan tidak bermoral, menjijikkan, tidak selaras dengan sebuah negara Islam dan mampu mencetus kontroversi yang mengancam keselamatan negara.

Antara yang menentang festival berkenaan ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin, Gabungan NGO Malaysia (GNM), Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan banyak lagi.

Bagaimanapun, beberapa NGO lain tampil menyokong festival berkenaan malah bertindak sebagai penganjur program kontroversi tersebut.

Antara NGO yang terlibat secara langsung dengan festival itu adalah Majlis Peguam Malaysia, Amnesty International Malaysia, KL Word, Justice For Sister, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM, Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Tenaganita dan EMPOWER.

Apa sebenarnya yang ada di dalam festival tersebut sehingga ia menjadi topik perdebatan hangat di kalangan rakyat negara ini?

Festival yang bertemakan “Queer Without Fear” itu diadakan bertujuan untuk mencari mekanisma terbaik bagi menyuarakan hak asasi kemanusiaan bagi golongan LGBT di negara ini, terutamanya mendapatkan hak pengiktirafan hak tersebut dari kerajaan.

Menurut laman web rasmi festival tersebut, www.seksualitimerdeka.org, program itu diadakan bermula pada 1 November sehingga 13 November bertempat di Galeri Annexxe, di sini.

Pelancaran program tersebut akan disempurnakan oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan pada 9 November ini dilokasi yang sama.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung di festival tersebut ialah pameran poster, pengakuan kabaret, mini konsert Rainbow Massacre, pelancaran buku, perbicaraan olok-olok, bengkel dan banyak lagi.

Pameran poster yang berkonsepkan mesra LGBT itu akan memaparkan beberapa poster bermotifkan persamaan hak asasi golongan ‘luar tabii’ tersebut, hasil karya artis seperti Fahmi Reza, Shahril Nizam, Donald Abraham, Sheiko, Bibi Chun dan ramai lagi.

Sesi Pengakuan Kabaret pula menampilkan beberapa selebriti seperti Alfian Sa’at, Gyorgy Furioso, dan Pang Khee Teik yang akan berkongsi pengakuan mengenai kehidupan seksualiti mereka secara terperinci dengan pengunjung majlis berkenaan.

Selain itu, pada 11, 12, dan 13 November pula akan diadakan mini konsert,“Love Out Loud”, dimana akan mempersembahkan nyanyian ‘lagu rasmi’ golongan LGBT yang akan disampaikan oleh beberapa penyanyi tempatan dan diserikan dengan kemunculan diva-diva pondan.

Sementara itu, sebuah perbicaraan olok-olok pula akan diadakan dengan kerjasama Majlis Peguam, Pusat Rakyat LoyarBurok dan Kempen MyConstitution, di mana ia akan mengisahkan perbicaraan kes berkenaan LGBT dan Kementerian ‘Kawalan Populasi’.

Kemudian, pada hari terakhir festival berkenaan, 13 November, akan diadakan bengkel “Fierce & Fabulous: Shelah’s Finishing School for Drag Queen” yang akan mengajar cara-cara untuk menjadi Ratu Makyah, yang akan disampaikan sendiri oleh bintang maknyah terkenal, Shelah.

Festival khas untuk LGBT itu juga akan menganjurkan forum terbuka kepada umum bertajuk ‘Hak Asasi Manusia Untuk LGBTIQ: Jadikannya kenyataan di Malaysia!’ yang telah berlangsung semalam dan malam ini pula bertajuk ‘Sembilan hingga Lima: Hak Seksualiti Di Tempat Kerja’.

Manakala pada 5 November ini pula akan diadakan konsert amal, “Justice For Sisters: Nyah Rights Now!” yang dijangka bakal mencetus kontroversi di mana tujuannya diadakan untuk memperjuangkan hak golongan maknyah dari sudut perundangan negara.

Sejak merdeka, kerajaan berpendirian untuk tidak mengiktiraf hak golongan LGBT, manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya sebelum ini dengan beberapa media asing berkaitan hal tersebut, menyokong perjuangan golongan itu dengan alasan hak asasi kemanusiaan.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Hak Asasi Gay dan Lesbian Antarabangsa (IGLHRC) di dalam artikelnya yang bertajuk “Malaysia: In This Country, An Accusation of Sodomy Is Defamation of Character”, menggesa agar seluruh golongan LGBT di negara ini menyokong dan memperjuangkan Anwar. –Mynewshub.my

