Saturday, April 12, 2014

Kumpulan ‘Janda-Janda Elite’

Kumpulan ‘Janda-Janda Elite’

October 30, 2011

KUALA LUMPUR – Siapa yang mampu menafikan populariti kumpulan ELITE yang pernah digelar ‘Spice Girls Malaysia’ mencetus fenomena industri hiburan tanahair dan menjadi ikutan para peminat suatu ketika dahulu.

Kumpulan yang dianggotai oleh lima orang gadis jelita iaitu Sasha, Abby, Watie, Linda dan Watie ditubuhkan pada tahun 1996 serta merupakan artis rakaman pertama yang bernaung di bawah KRU Records dengan genre muzik pop.

Setelah kumpulan tersebut berpecah, anggota-anggota kumpulan itu yang masih diminati ramai itu membawa haluan masing-masing dan mereka seorang demi seorang mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan masing-masing.

Bagaimanapun, malang kepada kelima-lima pengasas kumpulan itu apabila jodoh yang terbina tidak berkekalan sebagaimana yang diharapkan dan berakhir dengan penceraian.

Sasha Saidin pernah mendirikan rumah tangga dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London.

Namun belum pun sempat meraikan ulangtahun kedua perkahwinannya Sasha mengakui sudah berpisah dengan suaminya itu akibat tiada kesefahaman dan kemudiannya bergelar janda.

Namun kini, hidup Sasha sudah kembali bertemanpada tahun 2007 apabila melangsungkan perkahwinan keduanya dengan teman lamanya, Salyo Priyanto, seorang warga Indonesia.

Norwati Sadali atau Watie pula dikatakan pernah bernikah dengan seorang warga Singapura dan kemudiannya bercerai selepas melahirkan seorang anak yang bernama ‘Angelina’.

Watie yang sudah sekian lama bergelar janda itu kini hangat bercinta dengan vokalis kumpulan Exist, Joey, dan dikatakan menjadi punca penceraian teman lelakinya itu dengan bekas isterinya, Noraini Mohamad Nasir, baru-baru ini.

Azza atau nama sebenarnya, Nor Azzarima Zawari pula pernah berkahwin dengan bekas suami penyanyi jelita dari Sarawak, Camelia, iaitu Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001, di Masjid Jamek, Kg Baru, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, jodoh mereka juga tidak panjang apabila bercerai pada tahun 2005 dan Azza yang ketika itu menyembunyikan status jandanya mendedahkan penceraiannya dengan Ehsan dua tahun selepas berpisah.

Linda atau Azlinda Rafar yang pernah digosipkan dengan anggota kumpulan KRU, Edry, disahkan sebagai isteri kepada pelumba kereta, Keifli Datuk Othman, pada 1 Mei 1999 di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Shah Alam.

Bagaimanapun, pada pagi 5 Ogos 2004, Keifli melafazkan talak satu menceraikan Linda di depan Hakim Syarie Shukuran Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam setelah mengakui tiada persehaman lagi di antara mereka berdua.

Namun, pada 2 Disember 2006, Linda sekali lagi diijabkabulkan dengan Syed Kamarulzaman Syed Mahmood atau lebih dikenali sebagai ‘Syed Aiman’ di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dan jodoh mereka masih kekal hingga kini.

Abby Abadi atau Arbaiyah Abdul Manan pula bernikah dengan Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali dengan Norman Hakim pada 11 Januari 2002 dan kemudiannya bercerai untuk masa yang singkat sebelum rujuk kembali kemudiaannya.

Bagaimanapun, pasangan yang dikurniakan tiga orang cahayamata yang comel-comel  Danish Hakim, Marisa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim itu gagal mempertahankan mahligai mereka apabila bercerai untuk kali kedua pada 18 Disember 2008.

Dengan penceraian Abby tersebut, maka ia melengkapkan ‘badi penceraian’ terhadap kumpulan ELITE dengan kesemua pengasasnya pernah berstatus ‘janda’.

Apapun jodoh dan masa depan mereka, kita berdoa agar kehidupan pengasas-pengasas kumpulan yang pernah popular dengan lagu ‘Tamparan Wanita’ itu mendapat jodoh yang berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Kumpulan ‘Janda-Janda Elite’http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/Kumpulan-‘Janda-Janda-Elite’1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/Kumpulan-‘Janda-Janda-Elite’1-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR – Siapa yang mampu menafikan populariti kumpulan ELITE yang pernah digelar ‘Spice Girls Malaysia’ mencetus fenomena industri hiburan tanahair dan menjadi ikutan para peminat suatu ketika dahulu. Kumpulan yang dianggotai oleh lima orang gadis jelita iaitu Sasha, Abby, Watie, Linda dan Watie ditubuhkan pada tahun 1996 serta merupakan...

