Sunday, April 13, 2014


“Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”

Rumusan Mudah Untuk Bajet 2012

    October 7, 2011




Tema Bajet 2012 :“Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”

Bajet 2012 sediakan peruntukan RM232.8 bilion untuk melaksanakan semua rancangan Kerajaan.

RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012

RM18bln drpd RM20bln Dana Mudahcara Perkongsian Awam-Swasta akan diguna utk projek impak tinggi, RM2bln utk usahawan Bumiputra.

Kemasukan pelaburan asing di Malaysia adalah tertinggi di Asia. Dalam 6 bulan pertama 2011 ia telah mencapai RM21.2 bilion.

Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya, berubah daipada sebuah watan pertanian kepada negara perindustrian dalam masa yang singkat.

Kadar cukai keuntungan hartanah (RPGT) akan dikaji semula agar tidak jejas golongan berpendapatan sederhana-rendah miliki rumah.

Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012.

Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.

Lebuhraya persisiran pantai JB-Nusa Jaya 2) projek pelancongan warisan Taiping; 3) projek agropolitan Besut.

RM18bln drpd RM20bln Dana Mudahcara Perkongsian Awam-Swasta akan diguna utk projek impak tinggi, RM2bln untuk usahawan Bumiputra.

Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% drpd KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.

Bagi membolehkan syarikat PKS pasarkan produk penyelidikan, Dana Inovasi Pengkomersilan berjumlah RM500juta akan ditubuhkan.

Kerajaan peruntukkan RM100juta untuk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) untuk iktiraf reka cipta pelajar.

*Buat pertama kalinya, Kerajaan akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah-sekolah kerajaan.

Untuk mantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa.

Pengecualian cukai bagi sumbangan kewangan syarikat dan orang perseorangan kepada sekolah-sekolah dan tempat ibadat berdaftar.

Sekolah swasta yg berdaftar dengan Kementerian Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai Pelaburan.

Sebuah tabung khas RM1bln akan melihat kepada keperluan pembinaan, baik-pulih & penyelenggaraan bangunan sekolah-sekolah.

Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.

Bagi membolehkan syarikat PKS pasarkan produk penyelidikan, Dana Inovasi Pengkomersilan berjumlah RM500juta akan ditubuhkan.

Bank Simpanan Nasional akan lantik agen2 di seluruh negara utk tingkatkan lagi akses perkhidmatan perbankan kpd penduduk luar Bandar.

Kerajaan akan peruntuk RM400juta utk naiktaraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan FELDA yg terpilih.

Kerajaan akan panjangkan prgm bekalan air bersih kpd komuniti di Sabah dgn peruntukan RM50juta.

Pasaran Modal Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

KUALA LUMPUR – Dana modal Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini dengan mencatatkan kenaikan dana kasar dan bersih 31.8 peratus dan 28.8 peratus masing-masing kepada RM106.2 bilion dan RM62 bilion, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata dana yang diperolehi dalam tempoh itu kebanyakannya digunakan untuk modal kerja dan untuk menyokong aktiviti perniagaan am yang menyaksikan tawaran awam awal terus kekal kukuh pada RM6.7 bilion.

Bagaimana pun, dana yang diperoleh dalam pasaran ekuiti menurun 51.9 peratus kepada RM8.2 bilion, terutamanya disebabkan terbitan hak yang lebih rendah pada RM1.6 bilion,” katanya dalam Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan di sini Jumaat.

MOF berkata dana kasar yang diperoleh oleh sektor awam telah meningkat semula sebanyak 47.6 peratus kepada RM62.2 bilion, yang mencerminkan usaha berterusan oleh kerajaan yang dijalankan melalui Rancangan Malaysia Ke-sepuluh, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi untuk mengukuhkan ekonomi negara.

Kementerian itu menjelaskan bahawa dana yang diperoleh oleh sektor swasta melalui terbitan sekuriti hutang swasta turut meningkat dengan kukuh sebanyak 67.7 peratus kepada RM35.8 bilion yang disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang rancak.

Sementara itu, MOF menjelaskan pasaran ekuiti memperlihat prestasi yang baik dengan harga saham di Bursa Malaysia mencatatkan paras tertinggi terbaharu sebanyak 1,594.74 mata pada 8 Julai, di waktu dunia menghadapi perkembangan ekonomi yang suram.

“Dagangan di pasaran derivatif juga telah kembali pulih dengan menokok 43.6 peratus kepada perolehan sebanyak 4.9 juta kontrak dalam tempoh tujuh bulan pertama 2011 sementara perolehan minyak sawit mentah dan Niaga hadapan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia terus menguasai jumlah keseluruhan perdagangan,” katanya.

Ia menyatakan bahawa prestasi bagi pasaran derivatif meningkat sebahagiannya disebabkan oleh penghijrahan produk derivatif ke platform dagangan Chicago Mercantile Exchange Globex, yang memberi mereka lebih akses dan pengenalan kepada produk tersebut.

Sementara itu, kementerian itu berkata industri modal teroka masih kekal menjadi sumber utama penting untuk pembiayaan tahap awal projek berinovasi terutamanya pada peringkat permulaan dan pengembangan syarikat.

“Pada akhir Jun, syarikat modal teroka (VCC) dan syarikat pengurusan modal teroka (VCMCs) yang berdaftar kini masing-masing berjumlah 56 dan 52, berbanding 58 VCC dan 55 VCMC yang dicatatkan tahun lepas, dengan agensi kerajaan kekal sebagai sumber terbesar dana modal teroka,” katanya. – BERNAMA

Defisit Fiskal Kerajaan Dianggar Turun Ketara Kepada 4.7 Peratus Pada 2012

KUALA LUMPUR – Defisit fiskal kerajaan Persekutuan dianggarkan berkurangan ketara kepada 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun depan, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Hasil kerajaan diunjurkan meningkat 1.9 peratus kepada RM186.9 bilion selaras dengan prospek ekonomi dalam negeri yang terus berkembang, katanya dalam Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan di sini Jumaat.

Kementerian Kewangan berkata dasar fiskal negara bagi 2012 akan kekal berhemat dan menyokong pertumbuhan ekonomi, sambil menambah jumlah perbelanjaan kerajaan dijangka stabil sebanyak RM230.8 bilion.

Menurutnya, harga komoditi yang lebih tinggi, peningkatan akses berterusan kepada pinjaman, keuntungan perniagaan yang teguh dan keadaan pasaran pekerjaan yang menggalakkan dijangka memperkukuh penggunaan swasta dan mencergaskan aktiviti pelaburan pada keseluruhannya.

Perkembangan yang menggalakkan ini akan menyumbang kepada hasil cukai yang lebih tinggi iaitu RM135.6 bilion, katanya.

Komponen utama hasil cukai iaitu cukai langsung (RM102.1 bilion) dan cukai tidak langsung (RM33.5 bilion) dijangka terus mencatat peningkatan, mencerminkan pengembangan aktiviti ekonomi domestik yang lebih kukuh dalam semua sektor serta perdagangan sesama serantau yang menggalakkan.

Kementerian Kewangan berkata terimaan dari cukai pendapatan petroleum (RM26.2 bilion) dijangka kekal tinggi berikutan permintaan serantau yang kukuh ke atas minyak mentah dari kalangan negara Australia, India, Thailand, Filipina dan Korea.

Terimaan dari hasil bukan cukai, merangkumi pendapatan pelaburan, lesen, bayaran pendaftaran dan permit serta hasil dari wilayah persekutuan pula dijangka lebih rendah sedikit berjumlah RM51.3 bilion, katanya.

Kementerian Kewangan berkata kerajaan komited untuk mengukuhkan kedudukan fiskal seperti disandarkan kepada jangkaan defisit yang lebih rendah pada 2012.

Pada masa yang sama, katanya kerajaan akan terus menggerakkan momentum pertumbuhan serta melaksanakan inisiatif transformasi ekonomi bagi memacu negara ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.

Menurutnya, Belanjawan 2012 akan memperhebat usaha meningkatkan daya saing ekonomi negara melalui pelaksanaan inisiatif pembaharuan dan menggalakkan pertumbuhan yang inklusif dan mampan.

“Bagi tujuan ini, sejumlah besar peruntukan disediakan untuk program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (RM7.4 bilion), Bidang Ekonomi Utama Negara (RM4 bilion) and Inisiatif Pembaharuan Strategik (RM121.5 bilion), yang merupakan langkah penting untuk mengerakkan Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi,” katanya lagi.

Kementerian Kewangan berkata Belanjawan 2012 juga akan melaksanakan program dan projek yang mampu bertindak secara berkesan bagi menangani isu peningkatan kos sara hidup, menjamin kesejahteraan rakyat, merangsang pertumbuhan ekonomi luar bandar serta mempercepat pelaburan swasta. – BERNAMA

Dasar Monetari Kekal Akomodatif Pada Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR – Dasar monetari akan kekal akomodatif pada tahun hadapan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Ia akan ditentukan dengan mengambil kira perkembangan pertimbangan global dan kesannya terhadap ekonomi domestik dan prospek inflasi, katanya dalam Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan di sini Jumaat.

Ekonomi negara diunjurkan kekal mampan antara 5.0 – 6.0 peratus pada 2012, yang disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan aktiviti ekonomi yang dijana oleh Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh.

Katanya inflasi pula dijangka menjadi sederhana daripada paras tinggi yang direkodkan pada tahun ini.

Kementerian Kewangan berkata langkah-langkah makroprudential juga akan dilaksanakan untuk mengelakkan sebarang ketidakseimbangan kewangan dan mengekalkan kestabilan kewangan.

“Agregat monetari terus berkembang dalam tempoh tujuh bulan pertama 2011. M1 atau wang secara kecil meningkat 14.5 peratus pada akhir Julai berbanding 11.7 peratus pada tahun lepas, disebabkan oleh permintaan deposit yang lebih tinggi.

