Friday, April 25, 2014


53,300 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

53,300 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

    October 31, 2011




PUTRAJAYA – Sebanyak 53,300 ekor lembu disediakan  untuk ibadah korban bersempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, jumlah itu dijangka mencukupi untuk ibadah tersebut di Malaysia.

“Sebanyak 47,000 lembu daging hidup itu diimport dari Australia, 4,000 diimport dari Thailand dan selebihnya adalah sumber dari dalam negara,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata, lembu-lembu dari Thailand dan Australia diimport oleh syarikat-syarikat yang telah diberi permit oleh pihak berkuasa.

Manakala, kata beliau, lembu hidup dalaman diperoleh dari projek-projek integrasi Felda dan Risda di seluruh negara.

Beliau turut mengulas harga ayam, daging lembu dan kambing di pasaran runcit sempena sambutan Aidiladha ini yang dijangkakan stabil hingga tiba musim perayaan.

Menurutnya, jangkaan itu dibuat berdasarkan persediaan awal dan bekalan yang mencukupi yang sudah dilaksanakan untuk menampung permintaan pengguna.

Tambahnya,  harga ayam runcit/sembelih adalah RM7.80 sekilogram, daging lembu tempatan RM22.50 sekilogram dan daging kerbau India RM12 sekilogram.

Jelasnya, daging kambing tempatan RM32 sekilogram dan harga daging kambing import pula adalah RM28 sekilogram.

 

53,300 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korbanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/53300-Ekor-Lembu-Untuk-Ibadah-Korban.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/53300-Ekor-Lembu-Untuk-Ibadah-Korban-150x150.jpg MyNewsHub
PUTRAJAYA - Sebanyak 53,300 ekor lembu disediakan  untuk ibadah korban bersempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, jumlah itu dijangka mencukupi untuk ibadah tersebut di Malaysia. “Sebanyak 47,000 lembu daging hidup itu diimport dari Australia, 4,000 diimport dari Thailand dan selebihnya...
<p style="text-align: justify;">PUTRAJAYA - Sebanyak 53,300 ekor lembu disediakan  untuk ibadah korban bersempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.</p> Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, jumlah itu dijangka mencukupi untuk ibadah tersebut di Malaysia. <strong>“Sebanyak 47,000 lembu daging hidup itu diimport dari Australia, 4,000 diimport dari Thailand dan selebihnya adalah sumber dari dalam negara,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.</strong> Abdul Aziz berkata, lembu-lembu dari Thailand dan Australia diimport oleh syarikat-syarikat yang telah diberi permit oleh pihak berkuasa. Manakala, kata beliau, lembu hidup dalaman diperoleh dari projek-projek integrasi Felda dan Risda di seluruh negara. Beliau turut mengulas harga ayam, daging lembu dan kambing di pasaran runcit sempena sambutan Aidiladha ini yang dijangkakan stabil hingga tiba musim perayaan. Menurutnya, jangkaan itu dibuat berdasarkan persediaan awal dan bekalan yang mencukupi yang sudah dilaksanakan untuk menampung permintaan pengguna. <strong>Tambahnya,  harga ayam runcit/sembelih adalah RM7.80 sekilogram, daging lembu tempatan RM22.50 sekilogram dan daging kerbau India RM12 sekilogram.</strong> Jelasnya, daging kambing tempatan RM32 sekilogram dan harga daging kambing import pula adalah RM28 sekilogram.  

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014