Thursday, May 17, 2012


KL Gangster 2 Mula Pengambaran November Ini

    September 25, 2011

32 Comments


KUALA LUMPUR – KL Gangster 2 akan memulakan pengambaran sekitar bulan November ini dengan ‘kemasukan’ Rosyam Nor (gambar bawah di kanan) yang akan membawa antara watak utama filem berkenaan yang digarap berdasarkan KL Gangster pertama yang menjana kutipan sebanyak RM12 juta.

Pengarahnya, Syamsul Yusof berkata, tawaran kepada Rosyam itu dibuat bagi menjadikan KL Gangster 2 lebih mantap dan menjanjikan adrenalin yang lebih bertenaga.

“Pada masa yang sama, para pelakon lain seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Ridzuan Hashim dan Soffi Jikan turut dikekalkan,” kata Syamsul, memetik ohartis.com.

Rosyam atau Mohd. Noor bin Shamsuddin yang pernah meraih banyak anugerah termasuk Pelakon Filem Lelaki Popular (Anugerah Skrin & Bintang Popular 1997/1998), Pelakon Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1999) dan Pelakon Lelaki TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2000) sebelum ini banyak berlakon dalam filem aksi.

Antara filem-filem berkenaan ialah KL Menjerit, Gangster, Castello dan terbaru, Libas arahan Jurey Latiff Rosli.

KL Gangster yang mengisahkan kehidupan pemuda bernama Malek lakonan Aaron Aziz yang terlibat dalam kancah kongsi gelap dan gangster mencipta fenomena baru dalam industri perfileman tempatan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM12 juta, tertinggi yang pernah dicatatkan oleh mana-mana filem tempatan.

Filem terbitan Skop Production itu yang menelan kos produksi dan promosi mencecah RM2.1 juta ditayangkan di 81 pawagam yang tertakluk dengan Skim Wajib Tayang selama dua minggu.

KL Gangster merupakan filem berkualiti tinggi di mana proses adunannya dilakukan di Studio Siam Lab, Bangkok, Thailand.

Mengulas lanjut, ohartis berkata, pihaknya berbangga dengan usaha pengarah muda ini yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam filem-filem yang dihasilkan.

“Kami akan tunggu KL Gangster 2 dengan penuh sabar,” kata blog itu lagi.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Fida Ibrahim In Love With Mamat (Sepah)
Ella Mengaku Sudah Ada Kekasih Baru
Natasha Hudson Promosi Bahan Organik
Lan A To Z Bernikah Buat Kali Kedua
Abby Abadi Putus Cinta Dengan Zul Ariffin
'Skirt-skirt' Menarik Di Hari Jadi Dahlia Teck
Transformasi Menarik Nasha Aziz
Lisdawati Yakin Fauzi Nawawi Tak Curang
Siti Sarah Selamat Lahirkan Anak Lelaki
Jangan Bandingkan Saya Dengan Ogy – Neelofa
Farahdhiya Selalu Turun Dari Lamborghini?
Rozita Rela Kahwin Lelaki Tidak Berharta
Marsha Pula Dituduh Memukul Di Kelab?
Zahida Rafik Dakwa Masih Solo, Ada Peluang Ni
Hafiz AF Kena ‘Santau’ Dalam Mania?

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Liyana-Ahmad/100000115672981 Liyana Ahmad

    xsaba…:D

  • http://www.facebook.com/people/Matnoor-Puyu-Jb/100002324720943 Matnoor Puyu Jb

    harap2 kl gangster2 lebih perfect lgi,wa pun dah x sabar nk tggu kmunculanye…..hehehehe!!! wa sengat bro!!!