“M3 atau wang secara luas berkembang 11.6 peratus pada akhir Julai daripada 6.8 peratus tahun lepas yang disumbangkan oleh peningkatan pinjaman bank kepada sektor swasta dan aset asing bersih yang lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, pembiayaan melalui sistem perbankan dan pasaran modal dijangka meningkat untuk menyokong aktiviti ekonomi, terutamanya beberapa projek mega jangka panjang yang sedang dilaksanakan seiring dengan hasrat negara untuk menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Permohonan pinjaman, kelulusan dan pengeluaran mencatatkan pertumbuhan 23.1 peratus, 20.1 peratus dan 8.2 peratus, masing-masing bagi tempoh antara Januari dan Julai 2011 daripada 18.8 peratus, 19 peratus dan 8.2 peratus.”

“Jumlah pinjaman terkumpul berkembang 12.9 peratus kepada RM949.9 bilion pada akhir Julai, dengan sektor isi rumah menyumbang lebih separuh daripada jumlah keseluruhan,” kata laporan itu.

Dengan pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal Dua dan Pelan Induk Sektor Kewangan kedua pada tahun ini, pasaran kewangan dan pasaran modal dijangka lebih dinamik dan berinovasi, terutamanya dalam pengantarabangsaan kewangan Islam, modal teroka serta pembiayaan industri hijau dan inovasi, kata Kementerian Kewangan.

Pada masa ini, Kementerian Kewangan berkata Malaysia mempunyai infrastruktur syariah, pengawalseliaan dan undang-undang paling mantap yang menawarkan perkhidmatan kewangan Islam yang komprehensif dalam perbankan, takaful dan pasaran modal, termasuklah produk yang inovatif.

“Malaysia kekal sebagai peneraju terbitan sukuk yang mencakupi 62.7 peratus (AS$112.3 bilion) daripada jumlah sukuk terkumpul global pada akhir separuh pertama 2011,” kata Kementerian Kewangan. – BERNAMA

Malaysia Terus Nikmati Guna Tenaga Penuh Pada 2011

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia akan terus berkembang di bawah keadaan guna tenaga penuh pada tahun ini berikutan pertumbuhan permintaan buruh yang mengatasi penawaran, demikian menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.

Menurut laporan itu tenaga buruh dijangka bertambah sebanyak 2.3 peratus kepada 12.6 juta tahun ini disumbang oleh peningkatan dalam tenaga kerja.

Berikutan perkembangan ini, kadar pengangguran dijangka menurun kepada 3.3 peratus atau 419,000 penganggur pada tahun ini berbanding 424,200 pada tahun lepas.

“Peratusan tenaga buruh dengan pendidikan tertiari dijangka bertambah kepada 26.9 peratus pada tahun ini berbanding dengan 24.2 peratus pada tahun lepas manakala kadar penyertaan tenaga buruh dijangka meningkat kepada 64.8 peratus pada tahun ini berbanding 64.3 peratus pada tahun sebelumnya disebabkan penyertaan yang tinggi dalam kohort umur 20 hingga 24,” menurut laporan itu.

Daripada segi gender, kadar penyertaan lelaki dijangka meningkat kepada 80 peratus manakala wanita kepada 49 peratus berbanding 79.8 peratus dan 48 peratus masing-masing pada tahun lepas.

Sektor perkhidmatan akan terus mengekalkan peratusan pekerjaan tertinggi pada kadar 53.1 peratus atau 6.5 juta guna tenaga pada tahun ini diikuti sektor pembuatan yang dijangka mewujudkan 52 peratus daripada keseluruhan pekerjaan baru berbanding 47 peratus dalam sektor perkhidmatan pada tahun lepas.

Laporan itu menyebut bilangan pencari kerja aktif yang berdaftar dengan JobsMalaysia berkurangan 3.5 peratus kepada 342,198 dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini dengan majoriti pencari kerja (60.6 peratus) terdiri daripada pemegang ijazah dan diploma, manakala 29.7 peratus adalah lepasan sekolah yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sebanyak 1, 353, 114 kekosongan pekerjaan didaftarkan dengan JobsMalaysia dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Selaras dengan keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, bilangan pekerja yang diberhentikan kekal rendah sebanyak 6,751 dengan 87 peratus merupakan pekerja tempatan dan selebihnya pekerja asing.

Menurut laporan itu, jumlah pekerja asing sehingga akhir Disember 2010, merangkumi 15.2 peratus daripada tenaga kerja dan berikutan usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing kurang mahir, peratusan pekerja asing kepada jumlah tenaga kerja telah menurun kepada 10.7 peratus.

Majoriti pekerja asing itu terdiri daripada negara Asia seperti Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh, India dan Vietnam dengan kebanyakannya bekerja di sektor pembuatan, pembinaan, perladangan, perkhidmatan dan pertanian.

Usaha terus giat dijalankan untuk menarik ekspatriat berkemahiran tinggi ke negara ini bagi membantu negara mencapai ekonomi berasaskan inovasi dan berpendidikan tinggi.

Pada akhir Ogos tahun ini, sejumlah 41,831 ekspatriat bekerja di negara ini terutama dalam sektor perkhidmatan (23,763), pembuatan (12,355), pembinaan (2,188) dan pendidikan (1,308). – BERNAMA

Ekonomi Dijangka Berkembang 5.0-6.0 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR  – Ekonomi negara dijangka berkembang 5.0 – 6.0 peratus pada tahun depan, yang akan dipacu oleh permintaan domestik dengan sektor swasta memainkan peranan yang lebih penting manakala sektor awam terus menyokong pertumbuhan dengan perbelanjaan modal yang lebih baik.

Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan 2010/2011, yang dikeluarkan di sini Jumaat, menyatakan unjuran itu turut mengambil kira pertumbuhan ekonomi dunia yang sederhana dan kegiatan perdagangan sesama serantau yang kekal kukuh serta pemulihan eksport elektrik dan elektronik dan harga komoditi yang teguh.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada suku kedua berkembang 4.0 peratus dari pertumbuhan yang disemak semula sebanyak 4.9 peratus pada suku tahun pertama.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pada pertengahan Ogos yang kerajaan menjangka ekonomi negara akan berkembang 5.0 – 6.0 peratus pada tahun ini.

“Permintaan domestik, terutamanya perbelanjaan sektor swasta dijangka memainkan peranan yang penting dalam memacu perkembangan ekonomi pada 2012,” kata laporan itu.

Pelaburan swasta dijangka mengekalkan momentum yang kukuh dengan pertumbuhan 15.9 peratus yang disokong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan dan perlaksanaan projek permulaan (EPP) yang rancak.

Pada tahun depan, perbelanjaan awam dijangka meningkat 4.7 peratus dengan pelaburan awam berkembang 7.0 peratus.

Pertumbuhan sektor perkhidmatan dijangka kekal 6.5 peratus pada 2012 berbanding dengan 6.4 peratus pada tahun ini, yang dipacu oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, kewangan dan insurans serta komunikasi.

Selaras dengan perkembangan itu, sumbangan sektor perkhidmatan dijangka meningkat kepada 58.9 peratus daripada KDNK.

Sektor pertumbuhan yang dijangka mengekalkan pertumbuhannya pada 4.5 peratus akan disokong sebahagian besar oleh pertumbuhan yang kukuh dalam industri berorientasi domestik khususnya subsektor yang berasaskan sumber.

Sektor pertanian dijangka berkembang 4.1 peratus pada 2012 berbanding 4.7 peratus pada tahun ini, dengan kebanyakan subsektor mencatat prestasi yang kukuh.

“Kegiatan sektor perladangan, terutamanya kelapa sawit dan getah diunjurkan terus cergas sejajar dengan peningkatan hasil yang lebih tinggi.”

Sektor perlombongan dijangka berkembang 2.5 peratus pada 2012 berbanding dengan -2.4 peratus tahun ini,yang disokong oleh pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang lebih tinggi.

Sektor pembinaan dijangka berkembang dengan kukuh sebanyak 7.0 peratus pada 2012 berbanding 3.4 peratus pada 2010, yang didorong oleh pelaksanaan projek infrastruktur berskala besar dan aktiviti pembinaan perumahan yang cergas.

Kegiatan subsektor kejuruteraan awam akan disokong oleh pelaksanaan projek pembangunan bagi mempertingkatkan potensi pertumbuhan ekonomi jangka panjang seperti aliran MRT Sungai Buloh-Kajang dan terminal bersepadu di Gombak. – BERNAMA

Harga Rumah Meningkat Dua Kali Ganda Di KL

KUALA LUMPUR – Harga purata unit kediaman di ibu negara meningkat dua kali ganda iaitu RM448,750 seunit berbanding harga purata nasional RM201,851 dalam tempoh separuh pertama 2011, demikian menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, Jumaat.

Harga kediaman yang lebih tinggi didorong oleh permintaan yang kukuh, kenaikan kos input pembinaan, kekurangan tanah, dan pinjaman yang mudah diperoleh.

Laporan itu menyatakan peningkatan harga tanah kediaman merupakan faktor utama yang menyumbang kepada isu perumahan di Malaysia dan didorong oleh pertambahan jumlah penduduk di kawasan bandar dan peningkatan pendapatan isi rumah.

Faktor tersebut menyumbang kepada permintaan melebihi penawaran terutama bagi rumah kos rendah dan sederhana yang terjejas akibat projek perumahan terbengkalai dan lewat serta kawalan kualiti yang tidak mencukupi dan penggunaan bahan binaan berkualiti rendah.

Beberapa inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi isu berkenaan, antaranya memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku pada 8 Mac tahun ini untuk membantu golongan muda bawah 35 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Sehingga akhir Jun 2011, sebanyak 772 permohonan diterima dan 143 telah diluluskan dengan jumlah yang dijamin bernilai RM7 juta melalui skim itu.

Menurut laporan itu, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai lepas merupakan satu lagi program Perkongsian Awam-Swasta melibatkan kerajaan dalam menyediakan tanah dan kemudahan dana untuk pembinaan rumah di kawasan bandar pada harga berpatutan.