Apa Ada Pada Festival Seksualiti Merdeka?http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/11/Apa-Ada-Pada-Festival-Seksualiti-Merdeka.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/11/Apa-Ada-Pada-Festival-Seksualiti-Merdeka-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR – Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai Festival Seksualiti 2011 yang sedang hangat diperkatakan sekarang ekoran ia dianjurkan untuk memperjuangkan golongan ‘lesbian, gay, transgender dan bi-seksual’ (LGBT) di negara ini. Festival ini mendapat perhatian ramai setelah beberapa pertubuhan Melayu dan Islam tampil mengkritik penganjurannya yang dikatakan tidak bermoral, menjijikkan,...
<p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR – Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai Festival Seksualiti 2011 yang sedang hangat diperkatakan sekarang ekoran ia dianjurkan untuk memperjuangkan golongan ‘lesbian, gay, transgender dan bi-seksual’ (LGBT) di negara ini.</p> Festival ini mendapat perhatian ramai setelah beberapa pertubuhan Melayu dan Islam tampil mengkritik penganjurannya yang dikatakan tidak bermoral, menjijikkan, tidak selaras dengan sebuah negara Islam dan mampu mencetus kontroversi yang mengancam keselamatan negara. Antara yang menentang festival berkenaan ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin, Gabungan NGO Malaysia (GNM), Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan banyak lagi. Bagaimanapun, beberapa NGO lain tampil menyokong festival berkenaan malah bertindak sebagai penganjur program kontroversi tersebut. Antara NGO yang terlibat secara langsung dengan festival itu adalah Majlis Peguam Malaysia, Amnesty International Malaysia, KL Word, Justice For Sister, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM, Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Tenaganita dan EMPOWER. Apa sebenarnya yang ada di dalam festival tersebut sehingga ia menjadi topik perdebatan hangat di kalangan rakyat negara ini? Festival yang bertemakan “Queer Without Fear” itu diadakan bertujuan untuk mencari mekanisma terbaik bagi menyuarakan hak asasi kemanusiaan bagi golongan LGBT di negara ini, terutamanya mendapatkan hak pengiktirafan hak tersebut dari kerajaan. Menurut laman web rasmi festival tersebut, www.seksualitimerdeka.org, program itu diadakan bermula pada 1 November sehingga 13 November bertempat di Galeri Annexxe, di sini. Pelancaran program tersebut akan disempurnakan oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan pada 9 November ini dilokasi yang sama. Antara aktiviti yang bakal berlangsung di festival tersebut ialah pameran poster, pengakuan kabaret, mini konsert Rainbow Massacre, pelancaran buku, perbicaraan olok-olok, bengkel dan banyak lagi. Pameran poster yang berkonsepkan mesra LGBT itu akan memaparkan beberapa poster bermotifkan persamaan hak asasi golongan ‘luar tabii’ tersebut, hasil karya artis seperti Fahmi Reza, Shahril Nizam, Donald Abraham, Sheiko, Bibi Chun dan ramai lagi. Sesi Pengakuan Kabaret pula menampilkan beberapa selebriti seperti Alfian Sa’at, Gyorgy Furioso, dan Pang Khee Teik yang akan berkongsi pengakuan mengenai kehidupan seksualiti mereka secara terperinci dengan pengunjung majlis berkenaan. Selain itu, pada 11, 12, dan 13 November pula akan diadakan mini konsert,“Love Out Loud”, dimana akan mempersembahkan nyanyian ‘lagu rasmi’ golongan LGBT yang akan disampaikan oleh beberapa penyanyi tempatan dan diserikan dengan kemunculan diva-diva pondan. Sementara itu, sebuah perbicaraan olok-olok pula akan diadakan dengan kerjasama Majlis Peguam, Pusat Rakyat LoyarBurok dan Kempen MyConstitution, di mana ia akan mengisahkan perbicaraan kes berkenaan LGBT dan Kementerian ‘Kawalan Populasi’. Kemudian, pada hari terakhir festival berkenaan, 13 November, akan diadakan bengkel “Fierce & Fabulous: Shelah’s Finishing School for Drag Queen” yang akan mengajar cara-cara untuk menjadi Ratu Makyah, yang akan disampaikan sendiri oleh bintang maknyah terkenal, Shelah. Festival khas untuk LGBT itu juga akan menganjurkan forum terbuka kepada umum bertajuk ‘Hak Asasi Manusia Untuk LGBTIQ: Jadikannya kenyataan di Malaysia!’ yang telah berlangsung semalam dan malam ini pula bertajuk ‘Sembilan hingga Lima: Hak Seksualiti Di Tempat Kerja’. Manakala pada 5 November ini pula akan diadakan konsert amal, “Justice For Sisters: Nyah Rights Now!” yang dijangka bakal mencetus kontroversi di mana tujuannya diadakan untuk memperjuangkan hak golongan maknyah dari sudut perundangan negara. Sejak merdeka, kerajaan berpendirian untuk tidak mengiktiraf hak golongan LGBT, manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya sebelum ini dengan beberapa media asing berkaitan hal tersebut, menyokong perjuangan golongan itu dengan alasan hak asasi kemanusiaan. Sehubungan itu, Suruhanjaya Hak Asasi Gay dan Lesbian Antarabangsa (IGLHRC) di dalam artikelnya yang bertajuk “Malaysia: In This Country, An Accusation of Sodomy Is Defamation of Character”, menggesa agar seluruh golongan LGBT di negara ini menyokong dan memperjuangkan Anwar. –Mynewshub.my

