MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Friday, April 18, 2014


3 Maut Dalam Kemalangan Berasingan Di Pahang

3 Maut Dalam Kemalangan Berasingan Di Pahang

    September 29, 2011




KUANTAN – Tiga orang terbunuh dalam nahas jalan raya berasingan di Pahang semalam, dua daripadanya melibatkan lori.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian pertama pada 1.57 pagi, seorang pemandu maut manakala kelindannya cedera parah selepas lori tanpa muatan dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori lain dengan muatan perabot sekolah di kilometer 97 Jalan Lipis-Merapoh, Kuala Lipis.

Beliau berkata, ketika kejadian, Adnan Ali, 48, dari Tumpat, Kelantan dan kelindannya, Zamri Abdullah, 41, sedang menuju ke Kuala Lumpur dari arah Kota Bharu.

“Pemandu dan kelindan sebuah lagi lori yang terbalik akibat pertembungan itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, Khamis.

Dalam kemalangan lain, warga emas, Azizah Hussin, 73, dari Kampung Gelugor di sini, terbunuh selepas dirempuh sebuah lori ketika sedang berjalan di KM47 Jalan Kuantan-Maran pada 8.45 pagi.

Mohamed Fauzi berkata, lori yang membawa barangan keperluan harian sebuah pasar raya itu dipercayai terbabas ketika melalui satu selekoh lalu melanggar tiang lampu dan sebatang pokok pinang sebelum merempuh mangsa yang berjalan kaki di bahu jalan.

Dalam satu lagi kemalangan, seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera parah selepas bertembung dengan sebuah kereta di KM345 Jalan Raub-Lipis dekat Raub pada 6 petang.

Mohamed Fauzi berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Bailhaki Mustafa, 20, manakala pembonceng, Mohd Azharudin Mohd Nor, 18, patah paha kanan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. – BERNAMA

3 Maut Dalam Kemalangan Berasingan Di Pahanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/09/3-Maut-Dalam-Kemalangan-Berasingan-Di-Pahang.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/09/3-Maut-Dalam-Kemalangan-Berasingan-Di-Pahang-150x150.jpg MyNewsHub
KUANTAN - Tiga orang terbunuh dalam nahas jalan raya berasingan di Pahang semalam, dua daripadanya melibatkan lori. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian pertama pada 1.57 pagi, seorang pemandu maut manakala kelindannya cedera parah selepas lori tanpa muatan dinaiki mereka dipercayai...
KUANTAN - Tiga orang terbunuh dalam nahas jalan raya berasingan di Pahang semalam, dua daripadanya melibatkan lori. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian pertama pada 1.57 pagi, seorang pemandu maut manakala kelindannya cedera parah selepas lori tanpa muatan dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori lain dengan muatan perabot sekolah di kilometer 97 Jalan Lipis-Merapoh, Kuala Lipis. Beliau berkata, ketika kejadian, Adnan Ali, 48, dari Tumpat, Kelantan dan kelindannya, Zamri Abdullah, 41, sedang menuju ke Kuala Lumpur dari arah Kota Bharu. "Pemandu dan kelindan sebuah lagi lori yang terbalik akibat pertembungan itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Khamis. Dalam kemalangan lain, warga emas, Azizah Hussin, 73, dari Kampung Gelugor di sini, terbunuh selepas dirempuh sebuah lori ketika sedang berjalan di KM47 Jalan Kuantan-Maran pada 8.45 pagi. Mohamed Fauzi berkata, lori yang membawa barangan keperluan harian sebuah pasar raya itu dipercayai terbabas ketika melalui satu selekoh lalu melanggar tiang lampu dan sebatang pokok pinang sebelum merempuh mangsa yang berjalan kaki di bahu jalan. Dalam satu lagi kemalangan, seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera parah selepas bertembung dengan sebuah kereta di KM345 Jalan Raub-Lipis dekat Raub pada 6 petang. Mohamed Fauzi berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Bailhaki Mustafa, 20, manakala pembonceng, Mohd Azharudin Mohd Nor, 18, patah paha kanan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014