Fasa pertama PR1MA melibatkan pembinaan sebanyak 42,000 unit rumah di 20 kawasan termasuk Bandar Tun Razak, Cyberjaya, Putrajaya, Seremban Sentral dan Sungai Besi. Sebanyak 560 pangsapuri dibina dalam projek PR1MA pertama di Presint 11, Putrajaya.

Inisiatif memulihkan projek perumahan terbengkalai dilakukan dan sehingga akhir Julai lepas, 81 projek yang terdiri daripada 15,494 rumah telah dipulihkan. – BERNAMA

*Bagi bantu pemilik teksi bajet persendirian hadapi kos operasi tinggi, akan dibantu termasuk pengecualian cukai pembelian teksi.

TERAJU akan menyelaras dan memacu transformasi serta kukuhkan penyertaan Bumiputra dlm perniagaan.

Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Hospital Kuala Lumpur (HKL), hospital tertua di msia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru utk   rawatan pesakit luar.

Utk bantu golongan gelendangan, Krjn akan sediakan pusat khidmat bantuan sosial dikenali sbg Anjung Singgah.

Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.

Bagi bantu pemilik teksi bajet persendirian hadapi kos operasi tinggi, akan dibantu termasuk pengecualian cukai pembelian teksi.

* RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai.

Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik.

Peruntukan RM10juta akan disediakan utk melatih wanita professional utk kembali ke pasaran kerja.

Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara.

Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.

*Kakitangan kerajaan akan dapat tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kepada pesara kerajaan.

Kakitangan kerajaan akan dpt tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara kerajaan.

Sokongan besar rakyat amat penting utk pastikan perjalanan menjadikan negara maju dan makmur.

Pendidikan Rendah Dan Menengah Percuma Di Sekolah Kerajaan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata buat pertama kalinya dalam sejarah pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan disediakan secara percuma bermula sesi persekolahan 2012.

Perdana Menteri berkata langkah ini diambil bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosio-ekonomi berpeluang kepada masa depan yang lebih baik selain memastikan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

“Pada masa ini pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran ko-kurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, dan insurans takaful.

“Mulai sesi persekolahan 2012 , bayaran ini akan dimansuhkan,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pemansuhan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Dalam Belanjawan 2012, sektor pendidikan diperuntukkan RM50.2 bilion.

Najib berkata bagi Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Sebagai tambahan, katanya, peruntukan RM1 bilion akan disediakan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

Najib berkata daripada peruntukan itu, RM500 juta diberikan kepada Sekolah Kebangsaan dan masing-masing RM100 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Mubaligh, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Katanya, kerajaan juga mencadangkan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dan memenuhi peraturan yang ditetapkan diberi beberapa galakan dengan mengambil kira peranan penting mereka dalam menyediakan pendidikan berkualiti menghasilkan generasi masa depan cemerlang.

Najib berkata galakan yang diberikan ialah pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh lima tahun; dan potongan dua kali bagi perbelanjaan promosi di luar negara bagi menarik lebih ramai kemasukan pelajar asing dan ketiga ialah pengecualian duti import dan cukai jalan ke atas semua peralatan pembelajaran.

“Kerajaan berharap dengan adanya penjimatan kos ini kepada pengendali sekolah swasta sebagai imbal balas dapatlah dikurangkan sedikit yuran sekolah para pelajar, agar beban ibu bapa dapat diringankan,” katanya.

Najib berkata galakan juga diberikan kepada orang perseorangan dan syarikat yang menyumbang daripada sudut kewangan untuk institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar dengan diberi potongan cukai.

Beliau berkata kemudahan itu juga dipanjangkan kepada semua tempat ibadat yang berdaftar.

Katanya kerajaan akan menyegerakan kelulusan pengecualian cukai bagi institusi pendidikan dan semua rumah ibadat dalam tempoh masa yang singkat.

Di samping itu, sektor swasta juga disaran berganding bahu memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dengan pemberian galakan cukai seperti potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat dalam melaksanakan program internship.

Dua lagi galakan ialah potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa dan potongan dua kali ke atas perbelanjaan bagi menyertai pameran kerjaya di luar negara. – BERNAMA

*Pencarum KWSP blh daftar awal giliralan ibadat Haji melalui penghadangan Akaun2 sebanyak RM1,300

Ahli-ahli Parlimen Msia akan diberi elaun baru setelah jumlahnya dipersetujui nanti, bermula 1 Januari 2012.

Pemberian baucar buku RM200 kpd semua pelajar warganegara Msia di inst pengajian tinggi awam & swasta tempatan, matrikulasi & tingkatan 6.

BN Sudah Lama Amal Negara Berkebajikan Melalui Subsidi, Insentif, Bantuan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ketika pihak-pihak tertentu baru bercakap mengenai negara berkebajikan, Barisan Nasional (BN) telah lama mengamalkan konsep itu dengan menyediakan pelbagai subsidi, insentif dan bantuan “semuanya dengan semangat Rakyat Didahulukan”.

“Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini.

“Bukankah kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan?,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini, Jumaat.

Perdana Menteri berkata konsep berkebajikan kerajaan BN jelas melalui pemberian subsidi bagi setiap kilogram beras super tempatan, gula, minyak masak dan tepung gandum.

“Keseluruhan subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja RM2.3 bilion dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh itu, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?,” katanya.

Tidak cukup sekadar itu, Najib berkata subsidi kerajaan bukan terhad kepada bahan makanan asas sebaliknya ia juga merangkumi subsidi produk petroleum dan bantuan tunai yang melibatkan RM17 bilion.

Beliau berkata subsidi itu meliputi setiap liter petrol RON95, setiap liter diesel serta bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak.

Selain itu, katanya kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi bil elektrik berjumlah RM20 sebulan dan ke bawah yang telah dilaksanakan sejak 2009 dan pemberian subsidi itu melibatkan peruntukan RM150 juta dan seramai sejuta isi rumah akan mendapat manfaat.

“Segala subsidi, insentif dan bantuan ini berjumlah RM33.2 bilion. Semuanya dengan semangat Rakyat Didahulukan,” katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan menyediakan RM1.2 bilion untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan; bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan dengan maksimum RM450 sebulan serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya antara RM150 dan RM300 sebulan.

Beliau berkata KAR1SMA akan memberi manfaat kepada hampir 500,000 rakyat dalam membantu meringankan beban sara hidup.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mengambil langkah bagi membendung kenaikan kos dan harga serta membantu mengurangkan beban rakyat dengan menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia, yang kini menawarkan 250 jenis produk berjenama 1Malaysia, ke seluruh negara.

“Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, kerajaan juga bercadang membuka 85 unit tambahan sehingga akhir 2012 dengan peruntukan RM40 juta,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga akan membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat bagi memasarkan produk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia di samping akan memperluaskan penjualan produk 1Malaysia di semua kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar), kedai Felda dan kedai serbaneka stesen minyak seluruh negara.

Beliau berkata kerajaan juga akan memperluas dan mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutan iaitu maksimum RM2 bagi sarapan pagi dan RM4 bagi makan tengah hari.

“Sehingga kini, lebih 700 pengusaha telah mengambil bahagian dan dijangka diperluaskan kepada 3,000 pengusaha pada akhir 2012. Untuk mengembangkan lagi langkah ini, kerajaan menggalakkan semua pengusaha kafeteria di pejabat kerajaan dan swasta melaksanakan inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia,” katanya.

Najib berkata bagi menangani kenaikan harga barang terutamanya bahan makanan, kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang bersepadu bersifat jangka pendek, sederhana dan panjang antaranya meningkatkan pengeluaran makanan seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Beliau berkata langkah-langkah yang diambil itu ialah dengan melancarkan Dasar Agro Makanan 2011 hingga 2020, memperuntukkan RM1.1 bilion bagi pembangunan sektor pertanian tahun depan, memperluaskan skop pembiayaan Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanian berinovasi dan memperbanyakkan program ladang kontrak bagi memastikan bekalan produk makanan mencukupi. – BERNAMA

Bayaran Khas Rm3,000 Kepada Anggota Keselamatan, Duda Dan Balu Yang Berkhidmat Semasa Darurat

KUALA LUMPUR – Kerajaan Jumaat mengumumkan bayaran khas sebanyak RM3,000 setiap orang kepada hampir 62,000 orang bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bayaran khas sebagai mengenang jasa itu juga termasuk kepada lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang mana jasa mereka sering dinafi dan diperlekeh sesetengah pihak ketika ini.

“Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang mengenang budi, kita tidak akan membiarkan wirawan dan wirawati tanpa pembelaan yang sewajarnya kerana sesungguhnya, keringat dan air mata mereka serta keluarga yang membasahi bumi bertuah ini akan terus malar dan segar dalam sanubari dan ingatan rakyat Malaysia,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini.

Najib berkata, bekas anggota keselamatan itu terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout.

Beliau berkata bagi memastikan anggota tentera fokus dalam menjalankan tugas, kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta di bawah program ‘Army Care’ untuk menaik taraf dan menyelenggara kem dan kuarters tentera di seluruh negara.

Katanya tempat tinggal dan suasana kem yang selesa dapat menjadi pemangkin kepada prestasi kerja yang positif dalam kalangan anggota.

Bagi meringankan beban 175,000 anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen, Najib berkata kerajaan akan menyediakan program latihan khusus untuk mereka dengan dana sebanyak RM50 juta.

“Program latihan khusus itu membolehkan mereka yang sudah bersara tanpa pencen menceburi bidang perniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta kepada mereka yang layak,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan menyediakan peruntukan khas berjumlah RM200 juta dalam usaha bagi memastikan integriti dan wibawa pasukan polis kekal terjunjung tinggi.

Beliau berkata negara memerlukan pasukan polis yang moden dengan latihan yang sesuai dengan era baru, menual teknologi moden, kelengkapan terkini dan cara penyiasatan dan pengumpulan bukti yang saintifik dan canggih.