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • hamba Allah

    Dan ketika Luth berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu
    benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang belum pernah
    dikerjakan oleh seorangpun dari umat-umat sebelum kamu”. (28) Apakah
    sesungguhnya kamu patut mendatangi laki-laki, menyamun dan mengerjakan
    kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu? Maka jawaban kaumnya tidak
    lain hanya mengatakan: “Datangkanlah kepada kami azab Allaha, jika kamu
    termasuk orang-orang yang benar”. (29) Luth berdo’a: “Ya Tuhanku,
    tolonglah aku atas kaum yang berbuat kerusakan itu”. (30) Al Ankabot

    Mengapa
    kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, (165) dan kamu
    tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan
    kamu adalah orang-orang yang melampaui batas”. (166) Mereka menjawab:
    “Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu
    termasuk orang-orang yang diusir” (167) Luth berkata: “Sesungguhnya aku
    sangat benci kepada perbuatanmu”. (168) Al Shuara

    Dan
    tatkala datang utusan-utusan Kami itu kepada Luth, dia merasa susah dan
    merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: “Ini
    adalah hari yang amat sulit.”(77) Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan
    bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan
    perbuatan-perbuatan yang keji, Luth berkata: “Hai kaumku, inilah
    puteri-puteriku mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allaha
    dan janganlah kamu mencemarkanku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di
    antaramu seorang yang berakal?” (78) Mereka menjawab: “Sesungguhnya kamu
    telah tahu bahwa kami tidak mempunyai keinginan terhadap
    puteri-puterimu, dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang
    sebenarnya kami kehendaki.” (79) Hud

    Dan
    datanglah penduduk Madinah dengan gembira kedatangan tamu-tamu itu. (67)
    Luth berkata: “Sesungguhnya mereka adalah tamuku; maka janganlah kamu
    memberi malu, (68) dan bertakwalah kepada Allaha dan janganlah kamu
    membuat aku terhina”. (69) Mereka berkata: “Dan bukankah kami telah
    melarangmu dari manusia?”(70) Luth berkata: “Inilah puteri-puteriku,
    jika kamu hendak berbuat”. (71) Al Hajara

    Public CommentUserDan ketika Luth berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun dari umat-umat sebelum kamu". (28) Apakah sesungguhnya kamu patut mendatangi laki-laki, menyamun dan mengerjakan kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu? Maka jawaban kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Datangkanlah kepada kami azab Allaha, jika kamu termasuk orang-orang yang benar". (29) Luth berdo’a: "Ya Tuhanku, tolonglah aku atas kaum yang berbuat kerusakan itu". (30) Al Ankabot Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, (165) dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas". (166) Mereka menjawab: "Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang-orang yang diusir" (167) Luth berkata: "Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu". (168) Al Shuara Dan tatkala datang utusan-utusan Kami itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: "Ini adalah hari yang amat sulit."(77) Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, Luth berkata: "Hai kaumku, inilah puteri-puteriku mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allaha dan janganlah kamu mencemarkanku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?" (78) Mereka menjawab: "Sesungguhnya kamu telah tahu bahwa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu, dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki." (79) Hud Dan datanglah penduduk Madinah dengan gembira kedatangan tamu-tamu itu. (67) Luth berkata: "Sesungguhnya mereka adalah tamuku; maka janganlah kamu memberi malu, (68) dan bertakwalah kepada Allaha dan janganlah kamu membuat aku terhina". (69) Mereka berkata: "Dan bukankah kami telah melarangmu dari manusia?"(70) Luth berkata: "Inilah puteri-puteriku, jika kamu hendak berbuat". (71) Al Hajara


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014