Thursday, May 17, 2012


Abby Abadi Putus Cinta Dengan Zul Ariffin

    October 26, 2011

47 Comments


KUALA LUMPUR – Setelah menyepikan diri akibat dilanda tekanan sejak akhir-akhir ini, pelakon wanita terkenal, Abby Abadi mengaku putus cinta dengan Zul Ariffin, pelakon lelaki yang pernah berganding dengannya di dalam drama bersiri popular, Gerak Khas.

Menurut Abby, meskipun dia sangat menyayangi Zul, hubungan antara mereka terpaksa berakhir dengan perpisahan atas beberapa sebab yang enggan dijelaskan.

“Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu… Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah…. nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, …. tp, takpelah….. Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg.

“Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada :) Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni. :(,” kata Abby di blog rasminya, absolulutelyabbyabadi.blogspot.com.

Menceritakan mengenai hubungannya dengan pelakon lelaki kacak itu, Abby memberitahu bahawa dia mula rapat dengan Zul sejak tiga tahun lepas selepas berpisah dengan bekas suaminya, Norman Hakim, yang ditangkap basah dengan pelakon baru, Memey, ketika itu.

Menulis mengenai kenangan awal perkenalan mereka itu, Abby tidak dapat menafikan bahawa Zul mendapat banyak sokongan darinya sehingga pada satu ketika bekas teman lelakinya itu pernah dikenali sebagai “Zul Abby”.

“Walaupun mgkn kalau tiada Sy pun, dia buleh dpt apa yg dia nk, tp dah tertulis…. kehadiran dia dlm industri ini mmg awalnya dikenali dgn nama ‘Zul Abby’,” cerita Abby lagi.

Pada Abby, Zul memang punya potensi besar di dalam bidang lakonan dan mengaku bahawa dia merupakan peminat setia pelakon kacak tersebut.

“Ikhlas dr hati, sememangnya Zul berbakat besar, sgt ‘cepat belajar’ & lakonannya, Sy sendiripun ‘rasa’ & ‘suka’. Byk dah drama2 lakonan dia yg mendapat perhatian.  Ye kan?  Sy peminat setia ‘Zul Ariffin’ skrg,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, di sebalik kesedihan atas ‘kehilangan’ itu Abby masih mendoakan agar Zul bahagia dengan hidupnya dan tidak segan silu untuk mencari bekas penyanyi kumpulan Elite itu sekiranya punya sebarang masalah pada masa akan datang.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Norman Diminta Beri Perhatian Pada Anak
Penyanyi Saida Sah Bercerai Talak Satu
Hanya Selepas 72 Hari, Kim Kardashian Bercerai
'Skirt-skirt' Menarik Di Hari Jadi Dahlia Teck
Fesyen Separa Bogel Fasha Sandha
Fedtri Kini Lebih Ke Arah Program Agama
Nursuhaila Masih Kaki Judi - Jimmy
Senarai Calon-calon Bagi ABPBH 2011
Jimmy Shanley Mengaku Tampar Isteri
Tomok Muntah Darah Tolak Tuduhan Disantau
Fouziah Gous Mengaku Bercinta Dengan Datuk Seri
Konsert Jamal Di Seremban 27 April
PANAS!!! - Gambar Seksi Nora Danish Dalam Majalah GLAM
Fahrin Ahmad Nafi Kahwin Tahun Ini
Dynas Gembira Rakan Artis Hamil

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • bungaitucantik …

    alaa..sianye abby..hope dye trus tabah..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000571863043 Shi Da

    sian abby..besarnye dugaan die..

  • Noraisyah Razali

    semoga tabah abby :)

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000809258483 Abuzar Ghifari

    sian Abby Abadi

  • http://www.facebook.com/people/Lagenda-Novel/100001036993673 Lagenda Novel

    ala putus plak..tak ada jodoh Abby dengan Zul la tu…kesian,,abby.harap abby banyak bersabar & tabah menghadapi dugaan hidup ini..

  • http://www.facebook.com/shah1691 Ir Sixnine

    takde jodoh.. nak wat camne kan.. terima je la

  • queenza

    kesian abby.. bnyak dugaan dia tahun ni,semoga tabah mngharungi semua ini..

  • Norsuriati_07

    smoga abby tabah hadapi hr2 mendatang,ank2 lg penting….

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001810035056 Bunny Kylaa

    nape ptos ??

    korang SWEET sanad2 taw !!
    huhu

  • Mat88

    hilang sudah tudung di kepala

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    takkan habis madu sepah dibuang gak kot??? opss…. kehkeh..

