Thursday, May 17, 2012


Wanita Mati Akibat Pergaduhan

    October 9, 2011

1 Comment


KUALA KUBU BAHARU — Seorang wanita ditemui mati di rumahnya di Kuarters Pejabat Haiwan Taman Golden Wood di sini, dipercayai dibunuh selepas berlaku pertengkaran dengan anggota keluarga terdekat.

Mayat S. Gurmeet Kaur, 41, ditemui di atas katil dengan keadaan mukanya berdarah serta mempunyai kesan lebam. Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun dan seorang wanita berusia 44 tahun yang merupakan saudara terdekat mangsa bagi membantu siasatan kes itu, kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Afendy.

Beliau berkata mayat wanita penjual nasi lemak itu ditemui pada pukul 7 pagi ini oleh anggota polis yang ke rumah berkenaan selepas mendapat maklumat mengenai kejadian itu.

“Lelaki dan wanita terbabit ditahan ketika ditemui berada di rumah berkenaan dalam keadaan kebingungan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata berdasarkan kesan lebam pada muka mangsa, polis percaya wanita itu dipukul dan telah mati dalam tempoh tidak kurang dari 24 jam ketika mayatnya ditemui.

“Kami percaya berlaku pergaduhan di antara tiga individu ini yang membawa kepada pembunuhan. Hasil siasatan awal menunjukkan si mati, lelaki itu dan seorang lagi wanita sering mabuk dan bertengkar setiap hari.

“Menurut anak lelaki si mati, kali terakhir kesemua mereka ini bertengkar ialah pada petang dan malam semalam,” katanya.

Norel berkata wanita yang ditahan itu turut mempunyai kesan calar di muka dipercayai kesan akibat pergelutan dan pergaduhan dengan si mati.

Anak mangsa yang hanya dikenali sebagai Shareendra, 24, seorang pekerja keselamatan, berkata beliau keluar rumah kira-kira pukul 8 malam selepas ketiga-tiga mereka bergaduh, dan apabila pulang pagi ini melihat ibunya telah mati.– BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tomboi Bunuh 'Kekasih' Kerana Cemburu
Lelaki Dipercayai Terbabit 25 Kes Samun
Lelaki Ditemui Mati Di Depan Rumah
Lelaki Ditemui Mati Dengan Tangan Terikat
Kadar Jenayah Di Miri Turun 50 Peratus
5 Lelaki Menyamar Polis Larikan Muatan Getah Beku
Pengawal Keselamatan Mati Ditikam
Ditipu Kekasih Dipaksa Melacurkan Diri
Potong Hidung Dan Bibir Isteri
Kerani Bank Mati Ditikam 15 Kali
Lelaki Tembak Mati Isteri & Ibu Mentua Di AS
Penculik Bogel Terima Padah
Suami Isteri Ditahan, Rampas Dadah RM267,000
Pindaan Dicadang T'hadap Kanun Tatacara Jenayah
Awas, Kotak Tisu Pun Sekarang Dah Boleh Dibuat Kamera Intipan!

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Alia-Najwa/1568931568 Alia Najwa

    ishk2..

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com