MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Friday, April 18, 2014


Buaya Gergasi Tidak Mahu Makan, Mungkin Tertekan

Buaya Gergasi Tidak Mahu Makan, Mungkin Tertekan

    September 10, 2011




MANILA, Filipina – Seekor buaya berukuran 6.1 meter (21 kaki) yang mungkin merupakan buaya terbesar dunia kini tidak mahu makan sejak enam hari lalu. Buaya itu yang ditangkap di bahagian selatan Filipina telah menarik perhatian seluruh dunia kerana saiznya.

Pegawai Hidupan Liar, Ronnie Sumiller yang telah mengetuai operasi penangkapan buaya yang digelar Lolong berkata bahawa, binatang tersebut kini sedang diperiksa bagi mengenalpasti kemungkinan ia menghadapi masalah tekanan.

Beliau bagaimanapun berkata, adalah sesuatu yang normal apabila buaya ditangkap dan diletakkan di dalam kurungan tidak mahu makan.

Di habitat asal mereka juga, mereka tidak akan makan setiap hari, dan buaya sebesar Lolong mungkin boleh bertahan selama enam bulan, kata Sumiller kepada The Associated Press.

Lolong yang diletakkan dalam kurungan bersaiz 8,611 kaki persegi (800 meter persegi) yang dikelilingi oleh konkrit setinggi 1.22 meter, telah ditangkap pada minggu lepas.

Datuk Bandar, Edwin Cox berkata, Lolong tidak bergerak walaupun seekor ayam telah diletakkan berhampiran dengannya.

Walaupun pihak berkuasa cuba untuk menghalang orang ramai daripada melihat Lolong, beberapa kumpulan kecil pengunjung yang datang dari jauh merayu agar mereka dapat melihat haiwan gergasi itu.

Lolong mempunyai berat kira-kira satu tan dan dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 50 tahun. Pihak berkuasa hidupan liar sedang cuba untuk mengesahkan sama ada ia adalah buaya terbesar di dunia.

Tangkapan itu, selepas tiga minggu semenjak operasi tersebut bermula, telah melegakan warga tempatan kerana terdapat laporan di mana seekor buaya telah membunuh seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan juga mungkin telah membunuh seorang nelayan yang telah dilaporkan hilang sejak Julai lalu.

Bulan lepas, orang tempatan telah melihat seekor buaya membunuh seekor kerbau.

Namun Sumiller berkata, tiada bangkai manusia yang dijumpai ketika mereka mereka memaksa Lolong supaya muntah.

“Mungkin terdapat buaya yang lebih besar daripada Lolong di kawasan tersebut, satu lagi operasi kini sedang dirangka,” katanya.

Buaya Gergasi Tidak Mahu Makan, Mungkin Tertekanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/09/lolong.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/09/lolong-150x150.jpg MyNewsHub
MANILA, Filipina - Seekor buaya berukuran 6.1 meter (21 kaki) yang mungkin merupakan buaya terbesar dunia kini tidak mahu makan sejak enam hari lalu. Buaya itu yang ditangkap di bahagian selatan Filipina telah menarik perhatian seluruh dunia kerana saiznya. Pegawai Hidupan Liar, Ronnie Sumiller yang telah mengetuai operasi penangkapan buaya...
MANILA, Filipina - Seekor buaya berukuran 6.1 meter (21 kaki) yang mungkin merupakan buaya terbesar dunia kini tidak mahu makan sejak enam hari lalu. Buaya itu yang ditangkap di bahagian selatan Filipina telah menarik perhatian seluruh dunia kerana saiznya. Pegawai Hidupan Liar, Ronnie Sumiller yang telah mengetuai operasi penangkapan buaya yang digelar Lolong berkata bahawa, binatang tersebut kini sedang diperiksa bagi mengenalpasti kemungkinan ia menghadapi masalah tekanan. Beliau bagaimanapun berkata, adalah sesuatu yang normal apabila buaya ditangkap dan diletakkan di dalam kurungan tidak mahu makan. Di habitat asal mereka juga, mereka tidak akan makan setiap hari, dan buaya sebesar Lolong mungkin boleh bertahan selama enam bulan, kata Sumiller kepada The Associated Press. Lolong yang diletakkan dalam kurungan bersaiz 8,611 kaki persegi (800 meter persegi) yang dikelilingi oleh konkrit setinggi 1.22 meter, telah ditangkap pada minggu lepas. Datuk Bandar, Edwin Cox berkata, Lolong tidak bergerak walaupun seekor ayam telah diletakkan berhampiran dengannya. Walaupun pihak berkuasa cuba untuk menghalang orang ramai daripada melihat Lolong, beberapa kumpulan kecil pengunjung yang datang dari jauh merayu agar mereka dapat melihat haiwan gergasi itu. Lolong mempunyai berat kira-kira satu tan dan dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 50 tahun. Pihak berkuasa hidupan liar sedang cuba untuk mengesahkan sama ada ia adalah buaya terbesar di dunia. Tangkapan itu, selepas tiga minggu semenjak operasi tersebut bermula, telah melegakan warga tempatan kerana terdapat laporan di mana seekor buaya telah membunuh seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan juga mungkin telah membunuh seorang nelayan yang telah dilaporkan hilang sejak Julai lalu. Bulan lepas, orang tempatan telah melihat seekor buaya membunuh seekor kerbau. Namun Sumiller berkata, tiada bangkai manusia yang dijumpai ketika mereka mereka memaksa Lolong supaya muntah. "Mungkin terdapat buaya yang lebih besar daripada Lolong di kawasan tersebut, satu lagi operasi kini sedang dirangka," katanya.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014