“Susulan ucapan saya sempena Hari Malaysia, 16 Sept lepas, kita bakal menempa wajah baru landskap sosiopolitk negara. Pemansuhan, pemindaan dan penggubalan kerangka perundangan baru bagi mengimbangi antara kepentingan keselamatan dan negara dan kebebasan individu akan memerlukan tugas kepolisan dalam masyarakat yang moden dan terbuka.

“Falsafah kepolisan yang dibentuk dalam era ‘insurgency’ dan ketidaktentuan tidak lagi sesuai pada kontemporari ini,” katanya.

Najib berkata untuk perbelanjaan pembangunan Polis Diraja Malaysia, tambahan dana berjumlah RM442 juta akan diperuntukkan tahun hadapan, di mana antara projek yang bakal diilaksanakan merangkumi projek perumahan anggota polis, penambahbaikan ibu pejabat, balai dan pusat latihan. – BERNAMA

Bantuan Hampir Rm7,560 Kepada Pemilik Teksi Bajet Dan Kereta Sewa Persendirian

KUALA LUMPUR – Pemilik teksi bajet persendirian bakal menerima pelbagai bantuan yang dianggarkan bernilai RM7,560 menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2012, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata antara bantuan yang akan diberikan adalah pemansuhan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian serta pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

“Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat beban yang ditanggung oleh pemilik teksi persendirian akibat kos operasi yang meningkat. Tambahan pula, sebahagian besar teksi yang dimiliki telah melebihi jangka hayat ekonomi.

“Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan ini, pemandu teksi dapat memberi perkhidmatan lebih berkualiti, mesra pelanggan dan sekaligus menaikan imej negara yang mesra pelancong,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata bantuan lain termasuklah pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.

Beliau juga berkata pemandu teksi yang membuat pinjaman penuh bagi memiliki teksi baru buatan tempatan akan menikmati pemberian subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus.

“Skim pinjaman ini yang diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional akan ditawarkan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan 2012,” katanya.

Najib berkata pemandu teksi yang membeli kereta baru buatan tempatan dalam tempoh dua tahun mulai awal tahun depan bakal diberi bantuan bagi melupuskan teksi lama milik mereka.

Bantuan sebanyak RM3,000 diberikan bagi melupuskan teksi lama yang berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun, manakala pemilik teksi yang berusia 10 tahun ke atas akan menerima bantuan sebanyak RM1,000, katanya.

Perdana Menteri berkata kesemua bantuan tersebut akan turut dipanjangkan kepada pemilik kereta sewa persendirian. – BERNAMA

Suntikan Hpv Percuma Untuk Wanita Pada Tahun 2012

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) bagi membolehkan lebih ramai wanita mendapatkan kemudahan imunisasi mencegah kanser servik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kemudahan imunisasi yang bernilai sebanyak RM150 bagi tiga suntikan itu akan dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perancangan Keluarga Negara (LPPKN).

“Untuk tujuan ini, peruntukan RM50 juta disediakan pada tahun 2012,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat Jumaat.

Sebagai usaha menjamin kesihatan para ibu dan anak, Najib turut mengumumkan pembinaan sebuah hospital khusus untuk golongan wanita dan kanak-kanak di Kuala Lumpur menerusi Belanjawan tersebut.

Perdana Menteri berkata hospital itu akan dibina melalui perkongsian awam swasta dengan kos sebanyak RM700 juta.

Selain itu katanya, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk melaksanakan program-program latihan bagi memenuhi keperluan Dasar Sekurang-Kurangnya 30 Peratus Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan dalam Sektor Korporat.

Antara program yang akan dijalankan adalah melatih wanita yang berpotensi untuk menjadi ahli lembaga pengarah syarikat, membangunkan pangkalan data wanita berpotensi untuk diketengahkan sebagai pengarah syarikat dan mempergiatkan aktiviti advokasi.

“Bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan, kerajaan juga akan menyediakan program latihan yang bersesuaian,” katanya.

Bagi memberi rangsangan kepada usahawan kecil, Perdana Menteri berkata, peruntukan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) akan ditambah sekali ganda kepada RM300 juta berbanding RM120 juta pada tahun 2011.

Katanya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga akan menyediakan RM2.1 bilion untuk pinjaman mikro kepada usahawan terutama wanita.

“Daripada jumlah tersebut, RM100 juta disediakan untuk usahawan kaum India dan RM100 juta lagi kepada usahawan kaum Cina melalui satu unit khas di bawah AIM,” katanya.

Najib berkata kerajaan juga mencadangkan agar surat cara perjanjian pembiayaan mikro kredit diberi pengecualian duti setem bagi mengurangkang kos pengendalian peniaga dan usahawan mikro. – BERNAMA

Elaun Dan Kemudahan Anggota Parlimen Dikaji Semula

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji semula elaun dan kemudahan Anggota Parlimen, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengumuman Perdana Menteri itu yang dibuatnya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini Jumaat disambut tepukan meja tanda sokongan daripada Anggota Parlimen.

Najib berkata kerajaan menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja Anggota Parlimen yang semakin bertambah selain perlunya memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik yang diumumkan baru-baru ini.

“Dengan syarat…kedua-dua belah pihak, parti kerajaan dan pembangkang, mestilah seia sekata bersetuju, termasuklah yang Bebas-Bebas itu.

“Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuatkuasa pada 1 Jan tahun depan,” katanya sambil tersenyum. – BERNAMA

Tiada Lagi Caj Pendaftaran Pesakit Luar Untuk Warga Emas

KUALA LUMPUR – Semua warganegara berumur 60 tahun ke atas tidak perlu lagi membayar caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan mulai 1 Jan 2012, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata caj pendaftaran itu turut dikecualikan apabila warga emas mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia dan Klinik Pergigian milik kerajaan.

Semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat Jumaat, Najib berkata kerajaan tidak pernah melupakan kebajikan warga emas terutamanya untuk mendapatkan kemudahan awam seperti perkhidmatan kesihatan dan pengangkutan.

“Mereka juga akan diberi diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel,” katanya. – BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