  • http://www.facebook.com/people/Matnoor-Puyu-Jb/100002324720943 Matnoor Puyu Jb

    Agak2 ape pulak karetor abg long fadil lepas nie yee?? Sama ada dia nk return balik ke dgn shark?? Mne la tau kot2 ABG LONG DIL dpt super power hahahaha…(KL gangster 2) Hahaha tu pun kite x tahu gak kn….. sama2 lah kite saksi kn aksi mereka di pnggung nti!!! BUSUK PUNYE OLANG SULA MALI,MKN SAMBIL BERAK PUIIIIHHHHHH….

    • Aminfauzi86

      Kl gngster2 ni dia imbas sebelum malik masuk penjara..mcmmana dia ngn king jd gengster

      • LOL

        kalau wat sekuel mmng x bez la.. :(

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000804095681 Irsyad Shahimi

    makin best la cite kl gengster ade rosyam nor..

  • Amin_jumpstyle

    ttp menanti kmunculan kL gengster 2 ..^_^

  • http://www.facebook.com/people/Hafizi-PetPot/100000729185060 Hafizi PetPot

    nk tgok gak k.l gangster 2 bper kutipan die…

  • Azlizan76

    i’m waiting KL GANGSTER 2…..

  • Amirulfarhan71

    mest GEMPAK r… klu r0syam n0r ade skali kn2…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001941384478 Topa Fami

    Kl Gnagters 2 !! aq tunggu ko !!

  • http://twitter.com/faithsone faithsone

    Apa kes badan minyak semacam? Turn off gile. Letak tu agak2 la

  • http://www.facebook.com/people/Aizat-Safwan-Amir/100000456166480 Aizat Safwan Amir

    llllll

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002214858274 Bro Mien

    yahoo kl gengster 2 akn dtg,,,,,mmg gmpak r, yg kl gengster prtama pn gmpak dh…………….malek ist  the back..

  • http://www.facebook.com/mushroom.muszotai Mushroom MuszOtai

    KL GENSTER 2 is back. . .

  • http://www.facebook.com/linarohayulinaAyu Linarohayu LinaAyu

    Tak sabar nak tengok ni !!!

  • http://www.facebook.com/fezalmohd Fezal Mohd

    sempoi .

  • Alien_as92

    Hahaha!akhir’y ade jugak smbungan kemana pegi jai… klu temulak ade skali lg bes kot.. huhu!

  • http://www.facebook.com/people/Railica-Daiyana/1600851639 Railica Daiyana

    tp knp watak org yg dah mati d hidupkan balik

  • Amarjeet_93

    yahoo kl gengster yg ke 2.. like,like,like… hehe

  • JOHNCENA 4 EVER

    BRO LETAK ARE SHAHEIZY SAM BARU BOS OFFICE!!!

  • tamu

    KLG memey best gile tapi kat scene last skali adik beradik lawan tu rasa mcm ‘kureng’ skit kalu ada flashback masa jai ngan malik time diorang ngam lagi best mesti touching gila baru beri peringatan skit kat viewers, anything kita nak buat tu ingat2 la masa sebelum dan selepas takyah la nak lawan je tak aman… :)

    • Ly_ya97

      betul tu

  • http://twitter.com/khazzrlkhazreen khazzarul khazreen

    nice!

  • Iffah_nad

    ambik lah saya sebagai pelakon tambahan .. huhu
    sekali sekala … tak apa .! tol x tol x ??

  • Mohdqadrilhakimidrus

    saya nak jd pelakon tambahan…….

  • piee isa

    saya mahu jd pelakon tambahan

  • Asyi_!4

    mesti gempak laa !!!!!

  • cikarrooo

    alaaa…nape rosyam nor?? dia dh xde kix’ laaah..hmm

  • Aqilmuqri92

    bia keluar aq x sbr now nk tengok nie,,,,nnti aq org petamew msuk pggung hahha

  • http://www.facebook.com/shah6227 Shah Khairil

    peh hero malaya join kl gangster ek.. terbaik nie… can’t wait 2 see this movie..

  • Puteraracing23

    saya mintak filem kl gangster kali ini lebih best daripada kl gangster 1,adakan lebih adegan lawan kasi finght

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com