Saturday, April 12, 2014


Jangan Tergadai Kerajaan Kerana 60 Sen

Jangan Tergadai Kerajaan Kerana 60 Sen

    September 11, 2011




KUALA LUMPUR – Dengan tidak semena-mana, kita semua dikejutkan dengan pengumuman pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Apahal pulak?

Betapa hangatnya berita itu dapat diukur apabila dalam masa 24 jam sahaja, berita berkenaan diambil atau share oleh 12,000 pengguna Facebook. Itu baru di Mynewshub,my sahaja, belum mengambil kira di blog-blog dan portal yang lain.

Mengapa ia menjadi viral dan dishare begitu ramai pembaca? Mudah sahaja jawapannya, kerana isu itu melibatkan kepentingan terlalu ramai penduduk di negara ini.

Yang menggunakan pra bayar, mereka terlibat secara langsung. Yang tidak menggunakan pra bayar tetapai menggunakan telefon bimbit pasca bayar, pun merasa mereka sebahagian daripada isu itu.

Kita mempunyai 25.5 juta pengguna telefon. Ia melibatkan semua 34 juta penduduk negara ini (termasuk pendatang asing denagn izin atau tanpa iain).

Dan 43 peratus atau 14.6 juta merupakan penggunakan telefon prabayar (prepaid).

Jadi bayangkan isu kenaikkan 60 sen untuk setiap RM10 masa bercakap atau top up adalah isu yang terlalu besar.

Melibatkan jauh lebih ramai pengguna daripada Astro sendiri.

Memanglah, kita semua hendak menjadi negara maju, nak gaji naik, nak infrastruktur dunia pertama, cuma kita tak mahu apa yang berlaku di negara maju, yakni kita perlu membayar cukai untuk setiap benda.

Budaya kita kita mahu semua, tapi kita tak mahu bayar cukai.

Kalau tak percaya, tanyalah mereka yang pernah duduk di Amerika Syarikat dan Jepun, berapa banyak dan berapa jenis cukai yang perlu dibayar. Namun itulah di Malaysia, hendak maju – kalau tak maju maka itu bukti negara ini korup, namun semua benda nak komplen, semua benda nak di “bersihkan” dan macam-macam.

Tapi kalau cukai, tak nak bayar. Apa sahaja benda kalau boleh, tak nak bayar. Itu tak mau, ini tak mau.

Iyelah, kena bersetuju jugak bahawa cukai adalah bebanan. Menipulah kalau tak setuju.

Namun hakikatnya kalau kita tak mahu bayar, kita jangan letakkan terlalu banyak tekanan pada kerajaan, nak itu nak ini tapi semua nak murah…kalau boleh free.

Ingat perbendaharaan kerajaan boleh beranak sendiri ke? Asyik-asyik alasan orang atas kaya raya….nak kayakan lagi.

Iye ke orang atas kaya raya…yang kaya raya tu bukan hanya orang atas…jauh lagi ramai orang yang tak terlibat politik jadi kaya…sebab diaorang rajin BERUSAHA.

Kat negara ini, Bangla dengan Indon pun jadi kaya sebab diaorang berusaha. Mula-mula datang ikat batu, bancuh simen…sekarang jadi kontraktor buat rumah…jauh lebih senang daripada sebahagian besar rakyat kita sendiri yang hanya tahu komplen…komplen dan komplen lagi.

Gaji sektor kerajaan dah banyak improve. Dan di kebanyakkan negara, gaji kakitangan awam memang tidak terlalu tinggi, kat Malaysia ni kira oklah jugak. Kalau anda kerja swasta tapi tak naik gaji….itu pun salah kerajaan ke? Pergilah tanya majikan anda.

Apa pun…berbalik kepada isu cukai pra bayar itu….penulis tidak bersetuju ramai yang marah…namun disebabkan penentangan yang terlalu kuat…maka hanya satu yang dapat dirumuskan….BAIK JANGAN BUATLAH.

Walaupun bukan kerajaan yang beri kebenaran dan syarikat-syarikat telekomunikasi (telko) yang pandai-pandai….namun kemarahan orang ramai jelas ditujukan ke arah kerajaan.

Tanpa usul periksa laju aje maki hamun….laju aje keluar cerita cincin dan sebagainya….kot rasa berdosa kat sesiapa tu pandai-pandailah mintak maaf nanti ok.

Dalam hal ini, kerajaan perlu menggunakan segala saluran kuasa yang ada padanya, untuk memastikan hasrat telko memindahkan cukai perkhidmatan yang mereka serap selama ini kepada pengguna, tidak berlaku.

Masyarakat kita tak dapat terima.

Dan kemarahan itu takut diterjemah oleh pengundi atas pagar dalam bentuk undi kepada puak pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang. Isu-isu kecil dan besar yang menimbun boleh meninggalkan kesan yang mendalam ketika tangan mahu menanda kertas undi.

Janganlah kerana 60 sen….kerajaan pun berubah.