Rumusan Mudah Untuk Bajet 2012http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/bajet-copy.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/bajet-copy-150x150.jpg MyNewsHub
Tema Bajet 2012 :“Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara” Bajet 2012 sediakan peruntukan RM232.8 bilion untuk melaksanakan semua rancangan Kerajaan. RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012 RM18bln drpd RM20bln...
<p style="text-align: justify;"><span style="text-decoration: underline;"><strong>Tema Bajet 2012 :“Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”</strong> </span></p> <p style="text-align: justify;"><strong>Bajet 2012 sediakan peruntukan RM232.8 bilion untuk melaksanakan semua rancangan Kerajaan.</strong></p> <p style="text-align: justify;">RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.</p> <p style="text-align: justify;">SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012</p> <p style="text-align: justify;">RM18bln drpd RM20bln Dana Mudahcara Perkongsian Awam-Swasta akan diguna utk projek impak tinggi, RM2bln utk usahawan Bumiputra.</p> <p style="text-align: justify;">Kemasukan pelaburan asing di Malaysia<strong> adalah tertinggi di Asia.</strong> Dalam 6 bulan pertama 2011 ia telah mencapai RM21.2 bilion.</p> <p style="text-align: justify;">Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya, berubah daipada sebuah watan pertanian kepada negara perindustrian dalam masa yang singkat.</p> <p style="text-align: justify;">Kadar cukai keuntungan hartanah (RPGT) akan dikaji semula agar tidak jejas golongan berpendapatan sederhana-rendah miliki rumah.</p> <p style="text-align: justify;">Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.</p> <p style="text-align: justify;">SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012.</p> <p style="text-align: justify;"><strong>Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.</strong></p> <p style="text-align: justify;">Lebuhraya persisiran pantai JB-Nusa Jaya 2) projek pelancongan warisan Taiping; 3) projek agropolitan Besut.</p> <p style="text-align: justify;">RM18bln drpd RM20bln Dana Mudahcara Perkongsian Awam-Swasta akan diguna utk projek impak tinggi, RM2bln untuk usahawan Bumiputra.</p> <p style="text-align: justify;"><strong>Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% drpd KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.</strong></p> <p style="text-align: justify;">Bagi membolehkan syarikat PKS pasarkan produk penyelidikan, Dana Inovasi Pengkomersilan berjumlah RM500juta akan ditubuhkan.</p> <p style="text-align: justify;">Kerajaan peruntukkan RM100juta untuk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) untuk iktiraf reka cipta pelajar.</p> <p style="text-align: justify;"><a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/11.jpg"><img class="alignleft size-full wp-image-34330" title="1" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/11.jpg" alt="" width="300" height="169" /></a></p> <p style="text-align: justify;"><strong>*Buat pertama kalinya, Kerajaan akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah-sekolah kerajaan.</strong></p> <p style="text-align: justify;">Untuk mantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa.</p> <p style="text-align: justify;">Pengecualian cukai bagi sumbangan kewangan syarikat dan orang perseorangan kepada sekolah-sekolah dan tempat ibadat berdaftar.</p> <p style="text-align: justify;">Sekolah swasta yg berdaftar dengan Kementerian Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai Pelaburan.</p> <p style="text-align: justify;">Sebuah tabung khas RM1bln akan melihat kepada keperluan pembinaan, baik-pulih & penyelenggaraan bangunan sekolah-sekolah.</p> <p style="text-align: justify;">Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.</p> <p style="text-align: justify;">Bagi membolehkan syarikat PKS pasarkan produk penyelidikan, Dana Inovasi Pengkomersilan berjumlah RM500juta akan ditubuhkan.</p> <p style="text-align: justify;">Bank Simpanan Nasional akan lantik agen2 di seluruh negara utk tingkatkan lagi akses perkhidmatan perbankan kpd penduduk luar Bandar.</p> <p style="text-align: justify;">Kerajaan akan peruntuk RM400juta utk naiktaraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan FELDA yg terpilih.</p> <p style="text-align: justify;">Kerajaan akan panjangkan prgm bekalan air bersih kpd komuniti di Sabah dgn peruntukan RM50juta.</p> <p style="text-align: justify;"><strong>Pasaran Modal Malaysia Catat Pertumbuhan Positif</strong></p> <p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Dana modal Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini dengan mencatatkan kenaikan dana kasar dan bersih 31.8 peratus dan 28.8 peratus masing-masing kepada RM106.2 bilion dan RM62 bilion, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.</p> <p style="text-align: justify;">Kementerian Kewangan (MOF) berkata dana yang diperolehi dalam tempoh itu kebanyakannya digunakan untuk modal kerja dan untuk menyokong aktiviti perniagaan am yang menyaksikan tawaran awam awal terus kekal kukuh pada RM6.7 bilion.</p> <p style="text-align: justify;">Bagaimana pun, dana yang diperoleh dalam pasaran ekuiti menurun 51.9 peratus kepada RM8.2 bilion, terutamanya disebabkan terbitan hak yang lebih rendah pada RM1.6 bilion," katanya dalam Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan di sini Jumaat.</p> <p style="text-align: justify;">MOF berkata dana kasar yang diperoleh oleh sektor awam telah meningkat semula sebanyak 47.6 peratus kepada RM62.2 bilion, yang mencerminkan usaha berterusan oleh kerajaan yang dijalankan melalui Rancangan Malaysia Ke-sepuluh, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi untuk mengukuhkan ekonomi negara.</p> <p style="text-align: justify;">Kementerian itu menjelaskan bahawa dana yang diperoleh oleh sektor swasta melalui terbitan sekuriti hutang swasta turut meningkat dengan kukuh sebanyak 67.7 peratus kepada RM35.8 bilion yang disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang rancak.</p> <p style="text-align: justify;">Sementara itu, MOF menjelaskan pasaran ekuiti memperlihat prestasi yang baik dengan harga saham di Bursa Malaysia mencatatkan paras tertinggi terbaharu sebanyak 1,594.74 mata pada 8 Julai, di waktu dunia menghadapi perkembangan ekonomi yang suram.</p> <p style="text-align: justify;">"Dagangan di pasaran derivatif juga telah kembali pulih dengan menokok 43.6 peratus kepada perolehan sebanyak 4.9 juta kontrak dalam tempoh tujuh bulan pertama 2011 sementara perolehan minyak sawit mentah dan Niaga hadapan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia terus menguasai jumlah keseluruhan perdagangan," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Ia menyatakan bahawa prestasi bagi pasaran derivatif meningkat sebahagiannya disebabkan oleh penghijrahan produk derivatif ke platform dagangan Chicago Mercantile Exchange Globex, yang memberi mereka lebih akses dan pengenalan kepada produk tersebut.</p> <p style="text-align: justify;">Sementara itu, kementerian itu berkata industri modal teroka masih kekal menjadi sumber utama penting untuk pembiayaan tahap awal projek berinovasi terutamanya pada peringkat permulaan dan pengembangan syarikat.</p> <p style="text-align: justify;">"Pada akhir Jun, syarikat modal teroka (VCC) dan syarikat pengurusan modal teroka (VCMCs) yang berdaftar kini masing-masing berjumlah 56 dan 52, berbanding 58 VCC dan 55 VCMC yang dicatatkan tahun lepas, dengan agensi kerajaan kekal sebagai sumber terbesar dana modal teroka," katanya. - BERNAMA</p> <p style="text-align: justify;"><strong>Defisit Fiskal Kerajaan Dianggar Turun Ketara Kepada 4.7 Peratus Pada 2012</strong></p> <p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Defisit fiskal kerajaan Persekutuan dianggarkan berkurangan ketara kepada 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun depan, demikian menurut Kementerian Kewangan.</p> <p style="text-align: justify;">Hasil kerajaan diunjurkan meningkat 1.9 peratus kepada RM186.9 bilion selaras dengan prospek ekonomi dalam negeri yang terus berkembang, katanya dalam Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan di sini Jumaat.</p> <p style="text-align: justify;">Kementerian Kewangan berkata dasar fiskal negara bagi 2012 akan kekal berhemat dan menyokong pertumbuhan ekonomi, sambil menambah jumlah perbelanjaan kerajaan dijangka stabil sebanyak RM230.8 bilion.</p> <p style="text-align: justify;">Menurutnya, harga komoditi yang lebih tinggi, peningkatan akses berterusan kepada pinjaman, keuntungan perniagaan yang teguh dan keadaan pasaran pekerjaan yang menggalakkan dijangka memperkukuh penggunaan swasta dan mencergaskan aktiviti pelaburan pada keseluruhannya.</p> <p style="text-align: justify;">Perkembangan yang menggalakkan ini akan menyumbang kepada hasil cukai yang lebih tinggi iaitu RM135.6 bilion, katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Komponen utama hasil cukai iaitu cukai langsung (RM102.1 bilion) dan cukai tidak langsung (RM33.5 bilion) dijangka terus mencatat peningkatan, mencerminkan pengembangan aktiviti ekonomi domestik yang lebih kukuh dalam semua sektor serta perdagangan sesama serantau yang menggalakkan.</p> <p style="text-align: justify;">Kementerian Kewangan berkata terimaan dari cukai pendapatan petroleum (RM26.2 bilion) dijangka kekal tinggi berikutan permintaan serantau yang kukuh ke atas minyak mentah dari kalangan negara Australia, India, Thailand, Filipina dan Korea.</p> <p style="text-align: justify;">Terimaan dari hasil bukan cukai, merangkumi pendapatan pelaburan, lesen, bayaran pendaftaran dan permit serta hasil dari wilayah persekutuan pula dijangka lebih rendah sedikit berjumlah RM51.3 bilion, katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Kementerian Kewangan berkata kerajaan komited untuk mengukuhkan kedudukan fiskal seperti disandarkan kepada jangkaan defisit yang lebih rendah pada 2012.</p> <p style="text-align: justify;">Pada masa yang sama, katanya kerajaan akan terus menggerakkan momentum pertumbuhan serta melaksanakan inisiatif transformasi ekonomi bagi memacu negara ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.</p> <p style="text-align: justify;">Menurutnya, Belanjawan 2012 akan memperhebat usaha meningkatkan daya saing ekonomi negara melalui pelaksanaan inisiatif pembaharuan dan menggalakkan pertumbuhan yang inklusif dan mampan.</p> <p style="text-align: justify;">"Bagi tujuan ini, sejumlah besar peruntukan disediakan untuk program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (RM7.4 bilion), Bidang Ekonomi Utama Negara (RM4 bilion) and Inisiatif Pembaharuan Strategik (RM121.5 bilion), yang merupakan langkah penting untuk mengerakkan Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi," katanya lagi.</p> <p style="text-align: justify;">Kementerian Kewangan berkata Belanjawan 2012 juga akan melaksanakan program dan projek yang mampu bertindak secara berkesan bagi menangani isu peningkatan kos sara hidup, menjamin kesejahteraan rakyat, merangsang pertumbuhan ekonomi luar bandar serta mempercepat pelaburan swasta. - BERNAMA</p> <p style="text-align: justify;"><strong>Dasar Monetari Kekal Akomodatif Pada Tahun Hadapan</strong></p> <p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Dasar monetari akan kekal akomodatif pada tahun hadapan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi, demikian menurut Kementerian Kewangan.