Thursday, May 17, 2012


Zaiton Tidak Mahu Anak Ikut Jejaknya

    September 12, 2011

10 Comments


KUALA LUMPUR – Pelakon filem klasik Bujang Lapok tahun 1960-an, Zaiton tidak mahu anak-anaknya mengikuti jejak langkahnya dalam bidang lakonan biarpun namanya terus diingati para peminat filem Melayu sehinggalah ke hari ini.

Menurut pelakon berusia 73 tahun warganegara Singapura ini, dia membabitkan diri dalam dunia lakonan kerana tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan bukannya bertujuan untuk mencari populariti murahan semata-mata.

“Saya berlakon kerana tidak sekolah tinggi dan kebetulan ketika itu adalah bidang yang boleh mendatangkan duit kepada saya. Malah, pembabitan saya dalam bidang lakonan juga tidak dirancang di mana saya tidak menyangka akan dikenali sehingga kini.

“Bagaimanapun, kalau boleh saya tidak mahu anak-anak saya mengikuti jejak langkah saya dalam bidang lakonan. Alhamdulillah kerana setakat ini tidak ada seorang pun anak saya yang mengikuti jejak langkah saya,” katanya sewaktu ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau yang hadir pada majlis anjuran Saloma Bistro itu berkata, biarpun sudah lebih 40 tahun tidak berlakon filem tetapi dia masih mengikuti perkembangan dunia lakonan di Malaysia termasuklah menonton filem-filem klasik Melayu yang masih ditayangkan di televisyen.

Zaiton atau Zaiton Abdul Hamid yang merupakan ibu kepada lima anak dan 21 cucu yang popular menerusi filem Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee itu menambah, dia juga terharu kerana filem itu masih diminati meskipun ia telah banyak kali diulang tayang.

“Sungguhpun saya tinggal di Singapura tetapi saya boleh mengikuti siaran televisyen dari Malaysia. Sebab itu saya selalu menonton filem-filem Melayu klasik yang terus ditayangkan. Semua itu mengingatkan saya kepada nostalgia saya sebagai pelakon dulu,” ujarnya.

Beliau yang kali terakhir berlakon dalam filem bertajuk Raja Bersiong pada penghujung tahun 1960-an menambah, jarak antara Singapura dan Malaysia sedikit pun tidak memisahkannya dengan industri perfileman Melayu yang terus berkembang di negara ini.

“Saya selalu datang ke Kuala Lumpur bercuti bersama anak-anak dan cucu-cucu saya pada musim cuti sekolah. Apatah lagi, ramai kawan-kawan seangkatan saya yang tinggal di sini seperti Datuk Aziz Sattar. Saya selalu berjumpa dengan kawan-kawan lama saya itu,” jelasnya.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Fauziah Nawi Enggan Dilabel Artis Veteran
Pelakon Mana Pulak Yang 'Comolot' Ni
Avril Lavigne Sembuh Lepas Diserang Ahad Lalu
Fesyen Separa Bogel Fasha Sandha
Menang Kat Gaya Ajelah Kan
Sakit Apendiks Tidak Halang Alyah Menyanyi
Adira AF ‘Berani Mati’ Peluk Anjing
Afdlin Shauki Mahu Bikin Filem Tanjat Maimon
Iqram Dinzly Insaf Sewaktu Di Turki
Artis Bertudung Sesatkan Masyarakat Dalam Diam?
Jimmy Shanley Mengaku Tampar Isteri
Saya Bukan Tarik Diri - Saya Disingkir - Wanie Mentor
Watie Dan Joey Akhirnya Dedahkan Tarikh Nikah
Jamal Abdillah Enggan Kahwin Kerana Nafsu
Hafiz AF Kena ‘Santau’ Dalam Mania?

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/wanrofiza.afie Wan Rofiza Afie

    suka sangat tgk lakonannya…cantik ..primadona dulu 

  • http://www.facebook.com/razatulmariani.abdrazak Razatul Mariani Abd Razak

    filem-filem melayu lama tak jemu di tonton

  • Akilaz

    bagus

  • http://www.facebook.com/kartina.mohammed Kartina Mohammed

    sbb dia tahu bgmana rencah hidup seorg pelakon…

  • Tipah_ku89

    nice

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1659176254 Alif Aiman

    Ohh , bagus la .

  • http://www.facebook.com/people/Entan-Esmail/100000514343572 Entan Esmail

    antara pelakon yg ku minati… mcmn la rupanya yg sudah 73 tahun itu ya…

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    mesti ada kenangan pahit!

  • http://twitter.com/nunuAmirah Ainu Amirah

    hoho..

  • Telunjuklurus

    takde gambar terbaru ke makcik zaiton ni???
    pujaan hatiku dulu2 ni……..

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com