KUALA LUMPUR – Siapa yang mampu menafikan populariti kumpulan ELITE yang pernah digelar ‘Spice Girls Malaysia’ mencetus fenomena industri hiburan tanahair dan menjadi ikutan para peminat suatu ketika dahulu.
Kumpulan yang dianggotai oleh lima orang gadis jelita iaitu Sasha, Abby, Watie, Linda dan Watie ditubuhkan pada tahun 1996 serta merupakan artis rakaman pertama yang bernaung di bawah KRU Records dengan genre muzik pop. Setelah kumpulan tersebut berpecah, anggota-anggota kumpulan itu yang masih diminati ramai itu membawa haluan masing-masing dan mereka seorang demi seorang mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan masing-masing. Bagaimanapun, malang kepada kelima-lima pengasas kumpulan itu apabila jodoh yang terbina tidak berkekalan sebagaimana yang diharapkan dan berakhir dengan penceraian. Sasha Saidin pernah mendirikan rumah tangga dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London. Namun belum pun sempat meraikan ulangtahun kedua perkahwinannya Sasha mengakui sudah berpisah dengan suaminya itu akibat tiada kesefahaman dan kemudiannya bergelar janda. Namun kini, hidup Sasha sudah kembali bertemanpada tahun 2007 apabila melangsungkan perkahwinan keduanya dengan teman lamanya, Salyo Priyanto, seorang warga Indonesia. Norwati Sadali atau Watie pula dikatakan pernah bernikah dengan seorang warga Singapura dan kemudiannya bercerai selepas melahirkan seorang anak yang bernama ‘Angelina’. Watie yang sudah sekian lama bergelar janda itu kini hangat bercinta dengan vokalis kumpulan Exist, Joey, dan dikatakan menjadi punca penceraian teman lelakinya itu dengan bekas isterinya, Noraini Mohamad Nasir, baru-baru ini. Azza atau nama sebenarnya, Nor Azzarima Zawari pula pernah berkahwin dengan bekas suami penyanyi jelita dari Sarawak, Camelia, iaitu Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001, di Masjid Jamek, Kg Baru, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, jodoh mereka juga tidak panjang apabila bercerai pada tahun 2005 dan Azza yang ketika itu menyembunyikan status jandanya mendedahkan penceraiannya dengan Ehsan dua tahun selepas berpisah. Linda atau Azlinda Rafar yang pernah digosipkan dengan anggota kumpulan KRU, Edry, disahkan sebagai isteri kepada pelumba kereta, Keifli Datuk Othman, pada 1 Mei 1999 di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Shah Alam. Bagaimanapun, pada pagi 5 Ogos 2004, Keifli melafazkan talak satu menceraikan Linda di depan Hakim Syarie Shukuran Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam setelah mengakui tiada persehaman lagi di antara mereka berdua. Namun, pada 2 Disember 2006, Linda sekali lagi diijabkabulkan dengan Syed Kamarulzaman Syed Mahmood atau lebih dikenali sebagai ‘Syed Aiman’ di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dan jodoh mereka masih kekal hingga kini. Abby Abadi atau Arbaiyah Abdul Manan pula bernikah dengan Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali dengan Norman Hakim pada 11 Januari 2002 dan kemudiannya bercerai untuk masa yang singkat sebelum rujuk kembali kemudiaannya. Bagaimanapun, pasangan yang dikurniakan tiga orang cahayamata yang comel-comel  Danish Hakim, Marisa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim itu gagal mempertahankan mahligai mereka apabila bercerai untuk kali kedua pada 18 Disember 2008. Dengan penceraian Abby tersebut, maka ia melengkapkan ‘badi penceraian’ terhadap kumpulan ELITE dengan kesemua pengasasnya pernah berstatus ‘janda’. Apapun jodoh dan masa depan mereka, kita berdoa agar kehidupan pengasas-pengasas kumpulan yang pernah popular dengan lagu ‘Tamparan Wanita’ itu mendapat jodoh yang berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
• http://twitter.com/ili_zana Saya ili

Teman sejati…u jump i jump..u menjanda..i pun menjanda..

Public CommentUserTeman sejati...u jump i jump..u menjanda..i pun menjanda..

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014