    -bapaknya Akid-

  • eylsafariynah

    sabar je lahh :))

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001706998599 Lionel Amir

    dh patuh pilih spe pulak nye abby nie,,

  • toblerone

    coolll .. 

  • http://www.facebook.com/momok.tomok Momok Tomok

    sedih plak aku

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002667309194 Bunga Beby Rashid

    kenapa kak abby nak putus cinta ngn abg zul…akk ngn die sesuai la..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=727045530 LeYa SuJu

    uwaaa…. xbest nyer abby n zul putus…huhu jodoh pertemuan maut di tgn Allah, kita merancang, Allah yang tentukan…=)

  • Nik_aty84

    belum kawin dah mcm suami istri, dah tentu hbungan x berkat

    • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

      amboi cik kiah kita… lazer siot… kehkeh

      -bapaknya Akid-

  • alamanda_gurl85

    aik bkn abby & zul ngelak ker bila ada yg bertnya mereka nie bcinta.. bila dh putus br mengaku sebenarnya bcinta hahaha apa ar dh xder apa2 br nk tkenang..

  • Akilaz

    harap abby sabar dgn dugaan

  • http://www.facebook.com/Ramzul89 Ramzul Ehsan Ramzan

    dugaan~

  • mie

    sabo le..saye ade…

  • http://www.facebook.com/AGY1938 Shima Ramli

    alahai, sayangnya.. takde jodoh nk buat camne.. :(

  • http://pulse.yahoo.com/_BIKKYAAB5YJ3SFHQ23HZEFC6UE old city

    kesian nyerr,asik ditimpa malang jerrr

  • http://www.facebook.com/razatulmariani.abdrazak Razatul Mariani Abd Razak

    semoga abby tabah..byk dugaan yg melanda beliau sejak akhir ni

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1089553603 Mardiana Zahari

    mgkn bkn jodoh dorang… i’allah ada hikmah dsebalik semua kejadian & akan berjumpa dgn jodoh yg terbaik buat keduanya.

  • adi

    abby kan cantik…bole petik jari loo…zul tu pun hensem..mude ag…masing2 bole cari pasangan masing2….

  • http://www.facebook.com/Ramzul89 Ramzul Ehsan Ramzan

    kasihan~

  • http://www.facebook.com/shah1691 Ir Sixnine

    takde jodoh.. nak wat camne kan.. terima je la

  • http://www.facebook.com/shah1691 Ir Sixnine

    tu la kan… jgn sedih2 yer…

  • http://www.facebook.com/shah1691 Ir Sixnine

    awk tu cantik.. ramai je yg nak..

  • wie

    nk buat cam ne….tuhan da tentukan..redha je la..mybe de hikmahnye…

  • http://www.facebook.com/people/Fakhrul-Razi/100000624597532 Fakhrul Razi

    sabar je kak,zul tu sebaya sy jer…

  • Qfasya

    Buat ABBY ABADI…, dekatkn diri pada Allah swt. Kerana DIAlah penawar hati yg rawan.

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001291584318 Siti Sarah Sofeah

    terima je ktntuannya ,, mgkin ade hikmah

  • c.a

    “ble zul wat statement nak kawen lgi 5 thn, pastu wartawan kata knpe smpai 5 thn..lgi 5 thn abby umor 40″…time tu aku dh dpt agak msti zul ni x serius ngan abby.. lgi 5 thn zul 30, abby 40..xkn la zul yg muda x mau anak plak kan..

  • Atikah_0992

    mmg rugi norman ceraikan abby…for me, abby jauh 1000x lebih cantik dr memey.!!!!

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100003180011379 Mieyra Ziekha

    abby comey n cntik…rugi gler n0rman cerai kan abby…dye cntik ar…erm,,.. rugi3..

    • Cheessgirlz

      btoi,..abby ag lawa dry memey 2,..

    • Cheessgirlz

      btoi,..abby ag lawa dry memey 2,..

  • alexa

    makcik aku janda lawa anak lima kena pinang anak bujang muda jutawan tak nak tulis ker.,ops! sowwy bukan artis ek..sorry ..huhu

  • annur walliah

    dugaan dtg tanpa kta sedar,,, hanya allah tmpt memohon..

  • http://mandysukamenaip.blogspot.com/ Laurie Girnazz

    Semoga Tuhan sentiasa berada disisi abby :)

  • http://www.facebook.com/roziananordin.nana Nana Roziana Nordin

    Semoga Tuhan sentiasa berada disisi abby :)sy syg kak abby sngt :))

  • Avelulee

    harap abby tabah segala dugaan, kami tetap penyokong abby!!!

  • Tamu

    hahahahhah….bagus senang hidup aq abby abbadi tu memang pompuan laknat….pompuan sundal

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com