</p> <p style="text-align: justify;">Ia akan ditentukan dengan mengambil kira perkembangan pertimbangan global dan kesannya terhadap ekonomi domestik dan prospek inflasi, katanya dalam Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan di sini Jumaat.</p> <p style="text-align: justify;">Ekonomi negara diunjurkan kekal mampan antara 5.0 - 6.0 peratus pada 2012, yang disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan aktiviti ekonomi yang dijana oleh Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh.</p> <p style="text-align: justify;">Katanya inflasi pula dijangka menjadi sederhana daripada paras tinggi yang direkodkan pada tahun ini.</p> <p style="text-align: justify;">Kementerian Kewangan berkata langkah-langkah makroprudential juga akan dilaksanakan untuk mengelakkan sebarang ketidakseimbangan kewangan dan mengekalkan kestabilan kewangan.</p> <p style="text-align: justify;">"Agregat monetari terus berkembang dalam tempoh tujuh bulan pertama 2011. M1 atau wang secara kecil meningkat 14.5 peratus pada akhir Julai berbanding 11.7 peratus pada tahun lepas, disebabkan oleh permintaan deposit yang lebih tinggi.</p> <p style="text-align: justify;">"M3 atau wang secara luas berkembang 11.6 peratus pada akhir Julai daripada 6.8 peratus tahun lepas yang disumbangkan oleh peningkatan pinjaman bank kepada sektor swasta dan aset asing bersih yang lebih tinggi," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Sementara itu, pembiayaan melalui sistem perbankan dan pasaran modal dijangka meningkat untuk menyokong aktiviti ekonomi, terutamanya beberapa projek mega jangka panjang yang sedang dilaksanakan seiring dengan hasrat negara untuk menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.</p> <p style="text-align: justify;">"Permohonan pinjaman, kelulusan dan pengeluaran mencatatkan pertumbuhan 23.1 peratus, 20.1 peratus dan 8.2 peratus, masing-masing bagi tempoh antara Januari dan Julai 2011 daripada 18.8 peratus, 19 peratus dan 8.2 peratus."</p> <p style="text-align: justify;">"Jumlah pinjaman terkumpul berkembang 12.9 peratus kepada RM949.9 bilion pada akhir Julai, dengan sektor isi rumah menyumbang lebih separuh daripada jumlah keseluruhan," kata laporan itu.</p> <p style="text-align: justify;">Dengan pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal Dua dan Pelan Induk Sektor Kewangan kedua pada tahun ini, pasaran kewangan dan pasaran modal dijangka lebih dinamik dan berinovasi, terutamanya dalam pengantarabangsaan kewangan Islam, modal teroka serta pembiayaan industri hijau dan inovasi, kata Kementerian Kewangan.</p> <p style="text-align: justify;">Pada masa ini, Kementerian Kewangan berkata Malaysia mempunyai infrastruktur syariah, pengawalseliaan dan undang-undang paling mantap yang menawarkan perkhidmatan kewangan Islam yang komprehensif dalam perbankan, takaful dan pasaran modal, termasuklah produk yang inovatif.</p> <p style="text-align: justify;">"Malaysia kekal sebagai peneraju terbitan sukuk yang mencakupi 62.7 peratus (AS$112.3 bilion) daripada jumlah sukuk terkumpul global pada akhir separuh pertama 2011," kata Kementerian Kewangan. - BERNAMA</p> <p style="text-align: justify;"><strong>Malaysia Terus Nikmati Guna Tenaga Penuh Pada 2011</strong></p> <p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia akan terus berkembang di bawah keadaan guna tenaga penuh pada tahun ini berikutan pertumbuhan permintaan buruh yang mengatasi penawaran, demikian menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.</p> <p style="text-align: justify;">Menurut laporan itu tenaga buruh dijangka bertambah sebanyak 2.3 peratus kepada 12.6 juta tahun ini disumbang oleh peningkatan dalam tenaga kerja.</p> <p style="text-align: justify;">Berikutan perkembangan ini, kadar pengangguran dijangka menurun kepada 3.3 peratus atau 419,000 penganggur pada tahun ini berbanding 424,200 pada tahun lepas.</p> <p style="text-align: justify;">"Peratusan tenaga buruh dengan pendidikan tertiari dijangka bertambah kepada 26.9 peratus pada tahun ini berbanding dengan 24.2 peratus pada tahun lepas manakala kadar penyertaan tenaga buruh dijangka meningkat kepada 64.8 peratus pada tahun ini berbanding 64.3 peratus pada tahun sebelumnya disebabkan penyertaan yang tinggi dalam kohort umur 20 hingga 24," menurut laporan itu.</p> <p style="text-align: justify;">Daripada segi gender, kadar penyertaan lelaki dijangka meningkat kepada 80 peratus manakala wanita kepada 49 peratus berbanding 79.8 peratus dan 48 peratus masing-masing pada tahun lepas.</p> <p style="text-align: justify;">Sektor perkhidmatan akan terus mengekalkan peratusan pekerjaan tertinggi pada kadar 53.1 peratus atau 6.5 juta guna tenaga pada tahun ini diikuti sektor pembuatan yang dijangka mewujudkan 52 peratus daripada keseluruhan pekerjaan baru berbanding 47 peratus dalam sektor perkhidmatan pada tahun lepas.</p> <p style="text-align: justify;">Laporan itu menyebut bilangan pencari kerja aktif yang berdaftar dengan JobsMalaysia berkurangan 3.5 peratus kepada 342,198 dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini dengan majoriti pencari kerja (60.6 peratus) terdiri daripada pemegang ijazah dan diploma, manakala 29.7 peratus adalah lepasan sekolah yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).</p> <p style="text-align: justify;">Sebanyak 1, 353, 114 kekosongan pekerjaan didaftarkan dengan JobsMalaysia dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.</p> <p style="text-align: justify;">Selaras dengan keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, bilangan pekerja yang diberhentikan kekal rendah sebanyak 6,751 dengan 87 peratus merupakan pekerja tempatan dan selebihnya pekerja asing.</p> <p style="text-align: justify;">Menurut laporan itu, jumlah pekerja asing sehingga akhir Disember 2010, merangkumi 15.2 peratus daripada tenaga kerja dan berikutan usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing kurang mahir, peratusan pekerja asing kepada jumlah tenaga kerja telah menurun kepada 10.7 peratus.</p> <p style="text-align: justify;">Majoriti pekerja asing itu terdiri daripada negara Asia seperti Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh, India dan Vietnam dengan kebanyakannya bekerja di sektor pembuatan, pembinaan, perladangan, perkhidmatan dan pertanian.</p> <p style="text-align: justify;">Usaha terus giat dijalankan untuk menarik ekspatriat berkemahiran tinggi ke negara ini bagi membantu negara mencapai ekonomi berasaskan inovasi dan berpendidikan tinggi.</p> <p style="text-align: justify;">Pada akhir Ogos tahun ini, sejumlah 41,831 ekspatriat bekerja di negara ini terutama dalam sektor perkhidmatan (23,763), pembuatan (12,355), pembinaan (2,188) dan pendidikan (1,308). - BERNAMA</p> <p style="text-align: justify;"><strong>Ekonomi Dijangka Berkembang 5.0-6.0 Peratus Tahun Depan</strong></p> <p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR  - Ekonomi negara dijangka berkembang 5.0 - 6.0 peratus pada tahun depan, yang akan dipacu oleh permintaan domestik dengan sektor swasta memainkan peranan yang lebih penting manakala sektor awam terus menyokong pertumbuhan dengan perbelanjaan modal yang lebih baik.</p> <p style="text-align: justify;">Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan 2010/2011, yang dikeluarkan di sini Jumaat, menyatakan unjuran itu turut mengambil kira pertumbuhan ekonomi dunia yang sederhana dan kegiatan perdagangan sesama serantau yang kekal kukuh serta pemulihan eksport elektrik dan elektronik dan harga komoditi yang teguh.</p> <p style="text-align: justify;">Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada suku kedua berkembang 4.0 peratus dari pertumbuhan yang disemak semula sebanyak 4.9 peratus pada suku tahun pertama.</p> <p style="text-align: justify;">Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pada pertengahan Ogos yang kerajaan menjangka ekonomi negara akan berkembang 5.0 - 6.0 peratus pada tahun ini.</p> <p style="text-align: justify;">"Permintaan domestik, terutamanya perbelanjaan sektor swasta dijangka memainkan peranan yang penting dalam memacu perkembangan ekonomi pada 2012," kata laporan itu.</p> <p style="text-align: justify;">Pelaburan swasta dijangka mengekalkan momentum yang kukuh dengan pertumbuhan 15.9 peratus yang disokong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan dan perlaksanaan projek permulaan (EPP) yang rancak.</p> <p style="text-align: justify;">Pada tahun depan, perbelanjaan awam dijangka meningkat 4.7 peratus dengan pelaburan awam berkembang 7.0 peratus.</p> <p style="text-align: justify;">Pertumbuhan sektor perkhidmatan dijangka kekal 6.5 peratus pada 2012 berbanding dengan 6.4 peratus pada tahun ini, yang dipacu oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, kewangan dan insurans serta komunikasi.</p> <p style="text-align: justify;">Selaras dengan perkembangan itu, sumbangan sektor perkhidmatan dijangka meningkat kepada 58.9 peratus daripada KDNK.</p> <p style="text-align: justify;">Sektor pertumbuhan yang dijangka mengekalkan pertumbuhannya pada 4.5 peratus akan disokong sebahagian besar oleh pertumbuhan yang kukuh dalam industri berorientasi domestik khususnya subsektor yang berasaskan sumber.</p> <p style="text-align: justify;">Sektor pertanian dijangka berkembang 4.1 peratus pada 2012 berbanding 4.7 peratus pada tahun ini, dengan kebanyakan subsektor mencatat prestasi yang kukuh.</p> <p style="text-align: justify;">"Kegiatan sektor perladangan, terutamanya kelapa sawit dan getah diunjurkan terus cergas sejajar dengan peningkatan hasil yang lebih tinggi."</p> <p style="text-align: justify;">Sektor perlombongan dijangka berkembang 2.5 peratus pada 2012 berbanding dengan -2.4 peratus tahun ini,yang disokong oleh pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang lebih tinggi.</p> <p style="text-align: justify;">Sektor pembinaan dijangka berkembang dengan kukuh sebanyak 7.0 peratus pada 2012 berbanding 3.4 peratus pada 2010, yang didorong oleh pelaksanaan projek infrastruktur berskala besar dan aktiviti pembinaan perumahan yang cergas.</p> <p style="text-align: justify;">Kegiatan subsektor kejuruteraan awam akan disokong oleh pelaksanaan projek pembangunan bagi mempertingkatkan potensi pertumbuhan ekonomi jangka panjang seperti aliran MRT Sungai Buloh-Kajang dan terminal bersepadu di Gombak. - BERNAMA</p> <p style="text-align: justify;"><strong>Harga Rumah Meningkat Dua Kali Ganda Di KL</strong></p> <p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Harga purata unit kediaman di ibu negara meningkat dua kali ganda iaitu RM448,750 seunit berbanding harga purata nasional RM201,851 dalam tempoh separuh pertama 2011, demikian menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, Jumaat.</p> <p style="text-align: justify;">Harga kediaman yang lebih tinggi didorong oleh permintaan yang kukuh, kenaikan kos input pembinaan, kekurangan tanah, dan pinjaman yang mudah diperoleh.</p> <p style="text-align: justify;">Laporan itu menyatakan peningkatan harga tanah kediaman merupakan faktor utama yang menyumbang kepada isu perumahan di Malaysia dan didorong oleh pertambahan jumlah penduduk di kawasan bandar dan peningkatan pendapatan isi rumah.</p> <p style="text-align: justify;">Faktor tersebut menyumbang kepada permintaan melebihi penawaran terutama bagi rumah kos rendah dan sederhana yang terjejas akibat projek perumahan terbengkalai dan lewat serta kawalan kualiti yang tidak mencukupi dan penggunaan bahan binaan berkualiti rendah.