Thursday, May 17, 2012


Blogger Cabar MP Shah Alam Bertumbuk!

    October 17, 2011

4 Comments


KUALA LUMPUR – Mungkin disebabkan terlalu marah, seorang penulis blog pro-Kerajaan hari ini tidak dapat menahan sabar terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, dan melontarkan cabaran terbuka untuk bertumbuk secara satu lawan satu.

Pemilik blog Gerakan Anti PKR (GAP) percaya bahawa bertumbuk dengan Khalid Samad mampu menzahirkan rasa ketidak puasan hatinya setelah Ahli Parlimen itu dilihat mengkritik Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sharifuddin Idris Shah, hari ini.

“AKU UMUMKAN SECARA TERBUKA UNTUK KHALID GEREJA!

“Aku nak cabar kau bertumbuk one by one..Bangsat punya manusia..sekali lagi aku cabar kalid gereja untuk bertumbuk dengan aku!,” katanya di laman blognya hari ini.

GAP mempersoalkan tindakan Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa tidak ada manusia yang sempurna termasuk Sultan Selangor.

GAP berkata, sememangnya seluruh umat Islam tahu bahawa tiada seorang pun manusia yang sempurna di dunia ini melainkan Rasulullah SAW.

Namun, kemarahan GAP lebih memuncak apabila Khalid secara tidak langsung menyifatkan teguran Sultan Selangor yang berani bangkit mempertahankan akidah umat Islam itu sebagai satu kesalahan di mata Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu.

“Adakah kalid bermaksud teguran Sultan Selangor yang berani bangkit pertahankan akidah umat Islam itu dianggap SALAH?

“Sultan pertahan akidah pun salah? Kepala hotak kau la kalid!,” katanya lagi.

Sultan Selangor baru-baru ini bertitah kepada rakyat Selangor untuk bangkit mempertahankan akidah setelah yakin terdapat usaha-usaha dari pihak tertentu aktif memurtadkan ramai umat Islam di negeri itu.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Ahli Parlimen Dapat Laporan PSC Esok
Jurulatih Fiorentina Dipecat Selepas Tumbuk Pemain

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Insaniah

    Kah kah kah…….lawak gila politik malaysia. Nak lawan penyembah gereja tu buat apa

  • http://twitter.com/Mohd5ruz Mohd Fairuz

    Eh? Jom3 wat superimpose dia dengan lady gaga lak yok..

  • Dianmnr91

    politik~ politik~ hurmm.. ntah apa2..

  • Akilaz

    apa punya blogger teruk mcm ni pun ada

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com