Oleh: Ak-47

 

Jangan Tergadai Kerajaan Kerana 60 Senhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/09/top-upp.gifhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/09/top-upp-150x150.gif MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Dengan tidak semena-mana, kita semua dikejutkan dengan pengumuman pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept. Apahal pulak? Betapa hangatnya berita itu dapat diukur apabila dalam masa 24 jam sahaja, berita berkenaan diambil...
KUALA LUMPUR - Dengan tidak semena-mana, kita semua dikejutkan dengan pengumuman pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept. Apahal pulak? Betapa hangatnya berita itu dapat diukur apabila dalam masa 24 jam sahaja, berita berkenaan diambil atau share oleh 12,000 pengguna Facebook. Itu baru di Mynewshub,my sahaja, belum mengambil kira di blog-blog dan portal yang lain. Mengapa ia menjadi viral dan dishare begitu ramai pembaca? Mudah sahaja jawapannya, kerana isu itu melibatkan kepentingan terlalu ramai penduduk di negara ini. Yang menggunakan pra bayar, mereka terlibat secara langsung. Yang tidak menggunakan pra bayar tetapai menggunakan telefon bimbit pasca bayar, pun merasa mereka sebahagian daripada isu itu. Kita mempunyai 25.5 juta pengguna telefon. Ia melibatkan semua 34 juta penduduk negara ini (termasuk pendatang asing denagn izin atau tanpa iain). Dan 43 peratus atau 14.6 juta merupakan penggunakan telefon prabayar (prepaid). Jadi bayangkan isu kenaikkan 60 sen untuk setiap RM10 masa bercakap atau top up adalah isu yang terlalu besar. Melibatkan jauh lebih ramai pengguna daripada Astro sendiri. Memanglah, kita semua hendak menjadi negara maju, nak gaji naik, nak infrastruktur dunia pertama, cuma kita tak mahu apa yang berlaku di negara maju, yakni kita perlu membayar cukai untuk setiap benda. Budaya kita kita mahu semua, tapi kita tak mahu bayar cukai. Kalau tak percaya, tanyalah mereka yang pernah duduk di Amerika Syarikat dan Jepun, berapa banyak dan berapa jenis cukai yang perlu dibayar. Namun itulah di Malaysia, hendak maju - kalau tak maju maka itu bukti negara ini korup, namun semua benda nak komplen, semua benda nak di "bersihkan" dan macam-macam. Tapi kalau cukai, tak nak bayar. Apa sahaja benda kalau boleh, tak nak bayar. Itu tak mau, ini tak mau. Iyelah, kena bersetuju jugak bahawa cukai adalah bebanan. Menipulah kalau tak setuju. Namun hakikatnya kalau kita tak mahu bayar, kita jangan letakkan terlalu banyak tekanan pada kerajaan, nak itu nak ini tapi semua nak murah...kalau boleh free. Ingat perbendaharaan kerajaan boleh beranak sendiri ke? Asyik-asyik alasan orang atas kaya raya....nak kayakan lagi. Iye ke orang atas kaya raya...yang kaya raya tu bukan hanya orang atas...jauh lagi ramai orang yang tak terlibat politik jadi kaya...sebab diaorang rajin BERUSAHA. Kat negara ini, Bangla dengan Indon pun jadi kaya sebab diaorang berusaha. Mula-mula datang ikat batu, bancuh simen...sekarang jadi kontraktor buat rumah...jauh lebih senang daripada sebahagian besar rakyat kita sendiri yang hanya tahu komplen...komplen dan komplen lagi. Gaji sektor kerajaan dah banyak improve. Dan di kebanyakkan negara, gaji kakitangan awam memang tidak terlalu tinggi, kat Malaysia ni kira oklah jugak. Kalau anda kerja swasta tapi tak naik gaji....itu pun salah kerajaan ke? Pergilah tanya majikan anda. Apa pun...berbalik kepada isu cukai pra bayar itu....penulis tidak bersetuju ramai yang marah...namun disebabkan penentangan yang terlalu kuat...maka hanya satu yang dapat dirumuskan....BAIK JANGAN BUATLAH. Walaupun bukan kerajaan yang beri kebenaran dan syarikat-syarikat telekomunikasi (telko) yang pandai-pandai....namun kemarahan orang ramai jelas ditujukan ke arah kerajaan. Tanpa usul periksa laju aje maki hamun....laju aje keluar cerita cincin dan sebagainya....kot rasa berdosa kat sesiapa tu pandai-pandailah mintak maaf nanti ok. Dalam hal ini, kerajaan perlu menggunakan segala saluran kuasa yang ada padanya, untuk memastikan hasrat telko memindahkan cukai perkhidmatan yang mereka serap selama ini kepada pengguna, tidak berlaku. Masyarakat kita tak dapat terima. Dan kemarahan itu takut diterjemah oleh pengundi atas pagar dalam bentuk undi kepada puak pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang. Isu-isu kecil dan besar yang menimbun boleh meninggalkan kesan yang mendalam ketika tangan mahu menanda kertas undi. Janganlah kerana 60 sen....kerajaan pun berubah. Oleh: Ak-47  

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • selangor

    aku undi pakatan rakyat……….

    Public CommentUseraku undi pakatan rakyat..........
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014