</p> <p style="text-align: justify;">Beberapa inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi isu berkenaan, antaranya memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku pada 8 Mac tahun ini untuk membantu golongan muda bawah 35 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.</p> <p style="text-align: justify;">Sehingga akhir Jun 2011, sebanyak 772 permohonan diterima dan 143 telah diluluskan dengan jumlah yang dijamin bernilai RM7 juta melalui skim itu.</p> <p style="text-align: justify;">Menurut laporan itu, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai lepas merupakan satu lagi program Perkongsian Awam-Swasta melibatkan kerajaan dalam menyediakan tanah dan kemudahan dana untuk pembinaan rumah di kawasan bandar pada harga berpatutan.</p> <p style="text-align: justify;">Fasa pertama PR1MA melibatkan pembinaan sebanyak 42,000 unit rumah di 20 kawasan termasuk Bandar Tun Razak, Cyberjaya, Putrajaya, Seremban Sentral dan Sungai Besi. Sebanyak 560 pangsapuri dibina dalam projek PR1MA pertama di Presint 11, Putrajaya.</p> <p style="text-align: justify;">Inisiatif memulihkan projek perumahan terbengkalai dilakukan dan sehingga akhir Julai lepas, 81 projek yang terdiri daripada 15,494 rumah telah dipulihkan. - BERNAMA</p> <p style="text-align: justify;">*Bagi bantu pemilik teksi bajet persendirian hadapi kos operasi tinggi, akan dibantu termasuk pengecualian cukai pembelian teksi.</p> <p style="text-align: justify;">TERAJU a<a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/21.jpg"><img class="alignleft size-full wp-image-34334" title="2" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/21.jpg" alt="" width="300" height="176" /></a>kan menyelaras dan memacu transformasi serta kukuhkan penyertaan Bumiputra dlm perniagaan.</p> <p style="text-align: justify;">Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.</p> <p style="text-align: justify;">Hospital Kuala Lumpur (HKL), hospital tertua di msia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru utk   rawatan pesakit luar.</p> <p style="text-align: justify;">Utk bantu golongan gelendangan, Krjn akan sediakan pusat khidmat bantuan sosial dikenali sbg Anjung Singgah.</p> <p style="text-align: justify;">Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.</p> <p style="text-align: justify;">Bagi bantu pemilik teksi bajet persendirian hadapi kos operasi tinggi, akan dibantu termasuk pengecualian cukai pembelian teksi.</p> <p style="text-align: justify;">* RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai.</p> <p style="text-align: justify;">Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik.</p> <p style="text-align: justify;">Peruntukan RM10juta akan disediakan utk melatih wanita professional utk kembali ke pasaran kerja.</p> <p style="text-align: justify;">Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara.</p> <p style="text-align: justify;">Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.</p> <p style="text-align: justify;">*Kakitangan kerajaan akan dapat tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kepada pesara kerajaan.</p> <p style="text-align: justify;">Kakitangan kerajaan akan dpt tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara kerajaan.</p> <p style="text-align: justify;">Sokongan besar rakyat amat penting utk pastikan perjalanan menjadikan negara maju dan makmur.</p> <p style="text-align: justify;"><strong>Pendidikan Rendah Dan Menengah Percuma Di Sekolah Kerajaan </strong></p> <p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata buat pertama kalinya dalam sejarah pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan disediakan secara percuma bermula sesi persekolahan 2012.</p> <p style="text-align: justify;">Perdana Menteri berkata langkah ini diambil bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosio-ekonomi berpeluang kepada masa depan yang lebih baik selain memastikan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.</p> <p style="text-align: justify;">"Pada masa ini pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran ko-kurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, dan insurans takaful.</p> <p style="text-align: justify;">"Mulai sesi persekolahan 2012 , bayaran ini akan dimansuhkan," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini.</p> <p style="text-align: justify;">Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pemansuhan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM150 juta.</p> <p style="text-align: justify;">Dalam Belanjawan 2012, sektor pendidikan diperuntukkan RM50.2 bilion.</p> <p style="text-align: justify;">Najib berkata bagi Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.</p> <p style="text-align: justify;">Sebagai tambahan, katanya, peruntukan RM1 bilion akan disediakan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.</p> <p style="text-align: justify;">Najib berkata daripada peruntukan itu, RM500 juta diberikan kepada Sekolah Kebangsaan dan masing-masing RM100 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Mubaligh, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).</p> <p style="text-align: justify;">Katanya, kerajaan juga mencadangkan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dan memenuhi peraturan yang ditetapkan diberi beberapa galakan dengan mengambil kira peranan penting mereka dalam menyediakan pendidikan berkualiti menghasilkan generasi masa depan cemerlang.</p> <p style="text-align: justify;">Najib berkata galakan yang diberikan ialah pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh lima tahun; dan potongan dua kali bagi perbelanjaan promosi di luar negara bagi menarik lebih ramai kemasukan pelajar asing dan ketiga ialah pengecualian duti import dan cukai jalan ke atas semua peralatan pembelajaran.</p> <p style="text-align: justify;">"Kerajaan berharap dengan adanya penjimatan kos ini kepada pengendali sekolah swasta sebagai imbal balas dapatlah dikurangkan sedikit yuran sekolah para pelajar, agar beban ibu bapa dapat diringankan," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Najib berkata galakan juga diberikan kepada orang perseorangan dan syarikat yang menyumbang daripada sudut kewangan untuk institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar dengan diberi potongan cukai.</p> <p style="text-align: justify;">Beliau berkata kemudahan itu juga dipanjangkan kepada semua tempat ibadat yang berdaftar.</p> <p style="text-align: justify;">Katanya kerajaan akan menyegerakan kelulusan pengecualian cukai bagi institusi pendidikan dan semua rumah ibadat dalam tempoh masa yang singkat.</p> <p style="text-align: justify;">Di samping itu, sektor swasta juga disaran berganding bahu memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dengan pemberian galakan cukai seperti potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat dalam melaksanakan program internship.</p> <p style="text-align: justify;">Dua lagi galakan ialah potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa dan potongan dua kali ke atas perbelanjaan bagi menyertai pameran kerjaya di luar negara. - BERNAMA</p> <p style="text-align: justify;">*Pencarum KWSP blh daftar awal giliralan ibadat Haji melalui penghadangan Akaun2 sebanyak RM1,300</p> <p style="text-align: justify;">Ahli-ahli Parlimen Msia akan diberi elaun baru setelah jumlahnya dipersetujui nanti, bermula 1 Januari 2012.</p> <p style="text-align: justify;">Pemberian baucar buku RM200 kpd semua pelajar warganegara Msia di inst pengajian tinggi awam & swasta tempatan, matrikulasi & tingkatan 6.</p> <p style="text-align: justify;"><strong>BN Sudah Lama Amal Negara Berkebajikan Melalui Subsidi, Insentif, Bantuan</strong></p> <p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ketika pihak-pihak tertentu baru bercakap mengenai negara berkebajikan, Barisan Nasional (BN) telah lama mengamalkan konsep itu dengan menyediakan pelbagai subsidi, insentif dan bantuan "semuanya dengan semangat Rakyat Didahulukan".</p> <p style="text-align: justify;">"Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini.</p> <p style="text-align: justify;">"Bukankah kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan?," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini, Jumaat.</p> <p style="text-align: justify;">Perdana Menteri berkata konsep berkebajikan kerajaan BN jelas melalui pemberian subsidi bagi setiap kilogram beras super tempatan, gula, minyak masak dan tepung gandum.</p> <p style="text-align: justify;">"Keseluruhan subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja RM2.3 bilion dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh itu, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Tidak cukup sekadar itu, Najib berkata subsidi kerajaan bukan terhad kepada bahan makanan asas sebaliknya ia juga merangkumi subsidi produk petroleum dan bantuan tunai yang melibatkan RM17 bilion.</p> <p style="text-align: justify;">Beliau berkata subsidi itu meliputi setiap liter petrol RON95, setiap liter diesel serta bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak.</p> <p style="text-align: justify;">Selain itu, katanya kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi bil elektrik berjumlah RM20 sebulan dan ke bawah yang telah dilaksanakan sejak 2009 dan pemberian subsidi itu melibatkan peruntukan RM150 juta dan seramai sejuta isi rumah akan mendapat manfaat.</p> <p style="text-align: justify;">"Segala subsidi, insentif dan bantuan ini berjumlah RM33.2 bilion. Semuanya dengan semangat Rakyat Didahulukan," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Najib berkata kerajaan juga akan menyediakan RM1.2 bilion untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan; bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan dengan maksimum RM450 sebulan serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya antara RM150 dan RM300 sebulan.</p> <p style="text-align: justify;">Beliau berkata KAR1SMA akan memberi manfaat kepada hampir 500,000 rakyat dalam membantu meringankan beban sara hidup.</p> <p style="text-align: justify;">Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mengambil langkah bagi membendung kenaikan kos dan harga serta membantu mengurangkan beban rakyat dengan menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia, yang kini menawarkan 250 jenis produk berjenama 1Malaysia, ke seluruh negara.</p> <p style="text-align: justify;">"Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, kerajaan juga bercadang membuka 85 unit tambahan sehingga akhir 2012 dengan peruntukan RM40 juta," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Selain itu, beliau berkata kerajaan juga akan membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat bagi memasarkan produk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia di samping akan memperluaskan penjualan produk 1Malaysia di semua kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar), kedai Felda dan kedai serbaneka stesen minyak seluruh negara.</p> <p style="text-align: justify;">Beliau berkata kerajaan juga akan memperluas dan mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutan iaitu maksimum RM2 bagi sarapan pagi dan RM4 bagi makan tengah hari.</p> <p style="text-align: justify;">"Sehingga kini, lebih 700 pengusaha telah mengambil bahagian dan dijangka diperluaskan kepada 3,000 pengusaha pada akhir 2012. Untuk mengembangkan lagi langkah ini, kerajaan menggalakkan semua pengusaha kafeteria di pejabat kerajaan dan swasta melaksanakan inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Najib berkata bagi menangani kenaikan harga barang terutamanya bahan makanan, kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang bersepadu bersifat jangka pendek, sederhana dan panjang antaranya meningkatkan pengeluaran makanan seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.</p> <p style="text-align: justify;">Beliau berkata langkah-langkah yang diambil itu ialah dengan melancarkan Dasar Agro Makanan 2011 hingga 2020, memperuntukkan RM1.1 bilion bagi pembangunan sektor pertanian tahun depan, memperluaskan skop pembiayaan Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanian berinovasi dan memperbanyakkan program ladang kontrak bagi memastikan bekalan produk makanan mencukupi. - BERNAMA</p> <p style="text-align: justify;"><strong>Bayaran Khas Rm3,000 Kepada Anggota Keselamatan, Duda Dan Balu Yang Berkhidmat Semasa Darurat</strong></p> <p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Kerajaan Jumaat mengumumkan bayaran khas sebanyak RM3,000 setiap orang kepada hampir 62,000 orang bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat.</p> <p style="text-align: justify;">Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bayaran khas sebagai mengenang jasa itu juga termasuk kepada lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang mana jasa mereka sering dinafi dan diperlekeh sesetengah pihak ketika ini.</p> <p style="text-align: justify;">"Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang mengenang budi, kita tidak akan membiarkan wirawan dan wirawati tanpa pembelaan yang sewajarnya kerana sesungguhnya, keringat dan air mata mereka serta keluarga yang membasahi bumi bertuah ini akan terus malar dan segar dalam sanubari dan ingatan rakyat Malaysia," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini.</p> <p style="text-align: justify;">Najib berkata, bekas anggota keselamatan itu terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout.</p> <p style="text-align: justify;">Beliau berkata bagi memastikan anggota tentera fokus dalam menjalankan tugas, kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta di bawah program 'Army Care' untuk menaik taraf dan menyelenggara kem dan kuarters tentera di seluruh negara.</p> <p style="text-align: justify;">Katanya tempat tinggal dan suasana kem yang selesa dapat menjadi pemangkin kepada prestasi kerja yang positif dalam kalangan anggota.</p> <p style="text-align: justify;">Bagi meringankan beban 175,000 anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen, Najib berkata kerajaan akan menyediakan program latihan khusus untuk mereka dengan dana sebanyak RM50 juta.</p> <p style="text-align: justify;">"Program latihan khusus itu membolehkan mereka yang sudah bersara tanpa pencen menceburi bidang perniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta kepada mereka yang layak," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan menyediakan peruntukan khas berjumlah RM200 juta dalam usaha bagi memastikan integriti dan wibawa pasukan polis kekal terjunjung tinggi.</p> <p style="text-align: justify;">Beliau berkata negara memerlukan pasukan polis yang moden dengan latihan yang sesuai dengan era baru, menual teknologi moden, kelengkapan terkini dan cara penyiasatan dan pengumpulan bukti yang saintifik dan canggih.</p> <p style="text-align: justify;">"Susulan ucapan saya sempena Hari Malaysia, 16 Sept lepas, kita bakal menempa wajah baru landskap sosiopolitk negara. Pemansuhan, pemindaan dan penggubalan kerangka perundangan baru bagi mengimbangi antara kepentingan keselamatan dan negara dan kebebasan individu akan memerlukan tugas kepolisan dalam masyarakat yang moden dan terbuka.</p> <p style="text-align: justify;">"Falsafah kepolisan yang dibentuk dalam era 'insurgency' dan ketidaktentuan tidak lagi sesuai pada kontemporari ini," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Najib berkata untuk perbelanjaan pembangunan Polis Diraja Malaysia, tambahan dana berjumlah RM442 juta akan diperuntukkan tahun hadapan, di mana antara projek yang bakal diilaksanakan merangkumi projek perumahan anggota polis, penambahbaikan ibu pejabat, balai dan pusat latihan. - BERNAMA</p> <p style="text-align: justify;"><strong>Bantuan Hampir Rm7,560 Kepada Pemilik Teksi Bajet Dan Kereta Sewa Persendirian</strong></p> <p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Pemilik teksi bajet persendirian bakal menerima pelbagai bantuan yang dianggarkan bernilai RM7,560 menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2012, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.</p> <p style="text-align: justify;">Beliau berkata antara bantuan yang akan diberikan adalah pemansuhan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian serta pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.</p> <p style="text-align: justify;">"Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat beban yang ditanggung oleh pemilik teksi persendirian akibat kos operasi yang meningkat. Tambahan pula, sebahagian besar teksi yang dimiliki telah melebihi jangka hayat ekonomi.</p> <p style="text-align: justify;">"Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan ini, pemandu teksi dapat memberi perkhidmatan lebih berkualiti, mesra pelanggan dan sekaligus menaikan imej negara yang mesra pelancong," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat hari ini.</p> <p style="text-align: justify;">Perdana Menteri berkata bantuan lain termasuklah pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.</p> <p style="text-align: justify;">Beliau juga berkata pemandu teksi yang membuat pinjaman penuh bagi memiliki teksi baru buatan tempatan akan menikmati pemberian subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus.</p> <p style="text-align: justify;">"Skim pinjaman ini yang diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional akan ditawarkan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan 2012," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Najib berkata pemandu teksi yang membeli kereta baru buatan tempatan dalam tempoh dua tahun mulai awal tahun depan bakal diberi bantuan bagi melupuskan teksi lama milik mereka.</p> <p style="text-align: justify;">Bantuan sebanyak RM3,000 diberikan bagi melupuskan teksi lama yang berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun, manakala pemilik teksi yang berusia 10 tahun ke atas akan menerima bantuan sebanyak RM1,000, katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Perdana Menteri berkata kesemua bantuan tersebut akan turut dipanjangkan kepada pemilik kereta sewa persendirian. - BERNAMA</p> <p style="text-align: justify;"><a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/31.jpg"><img class="alignleft size-full wp-image-34351" title="3" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/31.jpg" alt="" width="300" height="169" /></a><strong>Suntikan Hpv Percuma Untuk Wanita Pada Tahun 2012</strong></p> <p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) bagi membolehkan lebih ramai wanita mendapatkan kemudahan imunisasi mencegah kanser servik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.</p> <p style="text-align: justify;">Perdana Menteri berkata kemudahan imunisasi yang bernilai sebanyak RM150 bagi tiga suntikan itu akan dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perancangan Keluarga Negara (LPPKN).</p> <p style="text-align: justify;">"Untuk tujuan ini, peruntukan RM50 juta disediakan pada tahun 2012," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat Jumaat.</p> <p style="text-align: justify;">Sebagai usaha menjamin kesihatan para ibu dan anak, Najib turut mengumumkan pembinaan sebuah hospital khusus untuk golongan wanita dan kanak-kanak di Kuala Lumpur menerusi Belanjawan tersebut.</p> <p style="text-align: justify;">Perdana Menteri berkata hospital itu akan dibina melalui perkongsian awam swasta dengan kos sebanyak RM700 juta.</p> <p style="text-align: justify;">Selain itu katanya, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk melaksanakan program-program latihan bagi memenuhi keperluan Dasar Sekurang-Kurangnya 30 Peratus Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan dalam Sektor Korporat.</p> <p style="text-align: justify;">Antara program yang akan dijalankan adalah melatih wanita yang berpotensi untuk menjadi ahli lembaga pengarah syarikat, membangunkan pangkalan data wanita berpotensi untuk diketengahkan sebagai pengarah syarikat dan mempergiatkan aktiviti advokasi.</p> <p style="text-align: justify;">"Bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan, kerajaan juga akan menyediakan program latihan yang bersesuaian," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Bagi memberi rangsangan kepada usahawan kecil, Perdana Menteri berkata, peruntukan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) akan ditambah sekali ganda kepada RM300 juta berbanding RM120 juta pada tahun 2011.</p> <p style="text-align: justify;">Katanya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga akan menyediakan RM2.1 bilion untuk pinjaman mikro kepada usahawan terutama wanita.</p> <p style="text-align: justify;">"Daripada jumlah tersebut, RM100 juta disediakan untuk usahawan kaum India dan RM100 juta lagi kepada usahawan kaum Cina melalui satu unit khas di bawah AIM," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Najib berkata kerajaan juga mencadangkan agar surat cara perjanjian pembiayaan mikro kredit diberi pengecualian duti setem bagi mengurangkang kos pengendalian peniaga dan usahawan mikro. - BERNAMA</p> <p id="titleNews" style="text-align: justify;"><strong>Elaun Dan Kemudahan Anggota Parlimen Dikaji Semula</strong></p> <p id="news" style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengkaji semula elaun dan kemudahan Anggota Parlimen, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.</p> <p style="text-align: justify;">Pengumuman Perdana Menteri itu yang dibuatnya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini Jumaat disambut tepukan meja tanda sokongan daripada Anggota Parlimen.</p> <p style="text-align: justify;">Najib berkata kerajaan menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja Anggota Parlimen yang semakin bertambah selain perlunya memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik yang diumumkan baru-baru ini.</p> <p style="text-align: justify;">"Dengan syarat...kedua-dua belah pihak, parti kerajaan dan pembangkang, mestilah seia sekata bersetuju, termasuklah yang Bebas-Bebas itu.</p> <p style="text-align: justify;">"Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuatkuasa pada 1 Jan tahun depan," katanya sambil tersenyum. - BERNAMA</p> <p style="text-align: justify;"><strong>Tiada Lagi Caj Pendaftaran Pesakit Luar Untuk Warga Emas</strong></p> <p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Semua warganegara berumur 60 tahun ke atas tidak perlu lagi membayar caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan mulai 1 Jan 2012, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.</p> <p style="text-align: justify;">Perdana Menteri berkata caj pendaftaran itu turut dikecualikan apabila warga emas mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia dan Klinik Pergigian milik kerajaan.</p> <p style="text-align: justify;">Semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat Jumaat, Najib berkata kerajaan tidak pernah melupakan kebajikan warga emas terutamanya untuk mendapatkan kemudahan awam seperti perkhidmatan kesihatan dan pengangkutan.</p> <p style="text-align: justify;">"Mereka juga akan diberi diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel," katanya. - BERNAMA</p> <strong> </strong>              

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014